021

23 2 0
                                    

" she's fine. Don't worry, okay." Jinyoung menahan sebak mendengar permintaan Amber. Dia tahu Eunwoo sedang kritikal.

Dia berbohong dengan Amber takut-takut Amber buat sesuatu yang merbahayakan dirinya.

Kini genap sebulan Eunwoo koma. Doktor kata Eunwoo tiada harapan untuk diselamatkan lagi.

Kecederaan yang dialami oleh Eunwoo sangat teruk. Pendarahan yang berlaku dikepala juga menyebabkan Eunwoo kehilangan banyak darah.

Mengetahui kejadian itu Amber mendermakan darahnya buat Eunwoo dengan harapan Eunwoo akan selamat dan membolehkan dia untuk mengucapkan maaf dan terima kasih kerana meyelamatkannya.

" Eunwoo..kenapa kau tak tunggu aku? Kau mungkir janji. Bukan ke kita nak makan ramen sama-sama. Tolonglah sedar.. aku rindu kau. Aku rindu nak dengar kau marah-marah aku. Aku rindu nak dengar kau ketawa dan bila kau merungut." Taehyung menggenggam erat tangan Eunwoo.

" Eunwoo kau nak tahu tak, aku dah jumpa kucing kesayangan kau. Dia kata dia rindu kau. Kau tak boleh tinggalkan dia lagi. Dia dah janji dia tak nak merayau-rayau lagi. Kau suka tak Runwoo?" Taehyung tersenyum sambil menangis dengan harapan Eunwoo akan sedar semula.

Beberapa minit kemudian CL, Rain dan Amber memasuki ruang wad. Taehyung agak terkejut lalu menghilangkan diri kerana tidak sanggup melihat penderitaan yang dialami oleh CL sepanjang anaknya sakit.

" Eunwoo.. bangun sayang omma bawa makanan kegemaran kamu ni. Omma ada bawakann kamu kimchi buatan omma. Kamu sukakan? Bangun lah sayang biar omma dapat suapkan kamu." CL menahan tangisnya namun tetap gugur jua.

Ketiadaan Eunwoo juga memberi kesan disekolahnya. Kemenangan pertandingan futsal tidak berpihak pada pasukannya hanya kerana ketiadaan Eunwoo sebagai penyerang dan kapten yang bijak mengatur strategi.

Tiada lagi rungutan yang didengari oleh guru matapelajaran mengenai pengajarananya terutama ketika waktu Addmath. Mereka kesunyian tanpa eunwoo bersama.

Taehyung sering memberi kata-kata semangat kepada Eunwoo ketika dia sedang dalam keadaan koma.

" kau mesti buat sesuatu Taehyung. Takkan kau nak biarkan Eunwoo begini dan meninggalkan kami semua? No!"

Taehyung berdiri lalu membaca jampi tangannya diletakkan didada kiri Eunwoo. Ya, jantungnya.

"kau tahukan apa kesan kalau kau buat bende ni Taehyung?"

" Jungkook aku terpaksa. Ini demi kebahagiaan Eunwoo. Ini adalah tugas aku. Membahagiakann Eunwoo."

" tapi kau takkan dapat jumpa dia lagi. Selamanya! Aku tahu kau suka dia. Kau cintakan dia."

" cinta perlukan pengorbanan. Siapa aku nak bersama dengan dia walaupun apa jadi sekalipun kami tetap takkan bersama."

" saranghae Eunwoo. Jadi, tolonglah sedar!!!!!!" pancaran cahaya biru yang kuat menyinari mereka berdua.

BERSAMBUNG
VOTE&COMMENTS

✔My Fallen Angel Where stories live. Discover now