Part 4

524 9 0
                                    

"Hey, cousin! Ko sembang apa tu dengan Pak Nasrul?" Cik Izzah menapak ke arah sepupunya dan pemandunya itu. Dia baru saja tersedar dari lena. Apabila diseru-seru nama Cik Wadi di dalam rumah tetapi tiada balasan, terus dia melangkah ke perkarangan rumah. Terkejut dia tengok Cik Wadi dan Pak Nasrul saling tersenyum-senyum.

'Something fishy here...' fikir Cik Izzah.

"Assalamualaikum, ya sepupu. Kalau anti nak tahu, tadi ana dengar suara Nasrul mengaji sedap sangat. Merdu. Itu pasal ana pergi tegur dia. Jadi ana dan Nasrul sedang saling berkenalan."

"Waalaikumussalam," jawab Cik Izzah perlahan. Dia lupa yang sepupunya ini warak orangnya. Setiap kali nak bertegur atau berjumpa, wajib bagi salam dulu.

Baru Cik Izzah ingin membuka mulut untuk menyoal lagi, tiba-tiba guruh berdentum kuat. Langit terus mencurahkan air hujan dengan lebatnya. Cik Izzah, Cik Wadi dan Nasrul berteduh di bawah gazebo.

Dan ketika itu...

Ya! Pada ketika itulah Bibik Syu tiba-tiba muncul di situ dan berlari-lari dalam hujan.

Cik Izzah pelik melihat kelakuan sewel bibiknya itu.

Tanpa disangka, Bibik Syu berlutut di atas rumput dan membiarkan dirinya dihujani.

Dan suaranya... mula berkumandang.

"Ooo~~~ Mera dil tha akela, toone khel aisa khela! Teri yaad mein jaagun raat bhar...

Baazigar o baazigar~~~ Tu hai badha jaadugar... Baazigar o baazigar~~~ Tu hai badha jaadugar..."

Ternganga Cik Izzah melihat bibiknya tiba-tiba saja mampu menyanyi hindustan. Tidak cukup dengan menyanyi, Bibik Syu menari-nari pula. Lagak seperti Kajol pula Bibik Syu. Cik Wadi dan Pak Nasrul hanya melihat saja tarian Hindustan Bibik Syu itu tanpa bersuara apa-apa.

Bibik Syu masih galak memusing-musingkan badannya lalu dia berhenti seketika. Tangan kanannya diangkat, dan diletakkan di dadanya. Matanya dipejam.

"Ooo~~~ Mera dil tha akela, toone khel aisa khela. Teri yaad mein jaagun raat bhar..." Dan saat dia membuka kembali matanya, dia sudah ternampak kelibat si pujaan hatinya, iaitu Abang Zarif, sedang menuju ke arahnya dengan berbasikal. Abang Zarif mendepangkan sebelah tangannya.

Dan suara Abang Zarif mula kedengaran...

"Baazigar maen baazigar. Dilvaalon ka maein dilbar...

Baazigar maen baazigar. Dilvaalon ka maein dilbar..."

Bibik Syu terpegun melihat kemachoan sang kekasih menyanyi dalam kebasahan kerana hujan masih lebat membasahi mereka berdua.

Abang Zarif di matanya kini tak ubah seperti Shah Rukh Khan.

Sesungguhnya, cinta itu buta. Ya, buta.

Abang Zarif memberhentikan kayuhan. Dia turun dari basikalnya dengan penuh gaya. Lalu dia berjalan-jalan mengelilingi Bibik Syu yang sedang berdiri kaku dengan kepala tertunduk.

Abang Zarif menyambung kembali nyanyiannya...

"Ooo~~~ Dil leke dil diya hai sauda pyar ka kiya hai. Dil ki baazi jeeta dil haar kar..."

Mata Bibik Syu dan Abang Zarif bertentangan. Seperti biasa, Bibik Syu akan malu-malu kucing bila direnung lama oleh Abang Zarif.

Tiba-tiba...

Abang Zarif melutut di depan Bibik Syu. Satu bekas cincin baldu merah dikeluarkan dari kocek seluar. Bekas cincin itu dibuka dan disuakan kepada Bibik Syu.

Bibik Bibik Syu tergamam apabila terdapat sebentuk cincin yang berkilau di dalamnya.

"Nursyuhadah... be mine?"

Dan Bibik Syu bagaikan mahu pengsan.

Manakala Cik Wadi dan Pak Nasrul ternganga kerana melihat Cik Izzah yang sudah pun pengsan.

Majikanku Bukan ManusiaWhere stories live. Discover now