Bab 9

111 2 0
                                    

🍀🍂💐
Jika satu mimpi jatuh dan pecah menjadi ribuan keping, jangan pernah takut untuk mengambil salah satu dari kepingan itu dan mulai lagi...

Prang!

Keadaan yang sedikit sunyi menyebabkan beberapa orang yang berada di situ memandang ke arah bunyi tersebut.

Seorang lelaki berbaju hitam wajah kacukan memegang pasu kaca pecah ditambah darah menitik laju di lantai yang berwarna putih.

Satu tangan memegang bahunya. Seakan menyalurkan kesabaran atau kekuatan padanya.

"Rez, rawat luka tu. Fa nampak, tak ke pelik nanti?" Faez menarik perlahan Farez ke kerusi.

Dia tahu Farez dalam keadaan marah hingga sanggup menghentak pasu yang berada di kaunter.

Faez mengerling jururawat yang berada di hadapannya.

Riak muka tidak dapat disembunyikan. Muka terkejut ditambah cuak.

Mana tidaknya, baru sebentar tadi lelaki berbaju hitam bertanya beberapa soalan yang sama seperti polis padanya, alih-alih pasu yang berada di situ dihentak di atas meja.

Hanya disebabkan jawapannya tidak memuaskan hati lelaki itu.

Dia sudah menjawab sama seperti disoal oleh polis sebentar tadi. Tiada tokok tambah.

Jadi, kenapa dia perlu ubah jawapannya sedangkan soalan lelaki berbaju hitam sama dengan polis yang menyoal siasatnya sebentar tadi?

"Angah" Nama panggilan dan nadanya semakin lembut.

Farez hanya memandang kosong. Tiada reaksi menunjukkan dia dengar.

Mereka sudah duduk di kerusi tidak jauh dari tempat hempasan Farez.

Faez mengeluh.

Perlahan dia mengambil kaca pasu yang sudah separuh hancur di tangan Farez.

Ketika itu, baru Farez seakan sedar. Matanya bergenang.

"Along, Fa. Dia... tsk...tsk...tsk" esakan kuat bergema dari Farez.

"Fa.. di-di-dia. Tsk... tsk... tsk... Angah tak nak berulang lagi. A..aa angah takut" tidak tahu apa yang dia cuba sampaikan.

Pedulilah jika Faez tidak faham apa yang dia katakan.

Tidak dapat menahan sebak. Dia mengelap air mata yang mengalir laju. Tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling.

"Ya, along tahu. Fa ada kat dalam. Dia takkan apa-apa. Buat malu je kalau Fa tahu angah nangis. Dia adik kita. Mestilah kuat. Lebih kuat dari kita. Lelebih lagi, kuat melawan" Sengaja Faez menambah ayat belakang.

Air mata yang berada di tubir segera diseka. Tidak mahu Farez melihat dan terus dalam suasana sedih.

Farez tergelak kecil.

Membayangkan reaksi Fairuz jika tahu dia menangis. Memang sampai hujung hayat dibahannya.

"Budak kecil tu. Bab melawan orang, dia top juara. Tiada tolak banding. Tak sedar diri ketot, pendek" sempat lagi dia mengutuk Fairuz.

Kuang asam jawa extra punya abang. Kalau Fairuz dengar, memang ke dalam 7 meter lah abang-abang sekalian.

"Angah"

"Along"

Mereka serentak bercakap. Seketika, keduanya tergelak kecil.

Seketika, keadaan menjadi senyap semula.

"Angah rasa apa yang berlaku pada Fa, ada kaitan dengan kejadian dulu?" Faez kembali serius.

Membincangkan kejadian yang berlaku mengenai Fairuz.

Aku Dan DiaWhere stories live. Discover now