1098

22 4 0
                                    

Jam di dinding bilik rawatan nombor 6 sudah menunjukkan pukul 4.15 pagi. Aku bertugas di 'Green Zone' bahagian kecemasan untuk shif malam buat kali kedua minggu ini. Dari pukul 10 malam pesakit tak henti-henti. Kad pesakit baru bertambah dan bertambah lagi hingga kotak kad pesakit yang ada sudah tidak mampu menampung lagi. Beberapa kad baru sahaja diletakkan di atas meja bersama buku preskripsi dan MC.

Ketika sedang merawat pesakit yang bernombor giliran '1072', "bam!"
pintu bilikku ditendang kuat dari luar. Hampir terjatuh aku dari kerusi beroda tiga yang aku duduki kerana terkejut dek bunyi pintu yang menghempas kuat ke dinding.

"Hey, Doc, how long do you want us to wait, huh? It's been like 2 bloody hours already. My girlfriend here is really in pain! Are you really a Doc or just a Dog, for God's sake! If this is how you treat patients, I'd rather spend my money at private hospital! We all know that your currency is lower than us! Brainless Doc! Huh!"

"Let's go, honey! We shouldn't come here at the first place"

Aku terkedu. Hilang kata. Pakal saja aku sedang kepenatan bekerja. Tangan sudah kukepal menahan amarah yang membuak-buak di dada.

"Sabar ye Doktor," kata pesakit '1072'.

Dengan sekelip mata, segala rasa yang ada hilang begitu saja hanya dengan sebaris kata. Aku beristighfar dan memberikan senyuman padanya kerana telah meredakan api kemarahanku pada pesakit Mat Salleh yang sungguh 'berbudi bahasa'.

Pukul 5.38 pagi.

"1098"

Pintu bilik dibuka perlahan. Kerusi roda ditolak oleh seorang lelaki Inggeris penuh sopan.

"So, how's the treatment at the private hospital?" Tanyaku dalam intonasi sinis.

Rupa -rupanya pesakit yang mengamuk dan menghinaku tadi datang kembali, cuma kali ini 'tidak buas' seperti sebelum ni.

"Pak Doktor, kami dirompak dalam teksi ke hospital tadi. Habis semuanya diambil. Minta ampun pak dokter ya? Tadi pancar gue berkasar sama pak dokter."

Aku hanya memandang lelaki Mat Salleh yang berdiri di belakang teman wanitanya yang menjadi pesakit '1098' itu. Dia tunduk malu. Kelu.

"It's okey. I fell sorry for your lost." Jawabku sebelum bertanyakan soalan mengenai sakitnya.

Hakikatnya, tiada guna jika kita kaya wang dan harta tetapi miskin adab dan jiwa. Mungkin kita tidak sedar atau lupa yang kata-kata dari budi bahasa itu juga ubat penawar bagi luka dan duka lara. Jaga apa yang keluar dari mulut kita kerana 'sebilah' lidah, tajamnya luar biasa dan mampu jadi punca satu empayar porak peranda....

DIAGNOSISWhere stories live. Discover now