Jaehee
MASUK bilik.
Ya, keputusan yang aku ambil adalah pusing balik masuk bilik.
Gila apa aku nak keluar tengok drama dengan dia? Guys, dia punya senyum boleh buat tembok kat hati aku ni roboh tahu? Kalau dah roboh nanti, dah tentulah aku tak boleh nak marah dia lama-lama. Lepastu kitorang mestilah berbaik dan aku kena berlagak macam tak ada apa yang berlaku. Macam hati aku tak pernah sakit. Macam aku tak pernah terluka disebabkan dia.
Macam tu ke?
Geez!
Memang tak ah!
Berbulan tau aku makan hati. Paling tidak, biarlah sampai dua hari aku palau dia. Walaupun dua hari tu erm... lama tapi aku kena cuba jugak. Cuba buat macam dia tak ada kat depan mata. Cubalah Jaehee, cuba!
Ingat! Kentalkan hati. Jangan cair. Jangan terpujuk cepat sangat. Hati kebal mana, hati kebal?
Alah! Minho punya senyum lagi manis dari dia okey! Yifan pun sepuluh kali ganda nampak kacak kalau dia senyum gaya tu. Even adik sepupu aku si Lai Guanlin yang umur enam belas tahun tu pun boleh buat aku rebah ke tanah bila senyum. Setakat mamat pipi berlubang tu apalah sangat. Kan? Kan? Kan?
Siapa-siapa tolonglah tenangkan aku!
"Urghh!" Aku sembam muka pada bantal. Apehal muka dia dok terbayang kat depan mata aku hah?
Hoi otak! Aku tengah demam ni. Cuba bersimpati sikit. Taknaklah ingat dia. Taknak fikir pasal dia.
Wei hati! Jangan nak lemah sangat boleh tak? Beku balik, tolong!
"Iiisssh! Huk! Huk! Hukkk!" Aku tumbuk bantal bertubi-tubi bila usaha aku tak berhasil. Usaha untuk hapuskan muka dia di ruang mata! Makin kuat aku pejam makin jelas muka dia terbayang. "Kenapa ah sekarang ni dia mudah sangat nak senyum? Semalam tu kemain lebar lagi. Banyak kali pulak tu. Ha, yang tadi pun.
Dulu tak ada pulak dia macam ni. Susah kot aku nak tengok dia senyum. Bukan senyum je, nak tengok muka aku pun kemain liat lagi. Tapi sekarang apa dah jadi?
"Urghh! Tak boleh jadi ni! Aku kena buat something yang boleh alih perhatian aku dari terfikir pasal dia." Aku gosok kedua-dua tapak tangan sambil berfikir apa yang boleh buat aku jadi sibuk, pandangan aku jatuh pada sesuatu yang melekat di jari manis kanan aku.
Cincin!
Cincin lamaran dia semalam.
Haih! Apehal semalam aku tak pulangkan balik? Boleh pulak tak sedar aku pakai cincin sampai sekarang?
Sambil membebelkan diri sendiri, aku cuba tanggalkan cincin dari jari.
Eh?
Tak boleh!
Cuba lagi.
Pun tak boleh!
Dah kenapa pulak ni? Kalau dah boleh masuk mesti lah boleh tanggalkan balik bukan? Semalam macam senang je dia sarung sampai aku tak sedar. Ni aku nak tarik keluar boleh melekat pulak. Takkan sekejap je jari aku jadi gemuk?
Ah, mengarut! Aku bukan makan banyak pun semalam. Hari ni pun aku minum air segelas je. Makan tak lalu. Mustahil segelas air boleh naikkan berat badan. Kegilaan apakah ini?
Aku nak mencarut boleh tak? Punyalah beriya aku nak alih perhatian dari terfikirkan manusia sorang tu. Tengok, kes cincin tak membantu langsung! Menambah masalah aku lagi ada lah.
YOU ARE READING
[COMPLETED] The One That Comes Closer (Lay)
Fanfiction"Zhang Yixing..." Aku angkat muka dan pandang mata dia. "Aku... aku suka kau." Aku perasan yang halkum dia bergerak. Mata dia juga jadi besar dengan pengakuan aku pada dia yang memang sangat gila. Aku tak peduli! Apa yang aku rasa, dia perlu tahu. "...