" Bang, pergilah kemas kawasan luar rumah kita. Sekarang ni kan musim denggi. Makcik Jah, jiran kita yang kat corner lot tu baru jerr masuk hospital sebab denggi. Teruk dengar katanya"
Karim pekakkan telinga dan buat selamba sambil terus membelek belek helaian khabar tabloid kegemarannya.
" Bang, abang dengar tak ni. Cubalah contohi jiran sebelah kita ni. Rajin suami Zizah tu kemas kawasan rumah dia. Takde satu pun saya nampak tin ke, pasu kosong ke, tayar ke yang boleh takung air jadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, semuanya dibuang. Abang tengok kawasan liar rumah kita. Semuanya ada. Iti belum cakap pasal longkang kita yang selalu tersumbat sebab ada orang tu tak buang sampah pada tempatnya walaupun tong sampah ade jerr depan mata." sindir Mariah sambil menjeling.
Tajam ayat isterinya. Memang tabiat Karim suka membuang sampah ke dalam longkang besar di hadapan rumahnya. Entak kemalasan dan tabiat apa, walhal tong sampah sudah tersedia.
Karim mendengus..
" Ai, marah ke bang? Itu baru mukaddimah, belum masuk point pertama lagi." Sambung isterinya lagi dengan senyuman sinis.
" Terima kasih ye Mah. Bebalan awak ni sarapan paling best hari ni, cuma terlebih sos cili. Saya 'allergic' benda- benda terlebih pedas ni. Saya nak makan luar. Assalamualaikum." Jawab Karim cuba membalas kesinisan isterinya. Dia bingkas bangun dan keluar rumah untuk ke kedai mamak yang berdekatan dengan rumahnya.
Dari petang sampai ke malam Karim melepak di kedai mamak. Dalam pukuo 10 setengah, bila matanya mula rasa berat, baru diingatnya pulang.
Setibanya dia di pintu pagar rumahnya yang sudah pun berkarat tidak bercat walaupun sudah berkali kali isterinya berleter tidak penat-penat menyuruhnya mengecat denagn warna hitam pekat, dia berdiri lama disitu termenung melihat perkarangan rumah jiran, jauh lebih bersih daripada rumahnya. Longkang di depan rumahnya penuh dengan sampah sarap dan daun-daun kering, manakala longkang jirannya bersih dan lancar air mengalir.
Saat itu Karim sudah tahu apa yang patut dia lakukan.
Keesokan paginya, Karim demam panas. Menggigil-gigil badannya. Lain besar rasa demamnya kali ini. Setiap urat saraf badannnya rasa regang. Otot-otot badan dan sendi-sendinya sakit bukan kepalang.
"Bang, kenapa menggigil-gigil ni. Tak pernah-pernah macam ni." Isterinya lantas meletakkan tangan pada dahi Karim.
"Ya Allah, bang! Panasnya! Abang demam teruk ni. Jom kita pergi hospital sekarang juga!"
Isterinya berlari keluar rumah dan kemudian terdengar sayup-sayup suara isterinya meminta tolong daripada jiran sebelah untuk membawa mereka ke hospital kerana isterinya tidak pandai memandu kereta.
"Bang Halim, Karim wdemam panas! Menggigil-gigil. Takut saya tengok! Tak pernah teruk macam ni sekali!"
Setibanya di hospital, setelah diperiksa dan diambil darah oleh doktor di bahagian kecemasan, keputusan darah menunjukkan bacaan platelet-nya rendah manakala bacaan hematocrit-nya pula tinggi.
"Pakcik, saya rasa ni denggi," kata doktor muda yang memeriksanya.
"Doktor cakap elok-elok sikit, doktor! Bila masa saya demgki!" Karim meninggikan suaranya tiba-tiba.
Mariah terkejut.
"Kenapa nak marah-marah ni, bang! Doktot kata DENGGI bukan DENGKI lah! Abang ni dah kenapa?"
Karim terus diam.
Isterinya merenung wajah Karim sambil menggeleng gelengkan kepala.
Setelah selesai urusan pendaftaran dan kemasukkan ke wad, Mariah meminta kebenaran untuk pulang sebentar ke rumah. Dia mahu mengambil pakaian dan barang-barang keperlua suaminya untuk kegunaan sepanjang tempoh rawatan di hospital berkenaan.
Setibanya di luar rumah, ketiak sedang membuka kunci pintu pagar yang berkarat dengan susah payah, dengan tidak sengaja matanya tertumpu pada longkang rumah jirannya. Penuh dengan longgakan sampah. Setahu dia, longkang rumah jirannta bersih dan tidak pernah dupenuhi sampah.
"Astaghfirullahala'dzim... abang.."
Sekarang baru Mariah tahu megapa di hospital tadi suaminya 'melatah'....
Jangan lupa untuk baca 'because of you' dan 'you are my everything'....
Jangan lupa untuk vote, follow and comment...Okeyyy, goodnight 💤💤💤🖑🖑
YOU ARE READING
DIAGNOSIS
Science FictionKalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu: 1) kaya 2) bergaya 3) 'glamour' 4) rasa 'superior' Lupakan serta merta. Kuburkan cita cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua diatas, bukan kerjaya kedoktoran. Ma...