No pov
Ifti turun ke dapur untuk membantu ibu mertuanya . Yelah , takkan nak terperuk dalam bilik je ? Nanti apa kata umi Iffat .
"Umi buat apa ?" Tanya Ifti
"Umi nak masak breakfast"
"Boleh Ifti tolong ?"
"Boleh . Ifti tolong tengok je lah erk?" Umi bergurau
"Alaa . Umi ni . Ifti betul-betul nak tolong umi la . Tapi Ifti tak berapa terer nak masak . Kalau nak tolong potong sayur boleh lah"
"Umi gurau ajelah . Saja nak sakat menantu umi yang cantik ni . Takpe , Ifti potong sayur yg ada kat dalam peti sejuk . Lepastu Ifti rebus mi tu ya . Pandaikan rebus mi ?"
"Pandai umi"
Ifti mengeluarkan sayur sawi didalam peti sejuk dan memotong sayur tersebut . Setelah siap memotong sayur , Ifti merebus mi yang telah dikeluarkan sedia dekat atas meja .
"Umi . Ifti rasa dah siap dah ni"
"Ifti pergilah naik atas dulu . Nanti umi panggil Ifti turun bawah dengan Iffat ya"
Ifti hanya mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh ibu mertuanya . Ifti memang seorang anak yang taat kepada orang tua . Dia tidak pernah meninggikan suara kepada ibu dan ayahnya . Kira Ifti ni memang sopan santun orangnya .
.
Ifti memusingkan tombol pintu biliknya lalu masuk kedalam . Pergerakan Ifti terhenti sebaik sahaja dia melihat Iffat yang tidak berbaju dan hanya bertuala keluar dari bilik air . Dengan segera Ifti menutup matanya dengan menggunakan tapak tangannya .
"Iffat . Apa awak buat ni ?"pipi Ifti merah
"Ifti , maaf saya baru lepas mandi . Sorry Ifti ." suara Iffat boleh buat author cair . Eh jgn menyemak kat cerita dorang eh .
"Takpe , awak pakai baju sekarang . Nanti umi panggil nak sarapan" kata Ifti
"Iffat ! Ifti ! Jom sarapan . Umi dah siapkan makanan ni" laung umi dari tingkat bawah
"Jom Ifti " ajak Iffat
Ifti duduk disebelah Iffat lalu memberikan Iffat mi goreng yang telah dimasak oleh umi .
"Terima kasih sayang" ucap Iffat
"Amboi .. Pengantin baru ni .. Sweet sangat lah" ejek Iqbal
Oh ya . Korang mesti tertanya Iqbal ni siapa kan ? Iqbal ni abang Iffat . Masih bujang lagi . Kalau nak booking boleh wassap ye . Hehe . Gurau jer .
"Eleh , abang jealous kan ? Kalau nak , kahwin lah cepat-cepat" usik Iffat
"Korang dua ni kan . Dari kecik sampai dah besar asyik sakat-menyakat jer . Tak berubah ." ucap Abah
"Ifti , macam ni lah suasana rumah ni . Walaupun anak dua orang je tapi macam anak sepuluh orang" kata umi
"Alaa Umi .. sama je macam kat rumah Ifti . Apa lagi kalau abang Ifti tu . Asyik nak sakat Ifti je" kata Ifti .
Semua ketawa mendengar penjelasan Ifti .
Skip
Ifti pov
Aku masih lagi didalam rumah agam keluarga Tan Sri Nadzir . Aku cukup gembira disini bertemankan suamiku , umi , abah dan abang Iqbal . Sejujurnya aku cukup selesa bersama mereka , tetapi kenapa aku masih lagi tidak boleh menerima yang aku harus berkahwin dengan Iffat ? Aku tidak bencikan dia malah satu dendam pada dia pun tidak pernah ada dalam diri aku . Aku akan sedaya upaya mencuba untuk menerima dan menyayangi Iffat .
