Relaks.Tajuk bab ni memang kpopers,tetapi niat bab ni ditulis bukan kerana nak 'sekolah'kan para kpopers.Sebab aku salah seorang kpopers juga.Alkisahnya bermula begini:
Friend:*done something inappropriate*
Me:Kau jangan buat hal.Sekali aku screenshot,viral kau nanti.
Friend:Boleh juga.Teringin nak jadi famous.
Me:Sebagai seorang sahabat,aku cuma nak beritahu.Sedarlah bahawa bagaimana famous sekalipun kau,Jungkook(BTS) tetap tidak akan sedar akan kewujudan kau.Hahahaha.
Friend:Sob,sob.Aku tahu tu,tetapi kau doakanlah aku supaya dapat bawa dia ke jalan yang benar dan semoga hati dia dapat hidayah untuk masuk Islam.
Me:*sentap sikit*Aminn.Satu saja aku nak nasihat,kalau kau nak bawa dia ke jalan yang benar,pastikan kau berada di jalan yang benar terlebih dahulu.
Friend:*silent*
Me:Kau okay?Tak apa,biar aku cover balik.Pastikan kau berada di jalan yang benar untuk menuju ke hati dia.
Friend:Triple chia for you!
Me:Gatal!Sekejap saja insafnya.*facepalm*
The conclusion is
Jangan jadi gatal macam budak tu.Kidding.
Seperti yang telah dinyatakan di atas,sebelum nak perbaiki orang,kita perlu perbaiki diri kita sendiri terlebih dahulu.
Paling penting,pastikan ilmu yang kita ada mencukupi untuk membimbing seseorang.Bukanlah bermaksud orang yang kurang ilmu tu tidak boleh bawa orang lain ke arah kebaikan.
Boleh saja.Kita sama-sama belajar.Tak salah bukan?

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Heartshot
AcakBiasa kita dengar "headshot" saja kan?Tetapi ini "heartshot". Kata-kata sentap yang tak berapa nak sentap dan menusuk kalbu. Dakwah tak semestinya selalu serius. Kadang-kadang,kita perlu bergurau senda juga. #WHY_SO_SERIOUS