KALAU yang membuat galau

51 1 0
                                    

Hari ini aku bertugas diluar kawasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini aku bertugas diluar kawasan. Destinasi hari ini Melaka. Ya bandar bersejarah yang dulunya penuh berdarah. Tanah yang terkenal dengan pahlawan melayu bergelar Hang Tuah yang taat setia menurut perintah sultan untuk membunuh Jebat kerana mengamuk. walhal Jebat mengamuk membela kematian palsu Hang Tuah. Erti kata sebenar "die for your government" kah!

Aku keluar bersama dengan bos aku seorang lelaki cina berumur 50-an tak lokek senyum di mukanya. Satu persatu dibualkan sepanjang perjalanan yang agak panjang itu satu statement yang dikeluarkan bos aku "different melayu dengan cina is melayu pandai tapi malas. Cina tak pandai tapi rajin". Ah! peduli pula aku. Bergantung pada usaha individu tak ada kena mengena dengan keturunan. Namun pendapat itu aku pendamkan saja dalam benak akal.

Hingga dia membuka cerita perihal beliau yang beragama Buddha dan berketurunan teong hwa kerap kali mengikut seorang ustaz membaca yaasin ataupun melakukan proses samak kediaman. Penceritaannya yang penuh semangat serba sedikit menampakkan rasa hormat yang tinggi beliau pada ustaz itu.

Lantas aku ajukan persoalan spontan "bos, why you tak masuk islam?" Dia memandang aku dan tersenyum kecil. "Ada satu sebab i wonder. Islam sesama islam pun berperang sebab minyak. Isis, syiah claim diri diorang islam and ahli sunnah tak betul saling tuding menuding habis mana yang betul?"

Aku pula tak begitu mahir bab-bab agama ini namun aku mengerti agenda barat menampakkan islam sebagai satu agama terroris. Entah dunia apa yang aku hidup ini.

Istilah menyerang untuk mendapatkan sumber dan kekuasaan ya itu terorris seperti yang dilakukan Amerika syarikat yang digembar gemburkan kononnya kuasa besar dunia.

Istilah menyerang untuk menghentikan penindasan. Intifada. Ya Intifada. Kalau Che guavara memulakan perang gerilla untuk menuntut keadilan di Cuba disanjung mengapa umat islam yang mempertahankan hak mereka terus-terusan dipandang terroris?

Soalannya aku simpan tunggu aku datang semula bersama jawapan.

Luahan aku ini bukan bersetuju dengan perang yang berlaku. Cuma... kalau tiada siapa mula, tiada siapa perlu menghentikan dan tiada siapa menangis ohh indahnya dunia.

Diri sendiri yang penuh mandiri.Where stories live. Discover now