Part 8 (ending)

401 6 1
                                    

Masa berlalu dan terus berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir dua bulan berlalu kejadian Abang Zarif dan Bibik Syu dipecat. Rumah Cik Izzah menjadi sunyi dan suram dengan ketiadaan dua pekerjanya itu. Tak ubah seperti tanah perkuburan.

Pekerjanya yang tinggal hanya Pak Nasrul dan Pok Guard Hisyam saja.

Bukan dia tak mahu mencari pengganti Bibik Syu dan Abang Zarif, tapi... entahlah. Buat masa ini, hatinya berat untuk mencari pekerja lain.

Petang ini, Cik Izzah nak pergi ke rumah abangnya, iaitu Atiq. Lalu langkah diatur ke garaj sambil tangannya sibuk menyelongkar sesuatu di dalam beg tangannya.

"Pak Nasrul! Hantar aku ke-" Kata-kata Cik Izzah termati sendiri saat dia mengangkat muka. Dan ketika itulah terpampang jelas keadaan keretanya.

Keempat-empat tayar kereta kesayangannya... pancit!

Cik Izzah tergamam. Terkejut tak terkata.

'Ada orang perdajalkan aku ke?' Soal hatinya bingung.

Matanya menangkap sekeping nota diselitkan di celah wiper keretanya. Dengan perasaan kebingungan, nota itu diambil lalu dibaca.

Mulai hari ini, aku berhenti kerja. Tak ingin lagi aku bekerja dengan majikan puaka macam kau. Oh ya, tayar kereta kau pancit ke? Kesian... tapi padan muka! - Nasrul

"Arghhh!!!!!" Dia terjelepok di atas tanah dengan raungan yang mampu memekakkan telinga-telinga yang mendengarnya.

Hatinya sakit! Sakit! Argh!

Dia tak menyangka betapa kejamnya Pak Nasrul sehingga sanggup menjahanamkan keempat-empat tayar keretanya dan pergi tinggalkannya begitu saja.

Tanpa sedar, air matanya menitis.

Terasa hidupnya musnah. Semua orang pergi dari hidupya. Apa lagi yang tinggal?

Langit mula menangis. Menitiskan air hujan, bagaikan memahami perasaan seorang majikan bernama Cik Izzah pada waktu itu.

Tiba-tiba, Cik Izzah merasakan ada seseorang menghampiri dirinya lalu pemilik sepasang kasut berwarna hitam itu berhenti betul-betul di depannya. Sedar si gerangan yang berdiri di depannya kini memayunginya, perlahan-lahan dia mendongak.

"Syam... jangan tinggal aku."

"Jangan risau. Saya akan tetap setia di sisi, Cik Izzah."

- TAMAT -


P/s : Kah3. Amacam? Sweet kan endingnya? In Shaa Allah kalau aku rajin, tahun depan(2018) aku sambung lagi kisah Cik Izzah & Pok Guard Hisyam. Kalau aku rajin! - 4:39PM/Sabtu, 15072017

Reg,
Ray \^¤^/

Majikanku Bukan ManusiaWhere stories live. Discover now