Iffat pov
"Ifti dah mandi ?" Tanyaku kepada isteriku
"Belum"
"Patutlah bau semacam je" aku ketawa kecil
"Awak ni .. Mana ada lah . Saya wangi tau . Awaklah busuk " kata Ifti seakan merajuk
Hubungan kami menjadi sedikit rapat . Aku bersyukur kerana Ifti tidak lagi dingin denganku . Aku pasti hatinya akan terbuka sedikit demi sedikit . Aku tidak kisah jika aku perlu menunggu dengan lama . Asalkan Ifti ada didepan mataku , itu sudah kira cukup baik bagiku .
No pov
Ifti merenung ke luar jendela . Dia seakan sedang memikirkan sesuatu . Ya , dia memang sedang memikirkan sesuatu . Sesuatu perkara yang sungguh penting buatnya . Ifti terasa seperti pintu biliknya dikuak sedikit . Iffat . Iffat masuk kedalam bilik Ifti . Iffat dan Ifti masih lagi tidur berasingan bilik .
"Ifti buat apa ?" tanya Iffat sebaik sahaja masuk kedalam bilik Ifti .
"Berfikir" jawab Ifti dengan ringkas
"Fikir apa ?" Tanya Iffat lagi
"Saya dah fikir masak-masak . Jujur saya tak boleh teruskan hidup dalam keadaan macam ni . Saya tak sanggup seksa hati saya . Saya tak sanggup nak biarkan ego saya jadi lebih tinggi . Mulai sekarang , kita teruskan hidup sebagai suami isteri yang bahagia . Saya terima abang sebagai suami saya . Saya akan cuba jadi isteri terbaik buat abang ." Ucap Ifti .
"Are you sure my princess ?" Tanya Iffat
"Yes , im sure . Saya dah mula rasa sayang pada abang sejak abang luahkan perasaan abang haritu . Cuma , saya ego . Saya tahu semua salah saya." Kata Ifti dengan nada rasa bersalah
"Ifti , abang gembira sangat bila Ifti cakap yang Ifti terima abang . Abang janji abang akan jaga Ifti dengan baik . Itu amanah atuk untuk abang . Abang akan cuba yang terbaik untuk jadi suami Ifti dan ayah yang baik untuk anak-anak kita kelak . Insha Allah." Kata Iffat sambil menggenggam erat tangan Ifti .
Tok tok tok
Seakan bunyi pintu bilik Ifti diketuk . Siapa yang mengetuk pintu ?
"Takpe , abang pergi tengok" Kata Iffat
Iffat membuka pintu bilik dan terkejut bila melihat abangnya yang berdiri dihadapan pintu tersebut .
"Eh , abang . Bila sampai ? Macam mana abang masuk rumah saya ni ?" Tanya Iffat
"Baru jer . Tadi abang panggil dari depan pintu tapi takde orang pun yang dengar . Kebetulan pula pintu rumah kamu tak berkunci . Abang masuklah . Abang cari kamu dua tak jumpa . Rupanya berkurung dalam bilik ehhh . Ada projek besar ke ?" Kata Iqbal dengan nada mengejek
"Eh . Abang Iqbal . Marilah turun bawah . Ifti buatkan air eh . Abang nak air apa ? Nescafe ?" sampuk Ifti sengaja mahu mengubah topik
Iffat dan Iqbal turun ke bawah dan meneruskan perbualan mereka manakala Ifti pula terus ke dapur untuk membuat air . Tidak lama kemudian , Ifti keluar dari bahagian dapur dengan membawa sedulang air dan kek . Mujurlah masih ada simpanan kek . Iffat memang sengaja membeli kek , tujuannya untuk hidangan minum petang ataupum dihidangkan kepada tetamu yang datang .
"Abang , minumlah ." Kata Ifti kepada Iqbal
"Ifti ajak abang Iqbal aje ke ?" Usik Iffat
"Abang ni . Saja je nak usik Ifti depan abang Iqbal kan ?" Kata Ifti
"Gurau ajelah" balas Iffat
"Abang , Ifti naik atas dulu eh . Ada benda nak buat . Pakaian pun belum siap susun kat almari ." Ifti meminta izin untuk naik ke atas
"Okey" balas Iffat ringkas
Kemudian , Iqbal meminta diri kerana sudah terlalu lama dirumah Iffat dan terus pulang ke rumah umi dan abah . Iqbal belum mempunyai rumah sendiri . Iqbal akan membeli sebuah rumah hanya sekiranya dia berkahwin .
.
Ifti pov
Jam menunjukkan pukul 8.45 malam . Aku merasa sungguh mengantuk sekali . Aku memandang kearah Iffat yang sedang khusyuk menonton televisyen . Sesekali aku menguap .
"Ifti mengantuk ?" Soal Iffat padaku
"Ya" balasku
"Ifti tidurlah kat bilik abang eh . Ifti tidur dulu , nanti abang datang . Abang nak habiskan filem ni dulu" kata Iffat
"Okey" aku sekadar mengakur dan terus melangkah masuk ke dalam bilik . Tidak lama aku berbaring , aku terlelap dengan mudah . Aku merasa sungguh penat hari ini .
.
No pov
"No ! Kenapa Elda tak dapat apa-apa daripada atuk ? Elda kan cucu atuk juga !" Jerit Emelda
"Elda .... Ramai lagi yang tak dapat apa-apa daripada atuk . Bukan kamu seorang sahaja." Pujuk mamanya
"Kenapa budak Ifti tu dapat ? Dah lah dapat duit . Kena suruh kahwin pulak tu . Elda jealous lah mama ." Kata Emelda
Emelda yang baru sahaja kembali ke Malaysia dua hari lepas sungguh terkejut dengan berita yang dia tidak mendapat apa-apa daripada atuknya . Walaupun atuk hanya atuk tirinya Emelda sudah mula mengasihi atuknya . Kerana Emelda membesar bersama-sama atuk ketika dia , ayahnya dan mamanya menetap dia rumah atuknta sementara menunggu rumah mereka siap dibaik pulih .
*********
Thanks for reading
YOU ARE READING
Rintihan Rindu
Random- awak , kalau merajuk jangan lama-lama .. nanti saya rindu - Iffat - saya takkan biarkan awak merindui saya sekali lagi - Ifti - aku takkan biarkan korang berdua bahagia . Ingat kata-kata aku - Emelda