Me:*Reading author syasha_14's work* Best juga pickup line ni.Nak try-lah.
Friend:*walk past me*
Me:Weh!Sampai hati kau kan?
Friend:Hati aku memang sampai pun,sampai ke hati kau.Kidding.Kau apahal tiba-tiba cakap macam tu?
Me:Aku serius ni.Sampai hati kau tutup pintu tu.
Friend:Kau merepek apa ni,gila?Bila masa dan ketikanya aku tutup pintu?
Me:Kau tutup pintu hati kau untuk aku.Sampai hati kau.*make cute face*
Friend:Sekarang dah masuk waktu zohor ni,apa kata kau pergi solat sebelum pintu taubat tertutup untuk kau.
Me:*dead*
Friend:By the way,triple chia for you! *savagely leave*
Allah SWT sangat suka sekiranya ada hambaNya yang ingin bertaubat dan kembali kepada-Nya.Pintu taubat sentiasa terbuka untuk sesiapa saja tanpa mengira pangkat,darjat,peringkat umur dan lain-lain.
Sebanyak mana dan sebesar mana sekalipun dosa yang pernah dilakukan manusia,Allah tetap akan mengampuninya dengan syarat mereka benar-benar mahu bertaubat dan kembali kepada-Nya.
Selagi kita masih bernafas dan nyawa belum sampai ke kerongkong,selagi itulah pintu taubat akan terbuka seluas-luasnya untuk menerima taubat seorang hamba.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Heartshot
CasualeBiasa kita dengar "headshot" saja kan?Tetapi ini "heartshot". Kata-kata sentap yang tak berapa nak sentap dan menusuk kalbu. Dakwah tak semestinya selalu serius. Kadang-kadang,kita perlu bergurau senda juga. #WHY_SO_SERIOUS