"Aku terima nikahnya Ifti Afirah binti Sufian dengan mas kahwin 400 ringgit tunai "
"Sah ?"
"Sah ."
"Alhamdulillah"
Lalu lelaki yang melafazkan akad nikah itu tadi segera menuju kearah ku untuk menyarungkan cincin pernikahan kami . Aku menghulurkan jari mulus ku kearahnya . Lalu , dia menyarungkan cincin perak bertatahkan berlian ke jari manis ku . Aku kemudiannya mencium tangan suamiku . Dan dia pula terus mengucup dahiku . Ya , Hari ini adalah hari bahagia buat lelaki itu . Tetapi tidak bagi aku . Sungguh aku tak rela menjadi isterinya . Majlis hari ini berlaku pun hanya untuk menyampaikan hajat arwah Atuk . Ya , sebelum Atuk meninggal dunia . Atuk telah mewasiatkan aku supaya berkahwin dengan anak Tan Sri Nadzir . Kononnya , atuk nak balas jasa Tan Sri Nadzir yang telah membiayai perbelanjaan hospital Atuk kerana Tan Sri Nadzir merupakan anak angkat Atuk .
Flashback
Aku tak tahu kenapa aku dipanggil untuk ikut mendengar penyataan wasiat arwah Atuk . Orang kata , sesiapan yang kena panggil mestu ada tercatat dalam wasiat . Aku dapat apa eh ? Setahu aku , Atuk tak lah berharta sangat . Tapi cukup untuk menanggung empat orang anaknya . Eh , apa lah aku ni . Ingat Atuk tu nak ke bagi aku harta . Dah dah . Tak habis habis nak ngarut .
"Baiklah , semua dah tahu apa tujuan saya panggil kamu semua kan ? Jadi boleh saya teruskan ? " tanya peguam arwah Atuk
"Dah" kata ayahku
"Baiklah , Saya Imran bin Said selaku peguam yang menguruskan wasiat arwah Jalil bin Ahmad . Saya akan bacakan wasiat ni . Saya mula ya ? "
" Assalamualaikum anak-anak ayah , cucu-cucu ayah dan Iffat . Ini untuk anak-anak ayah . Ayah tak lah berharta sangat tapi kalau untuk anak-anak ayah , ayah rasa cukup untuk korang semua . Untuk Wahab , ayah wasiatkan rumah banglo yang bernilai 30ribu ni . Banglo ni ayah beli dengan menggunakan duit yang ayah kumpul . Ayah nak kamu jaga banglo ni . Banglo ni banyak menyimpan kenangan ayah dengan arwah Mak dan anak-anak ayah dan cucu ayah . Untuk Jalil , ayah wasiatkan homestay yang ayah jalankan . Ayah nak kamu teruskan perkhidmatan homestay . Memandangkan ayah ada 4 bidang sawah padi . Ayah nak bahagikan kepada dua orang anak perempuan ayah . Pandailah korang bahagikan ? Sekarang , untuk cucu-cucu Atuk pula . Hafiz , kamu cucu sulung atuk . Atuk wasiatkan Hafiz kereta atuk . Atuk harap Hafiz dapat gunakan kereta tu dengan baik . Atuk nak Hafiz jaga kereta tu macam kereta Hafiz sendiri . Untuk cucu perempuan tunggal atuk , Ifti . Atuk wasiatkan wang bernilai 10ribu untuk Ifti . Tetapi atuk juga nak Ifti kahwin dengan Iffat . Sekiranya Ifti tak kahwin dengan Iffat wang 10ribu tu atuk akan berikan pada Emelda . Ifti tahu sendirikan perangai Emelda tu macam mana ? Pak Long pun mesti tak setuju kalau duit tu kat tangan Emelda . Untuk cucu angkat atuk , Iffat . Sekiranya kamu kahwin dengan Ifti atuk nak kamu jaga Ifti baik baik . Atuk wasiatkan rumah tradisional kat kampung kepada Iffat . Rumah tu juga banyak simpan kenangan . Iffat jangan pandang rendah , walaupun ianya cuma rumah kampung tapi kos untuk siapkan rumah tu sangatlah mahal . Sebab tu atuk tak nak jual rumah tu . Itu sahaja atuk nak beritahu . Harap semua berpuas . "
"Sampai sini sahaja wasiat arwah Jalil . Terima Kasih . Saya boleh balik kan ?" Tanya peguam itu
"Oh ya . Boleh . Silakan . Terima kasih kembali ye" kata Pak Long
End flashback
"Ifti , jomlah dah nak bersanding dah ni . Jauh sangat mengelamun." Sapa ibuku
"Aaa . Oke ibu . Alya jomlah kata nak naik pelamin " usikku
"Ish kau ni . Kalau naik pelamin jadi pengapit hari-hari aku boleh buat" Alya mencebik
"Ifti . Jom" ajak Iffat
Aku memeluk tangan Iffat menuju ke pelamin dan duduk diatas kerusi . Banyak mata yang memandang kami berdua . Ada juga yang sibuk menangkap gambar . Aku duduk tersipu malu . Eh malu ke ? Confirm lah malu . Orang atas pelamin kan . Eh dah mula dah mengarut . Ok back to the topic .
