Melihat pagar besi yang besar dan tinggi itu menyebabkan Aira terlopong "mak aihh...ingatkan Istana Lily je yang pagarnya besar" ujar Aira dalam hati.
Sebaik sahaja masuk ke dalam, terbentang luas kawasan yang menghijau dan dipenuhi bunga serta pokok yang tinggi menyebabkan sepanjang perjalanan masuk ke kawasan rumah bakal pesakitnya itu menjadi redup. "Uncle....dia orang ini siapa ya?" tanya Aira laju.
"Miss Aira...tak tahu ke inilah mahligai Prima Holdings" jawab Encik Amir
"Maksud uncle...yang jutawan Tuan syed Muhammad" ujar Aira laju
Melihat Encik Amir menganggukkan kepala menyebabkan Aira ingin menjerit. "Behave Aira.."
Menurut Encik Amir tadi di kawasan ini tiada internet dan elektrik kecuali mengunakan enjinerator...habis la hidup kau Aira lepas ni..nak pergi bandar jauh...
Dari jauh lagi Aira sudah melihat sebuah bangunan yang unik dan cantik sekali. Aira tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar pemandangan yang cukup cantik sekali.
Sampai di hadapan pintu Aira di sambut oleh seorang perempuan yang berbaju formal dengan senyuman. "Miss Aira?" soal perempuan tersebut sambil menghulurkan tangannya
"Ya.." jawab Aira laju sambil menyambut huluran tangan perempuan tersebut
"I Dina...pembantu Dato Tengku Muqklis. Silakan Miss Aira" ujar Dina sambil melangkah masuk ke dalam mahligai tersebut.
Kalau di luar sudah cantik dekat dalam pula mewah dan cantik membuatkan Aira berasa kagum dengan pemilik mahligai tersebut.
YOU ARE READING
Masa Indah Bersama
RomanceHidup Aira Ann semakin berubah setelah menjejak kaki ke Istana Lily. Segala yang bermula dari nenendanya yang menurunkan perintah untuk Aira Ann menjadi Doktor kepada sebuah keluarga yang begitu asing baginya "What" - Aira Ann "You must help nenend...