"Ifti , jom ikut abang" suara itu mengentikan lamunanku
"Awak nak kemana ?" tanyaku
"Abang nak tengok rumah kita"
"Rumah baru ? Awal sangat kot" kataku
"Ifti , kita kan dah kahwin . Kita mestilah cuba untuk jadi suami isteri yang terbaik" jelas Iffat
"Baiklah . Saya bersiap dulu" kataku
.
Selesai bersiap aku dan Iffat keluar menuju ke kereta . Iffat membukakan pintu kereta buatku . Lalu aku masuk ke perut kereta , begitu juga dengan Iffat . Seperti biasa , keadaan didalam kereta senyap . Setelah beberapa minit Iffat memandu akhirnya kereta Iffat berhenti dihadapan sebuah rumah banglo yang sederhana besarnya .
"Ifti , kita dah sampai . Ifti suka tak rumah ni ?" kata Iffat
"Emm , saya okey je . Saya tak kisah , yang penting ada tempat tinggal" kataku
"Okeylah kalau macam tu . Jom jalan"
"Eh , sekejap je ? Saya ingatkan awak nak bawa saya masuk dalam rumah ."
"Nope , you must follow me to somewhere"
"Kat mana ?"
"Adalah . Nanti awak tahu juga . Sabar eh" kata Iffat
Kami masuk kedalam kereta dan meneruskan perjalanan . Aku tidak tahu Iffat hendak membawaku kemana . Lebih kurang 15 minit kemudian , kami tiba disebuah tempat penginapan .
"Iffat , kita buat apa kat sini ?" Aku bertanya kepada Iffat dengan nada kehairanan
"Adalah .. Tak boleh bagitau sekarang" kata Iffat sambil tersengih
Akhirnya kami sampai ke sebuah pondok . Pondok itu dipenuhi dengan lampu seperti kelip-kelip . Disepanjang lantai ditaburi kelopak bunga mawar merah . Sungguh aku tidak dapat berkata apa-apa pada waktu itu . Sejujurnya , aku menyenangi sikap Iffat yang sentiasa sabar menungguku . Walaupun usia perkahwinan kami belum sampai seminggu . Cuma aku keliru . Mengapa aku tidak dapat membuka pintu hatiku . Aku yakin , satu hari nanti aku akan mencuba untuk membuka pintu hatiku untuknya .
"Ifti . Ifti okey ?" tegur Iffat
"Err . Bila awak buat semua ni ?" Tanyaku
"Bila saya buat semua ni itu tak penting . Kita dah sampai kat sini kan ? Silalah , tuan puteri Ifti Afirah ." kata Iffat sambil menghulurkan tangannya lalu aku mencapai tangannya .
Kami berjalan menuju ke meja yang terletak di tengah-tengah pondok itu . Aku duduk berdepan dengan Iffat .
"Ifti . Abang tau Ifti masih belum boleh terima abang sebagai suami Ifti . Abang nak Ifti tau yang abang ikhlas kahwin dengan Ifti . Abang dah jatuh cinta pada Ifti sejak pertama kali abang nampak Ifti ."
"Iffat , saya minta maaf . Insha Allah saya akan cuba buka pintu hati saya untuk awak . Terima kasih sebab layan saya dengan baik . Saya hargai semuanya ." Kataku jujur .
"Abang akan tunggu Ifti biarpun lama abang akan tetap tunggu Ifti . Abang cintakan Ifti sepenuh hati abang ." Kata Iffat . Dia amat berharap .
Kami menghabiskan masa bercerita dan makan malam disana . Sungguh gembira aku pada waktu itu . Terima kasih Iffat . Kataku dalam hati .
*******
Thanks for reading . Tunggu chap seterusnya . Silalah vote kalau suka ya . Abaikan typo 😂 .
YOU ARE READING
Rintihan Rindu
Random- awak , kalau merajuk jangan lama-lama .. nanti saya rindu - Iffat - saya takkan biarkan awak merindui saya sekali lagi - Ifti - aku takkan biarkan korang berdua bahagia . Ingat kata-kata aku - Emelda