"Ifti , Iffat boleh posing sikit ke ? Iffat berdiri lepastu pegang bahu Ifti . Ifti pula duduk then rangkul pinggang Iffat . Saya nak ambil gambar" arah jurukamera
Aku dan Iffat terus melalukan posing yang jurukamera tadi arahkan .
"Oke , once again . Smile . Snap . Great" kata jurukamera itu .
Majlis persandingan berakhir setelah hampir 15 minit aku kat atas pelamin . Aku dan Iffat diarahkan untuk ke kamar bagi menukar persalinan . Yelah , takkan nak pakai baju pengantin 24jam . Tak ingin lah aku . Kain asyik merayap je . Nasib tak terpijak . Aku dan Iffat masuk kedalam bilik bersama dengan pengapitku dan Iffat tadi . Alya meminta izinku untuk keluar dari bilik , begitu juga pengapit Iffat . Tinggal aku dan Iffat je kat dalam bilik . Senyap .
"Err ... Ifti , boleh abang nak cakap sikit ?"
"Nak cakap ? Boleh . Cakaplah ."
"Ifti ikhlas ke kahwin dengan abang ? Dari tadi abang nampak macam Ifti tak suka je kita kahwin"
"Iffat , suka ke tak suka ke sekarang saya dah jadi isteri awak kan ?"
"Awak kahwin dengan saya pasal nak dapatkan duit wasiat arwah atuk tu ke ?"
"Eh , kejap . Apa masalah awak tanya saya soalan macamtu ? Kalau bukan sebab duit tu pun saya akan tetap kahwin dengan awak tau . Sebab saya nak sampaikan hajat atuk . Saya tak kisahlah dengan duit tu ." Tegas aku
"Maafkan abang Ifti . Abang tak patut tanya macam tu ."
"Iffat , kalau boleh saya nak sangat atuk berikan duit tu kepada orang lain . Sebab apa ? Sebab saya seorang je yang dapat wang tunai . Saya takut kalau sepupu saya yang lain dengki kat saya ." Jelasku
"Habis tu kenapa atuk tak bagi je kat Emelda ? Saya tengok Emelda tu baik je"
"Awak tak kenal Emelda lagi . Dia tu kalau dapat duit , duit tu akan sia-sia macam tu aje . Saya malaslah nak cakap pasal dia . Naik muak saya . Lagipun , Emelda bukan anak kandung Mak Lang . Emelda tu cuma anak tiri je . Dan atuk memang tak suka perangai dia . Walaupun atuk tak pernah tunjuk depan kami . Tapi saya tahu" kata aku .
"Oo . Saya nak salin baju ni ." Iffat berkata
"Eh , kejap . Nak salin depan saya ke ? Tak boleh . Pergi salin dalam tandas" kataku .
Aku memang tak sedia lagi nak tengok badan dia . Ok dah .
"Yelah . Saya faham keadaan awak" kata Iffat
Selepas Iffat selesai menukar baju , aku menyuruh dia untuk keluar dahulu sebab sekarang giliran aku pula nak salin baju . Aku mengenakan baju lengan panjang berwarna biru laut . Sama warna dengan baju yang Iffat pakai . Seluar pula aku pakai plazo berwarna hitam . Aku memang gemar memakai plazo . Sebab lebih selesa dan tak menampakkan bentuk kaki . Aku segera keluar dari bilik lalu mencari kelibat suamiku . Emm , kenapa aku cari dia ? Adoii , apalah kau ni Ifti . Dah mula jatuh hati ke ? Eh , takdelah . Takde masa nak jatuh cinta ke jatuh tangga ke . Mohon lah .
*******
Macam mana dengan bab 1 ? Oke ke ? Kalau oke sila lah vote ya . Kalau sudi komen lah sekali . Manatau ada yg nak dikomplen ke . Manatau . Hehe . Tunggu chapter seterusnya ye .
YOU ARE READING
Rintihan Rindu
Random- awak , kalau merajuk jangan lama-lama .. nanti saya rindu - Iffat - saya takkan biarkan awak merindui saya sekali lagi - Ifti - aku takkan biarkan korang berdua bahagia . Ingat kata-kata aku - Emelda