4 pagi
Ahad malam Isnin
Green Zone
Bilik Nombor 4
Doktor Bertugas : Doktor Zarul"Assalamualaikum, Doktor"
"Waalaikumussalam. Apa khabar encik. Apa masalah ya?"
"Erghhh... Erghhh" dengan suara serak dan garau.
"Saya sakit tekak. Dari pagi non-stop batuk, Doktor. Uhuk. Uhuk." Dia menjawab diselangi batuk yang berterusan.
"Okey. Encik ada demam ke?"
"Ada, ada. Ada, Doktor! Dah tiga hari saya rasa seram sejuk je." Laju dia menjawab sambil memeluk tubuhnya.
"Area rumah encik ada kes denggi tal baru-baru ni?"
Belum pun sempat habis bertanya, dia sudah menjawab. "Ada, Doktor! Ada! Jiran saya kena!"
"Huurrrmmmm... saya kena ambil darah encik sebab demam dah tiga hari tak kebah-kebah ni. Lagi pun, jiran encik pun kena denggi kan? Risiko untuk encik kena denggi tinggi. Okey encik ya?"
"Ehh takpe, takpe doktor! Saya tak boleh cucuk- cucuk ni. Bagi ubat je lah doktor. Tak boleh ke?"
"Kalau macam tu biar saya bincang dengan pakar saya dulu sebab selalunya kalau kita suspect denggi macam ni, kita kena ambil darah untuk investigate."
"Ha. Eloklah tu. Pergi bincang. Pergi bincang, ya doktor. Muda semacam je aku tengok kau ni. Tak confodent" sinis benar bunyinya.
Dr Zarul terus keluar dari bilik Nombor 4 itu dan belum pun sempat dia melangkah lebih jauh menuju ke Yellow Zone untuk mencari pakar on-call, dia dengan jelas terdengar perbualan pesakitnya yang katanya sakit tekak.
"Woi, sengal lah doktor muda yang check aku ni, banyak betul dia tanya! Ada hati nak cucuk aku pulak tu. Cakap aku denggi lah, itulah, inilah. Aku datang nak MC je kot. Malas betul aku nak kerja esok . Tak larat. Woi, kau lepaklah kejap. Around half an hour macam tu aku sampai port." Dia berbual melalui telefon bimbitnya dengan suara biasa ; normal tanpa sedikit pun serak.
Dr Zarul senyum dan terus memberhentikan langkahnya.
"Aku dah agak dah. Kes macam ni tak payah bincang dengan specialist. Biar aku je yang handle."
Dia terus meluru kembali ke bilik Nombor 4.Sebaik sahaja dia membuka pintu, pesakit 'sakit tekak'nya itu terus bertanya dengan suara buat- buat seraknya semula.
"Doktor, macam mana?! Nak kena ambil darah juga ke? Hentikanlah, doktor"
"Takpe encik. Saya dah bincang dengan pakar saya. Tak perlu ambil darah, boleh balik sekarang juga and the best part, dia suruh bagi encik MC."
"Ye ke doktor? Macam ni lah baru doktor yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Terima kasih doktor!"
Dr Zarul menulis butiran pesakit itu di dalam buku MC. Dikoyakkannya helaian itu dan diberikan bersama senyumannya yang paling menawan dengan harapan agar esok dia tidak akan di'serang'. Setelah pesakitnya itu keluar dari bilik rawatan, dia berbisik sendiri.
"Cemerlang, gemilang dan terbilang ya?" Dengan senyum lebar seribu makna.
-------------------------------------------------------------
(Perubatan 9- Pin. 15/93) w 05009756
SIJIL CUTI SAKIT
___________________________________
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah memeriksa Encik/Cik/Puan Kamarudin bin Zakarudin (I/C 820931-14-6545) dari Kementerian / Jabatan yang berkenaan dan memdapati yang beliau:
malas untuk bekerja selama 1 (SATU) hari daripada 2/3/2017 hingga ____-____ buat' buat sakit dan datang ke bahagian kecemasan hospital pada jam 4.15 AM
Diharap pihak Tuan dapat menasihati beliau supaya bekerja dengan lebih ikhlas dan berhemah./
2/3/2017 ZARUL
TARIKH (Tandatangan)
YOU ARE READING
DIAGNOSIS
Science FictionKalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu: 1) kaya 2) bergaya 3) 'glamour' 4) rasa 'superior' Lupakan serta merta. Kuburkan cita cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua diatas, bukan kerjaya kedoktoran. Ma...