Bab 3

175 2 0
                                    

🍀🍂💐
Bermimpilah setinggi langit, lalu berkerja keraslah untuk mewujudkan mimpi-mimpi itu...

United States...

Satu malam, Farez keluar tergesa-gesa katanya ada kecemasan.

Farez berjumpa 4 orang lelaki sebelum mereka menuju ke belakang bangunan yang sunyi.

Pada awalnya, perbualan mereka tidak menjadi masalah. Lama kelamaan, salah seorang dari beberapa orang lelaki tersebut mula menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Entah apa masalah negara besar sangat hingga perlakuan yang kurang ajar terhadap Farez.

Tanpa sebarang amaran, seorang lelaki yang berbadan besar mula menyerang Farez.

Serangan demi serangan diasak ke tubuh Farez. Farez mempunyai sedikit ilmu berlawan menepis setiap serangan dengan tangkas.

Farez membalas serangan lelaki itu, namun dia berundur beberapa langkah ke belakang.

Seketika, sebiji tumbukan padu tepat mengenai dada Farez menyebabkan badan terhentak ke dinding.

Zapp!

Satu tikaman tepat di bahunya.

"Ouch, my hand slipped. It's should hit the chest or neck, not the shoulder"

Farez menarik pisau yang tercucuk di bahunya. Darah mengalir perlahan.

"Tak guna" Dia menekan perlahan luka di bahunya.

Pernafasan Farez mula tidak teratur. Dadanya mula terasa senak.

Pihak lawan ketawa mengejek. Kesan tumbukan dan luka di bahu melemahkan Farez.

Suasana menjadi tegang. Nampaknya mereka benar-benar mahu membunuhnya.

Farez cuba melengahkan masa dan mencari jalan untuk melarikan diri.

Dia tidak mampu untuk berlawan lagi. Luka di bahunya membuat pergerakan dia terbatas.

Farez hanya mampu menepis dan mempertahankan dirinya saja. Jika keadaan seperti ini, dia akan kehabisan tenaga dan banyak darah.

Di satu sudut, sepasang anak mata hitam hanya menjadi pemerhati sejak tadi. Wajah tiada perasaan ditayangkan.

Melihat Farez dibelasah di depan mata. Matanya tajam mengikuti pergerakan mereka.

Seakan seronok untuk mencabut nyawa orang.

"Should I kill you?" tangan lelaki berbadan besar mencengkam leher Farez.

Bila-bila masa dia boleh mematahkan leher dan menamatkan riwayat Farez.

"Erghh..." Sebelah tangannya menekan luka di bahu Farez.

Farez meronta perlahan. Dia tiada daya untuk melawan.

Mulutnya mula melafazkan kalimah syahadah.

Berharap keajaiban Allah muncul menyelamatkannya. Tetapi dia tahu tiada sesiapa yang akan membantunya.

3 lelaki lain ketawa terbahak-bahak. Seolah ada pertunjukan lucu depan mata.

"Should I?" Soalan sama diulang.

Cengkaman makin dikuatkan.

"Then..." terhenti kata-kata lelaki berbadan besar.

Dushhh...

Sebatang kayu melayang tepat ke muka lelaki berbadan besar. Tepat pada sasaran.

Automatik cengkaman di leher Farez terlepas dan Farez jatuh terjelepuk. Tidak sedarkan diri.

Aku Dan DiaWhere stories live. Discover now