Prolog

242 4 0
                                    

🍀🍂💐
Kamu menuai apa yang kamu tanam...


Beberapa tahun sebelum...

Si ayah tenang memandu walaupun penat sejak tadi tanpa rehat.

Kedengaran gelak tawa anak-anaknya yang kegembiraan untuk balik ke kampung. Riuh rendah keadaan dalam kereta disebabkan gurau senda anak-anaknya.

Si ibu pula memandang ke belakang tersenyum senang melihat telatah mereka.

"Ohhh, ohhh, balik kampung. Ohh, ohhh, balik kampung. Ohh, ohh, balik kampung, hati riang" suara anak-anak menyanyi.

Opss, ni bukan nak dekat Hari Raya Puasa okeyy? Ketika ini, cuti sekolah. Mestilah anak-anak berseronok sakan.

Si ayah menggeleng kepala. Mungkin anak-anaknya seronok berjalan jauh.

Dia mengerling dari cermin untuk melihat keadaan anak-anaknya.

"Ohh, ohh, ohh, balik kampung, hati riang"

Sedang asyik si ayah melihat anak-anaknya, dia mula fokus melihat hadapan.

Sebuah lori memasuki lorong bertentangan dengan laluannya.

"Ya Allah!!"

Segera si ayah mengelak dan...

"Allahuakbar"

"Arghhh..."

Shreettttt....

Bunyi tayar kuat sebelum kereta berpusing dan terbalik.

Dummmmm...

....................


Seketika keadaan menjadi sunyi sepi. Tiada kereta atau kenderaan lain yang berada di situ selain kereta mereka.

Kebetulan ketika itu waktu malam dan jalan tersebut merupakan jalan yang jarang dilalui.

Seorang gadis berusia belasan tahun tersedar dari pengsan.

Dia melihat sekeliling.

Kelihatan hanya kereta keluarganya terbalik dan barulah dia sedar bahawa mereka kemalangan.

Mana kenderaan yang kemalangan dengan keluarganya tadi?

"Arghh, sakitnya" dia memegang kepalanya.

Dia tercampak keluar dari kereta. Darah mengalir perlahan di kepalanya.

Mungkin akibat daripada kemalangan tadi. Mujurlah dia bukan seorang yang fobia akan darah.

Perlahan-lahan dia cuba bangun dan terhencot-hencot berjalan ke kereta ayahnya yang sudah terbalik. Badan dan kaki yang terasa sakit dan luka tidak dihiraukan.

Dia melihat ke dalam kereta, beberapa ahli keluarganya tidak sedarkan diri.

Dahinya dikerutkan.

"Mana yang lain?" matanya melilau mencari dua orang adiknya.

Tubuh dua orang adiknya tidak jauh dari kereta ayahnya. Baru beberapa langkah ingin ke arah adiknya, sebuah kereta BMW tiba.

Dia menarik nafas lega kerana ada orang berhenti untuk membantu dia sekeluarga. Tetapi fikirannya meleset apabila melihat seorang lelaki keluar membawa pistol.

Dia mengundur perlahan beberapa langkah ke belakang apabila dapat memahami situasi yang berlaku sekarang.

"Kau siapa?" kata gadis itu berani double takut sambil memandang serius muka lelaki yang menbawa pistol.

Aku Dan DiaWhere stories live. Discover now