#Nah... untuk awak-awak tak give up dm ifti suruh update cerita ini 😍😍😍😘
***
Yixing"HALA-aiii... Sudah-sudah la tu bro."
"Uh?" Aku angkat muka. Aku nampak Minseok sedang berdiri di depan meja aku sambil meletakkan kedua-dua tangan di dalam poket apronnya. "Sejak bila kau berdiri kat situ?"
Dia mengguling biji mata seraya menghela nafas ringkas. Dari poket apron dia mengubah posisi kedua tangannya ke dada, berpeluk tubuh. "Dah dua minggu kau dok tenung smartphone tu. Tak rasa sakit mata ke?"
Oh, pasal ini.
Tak.
Bukan mata aku yang sakit sekarang ni tapi hati. Hati aku yang sakit.
Budak tu dah kenapa? Palau aku macam tu je. Mesej tak berbalas. Telefon tak berjawab.
Balas dendam ke caner?
Ish! Takkan kot?
Tiga minggu.
Tiga minggu aku tak dapat hubungi dia. Aku tak tahu khabar dia macam mana.
"Haih! Parahnya kawan aku ni. Dia still dalam mod mute lagi ke?" Tanya dia seraya menarik kerusi depan aku lalu duduk.
Pandangan Minseok yang tertala tepat ke mata aku, aku balas. Dari bersandar, aku ubah posisi tubuh dengan merapatkan dada pada meja. "Aku ada soalan nak tanya kau. Tapi kau kena janji jangan bahan aku."
Kening kiri dia terjungkit tinggi, penuh kehairanan. Masih tak ubah pandangan ke arah aku, dia mengangkat kedua-dua tangan. "Promise."
Bibir aku buka dan cuba buat gerakkan tapi tak ada suara yang keluar. Tersekat sampai kerongkong. Tak terluah apa yang berada di fikiran dan hati aku.
"Macam sulit sangat je soalan yang bakal kau tanya tu. Kau nampak gabra semacam. Apehal?"
Memang sulit pun. Sulit untuk dibincangkan. Ini soal maruah aku. Ego aku. Mana pernah aku berbahas hal hati dan perasaan serupa ini dengan Minseok mahupun Luhan atau Yifan.
Ini kalau aku berjaya lontar keluar apa yang aku pendam kejap lagi dikira kali pertama aku berkongsi dengan dia. Mahunya dia gelakkan aku yang sememangnya bengap cinta.
Ish!
Biar betul aku nak bercakap dengan dia pasal ini?
"Woi!"
"Oh biasa kalau Eunhye merajuk kau buat apa!!?"
"Wohoaah! Panjangnya melatah! Bhahahahahahhh." Dan satu jenis ketawa yang terbahak tahap tak boleh bawak bincang pun meletus di dalam restoran.
Ha tengok!
Aku dah cakap!
Aku dah boleh agak pun reaksi dia macam mana.
Dia punya respond tu tak boleh ke tak aneh serupa ini? Haih! "Dah ah. Aku nak balik!"
Baru je gaya aku nak angkat punggung dari kerusi, Minseok cepat-cepat tolak bahu aku suruh duduk balik. "Woi! Emo-emo ni nak pergi mana?"
Aku tak balas soalan dia. Tarik muka tak beriak dan aku bawa pandangan ke arah lain.
"Relaks ah, Yixing. Aku terspontan gelakkan kau. Bukan sengaja."
Aku buat muka. "Tak sengaja wak lu."
"Perghhh dia main wak-wak pulak..." Balas Minseok seraya selesakan sandarnya pada kerusi.
Perasan macam diperhati, aku pandang dia semula."Pehal?"
"Aku rasa bangga tengok kau macam ni."
Aku kerut kening dengar dia cakap macam tu. "Kau bangga tengok aku messy macam ni...?"
Dia mengangguk bersama satu senyuman lebar. "Yela... Selama ni kau serabut dengan kerja dan kitorang je. But now, kau dah reti serabut pasal perempuan. Ini satu peningkatan yang bagus. Kredit untuk Jaehee." Sorakan Minseok datang bersama tepukan gemuruh yang dia hasilkan sorang-sorang.
Walaupun perbuatannya menggamit perhatian para pelanggan yang keluar masuk restoran, dia buat tuli je. Terus bertepuk tangan sampai aku dah mula rasa bingit telinga. Tapi aku abaikan
Dah dia terlampau suka, biar lah. Aku tak boleh nak halang Minseok dari berseronok."Aku pernah apa serabut pasal perempuan before." Aku bersuara, separuh berbisik.
Aktiviti bersorak Minseok terus mati. Riak gembira diwajahnya mula bertukar menjadi redup. Satu helaan nafas dia buat sebelum berkata, "It was eight years ago, Yixing. Dan serabut kau dulu tak seserabut kau yang sekarang. I can see it."
Aku dengar kata-kata Minseok dengan teliti dan aku hadam. Wajah Jaehee dan Seohyun silih berganti terbayang di dalam fikiran aku sekarang."You're right, bro. Aku tak pernah rasa serabut macam ni. And you know what?"
Aku besarkan mata, tepat merenung Minseok. Angkat dua jari tunjuk depan muka dia, aku menokok. "Dua minggu aku tak dapat contact dia. Dua minggu aku tak dengar khabar dari dia. Aku called dia tak jawab. Aku mesej dia tak balas. Aku langsung tak tahu keadaan dia macam mana sekarang. Sihat ke, sakit ke... Kenapa dia buat aku macam ni?"
Senyum senget yang terlakar pada wajah Minseok aku buat tak nampak. Segan aku dah hilang. Malu aku dah tak ada. Sekarang ni aku rasa macam nak luah je apa yang terpekung kat dalam hati pada kawan aku tu. Dah malas nak kontrol perasaan koyak aku. "Why does she keep giving me the silent treatment? Whyyyyy..."
Minseok melebarkan senyum seraya menggeleng kepala."The two weeks of silent treatment is enough to make you realize that you want her that much, don't you?"
Endahkan soalan dari Minseok dimana yang sebenarnya aku setuju dalam diam, aku terus sembamkan muka atas meja. Dahi aku hentak berkali-kali di permukaan keras itu."It feels like my heart just got broken. I don't like this feeling. Aku tak suka serabut macam ni. I don't like her. She pushed me into this terrible anxiety and she left me in a mess! Aiyoweiiiiiii...."
*****
#Dr Zhang : Miss me? 😁😁
YOU ARE READING
[COMPLETED] The One That Comes Closer (Lay)
Fanfiction"Zhang Yixing..." Aku angkat muka dan pandang mata dia. "Aku... aku suka kau." Aku perasan yang halkum dia bergerak. Mata dia juga jadi besar dengan pengakuan aku pada dia yang memang sangat gila. Aku tak peduli! Apa yang aku rasa, dia perlu tahu. "...