Aeyeon menghampiri guru mudanya dengan langkah yang berat. Keluhan dilepaskan sebelum dia menyapa Jimin."Cikgu." panggil Aeyeon. Jimin memalingkan wajahnya sebaik sahaja Aeyeon memanggilnya. Kemudian, dia memandang ke hadapan semula.
"Awak lambat 15 minit." ujar Jimin. Aeyeon mengerutkan dahinya. Bila pula dia ada berjanji dengan Jimin untuk berjumpa di mana dan pada pukul berapa.
"Bukan salah saya. Kita tak janji apa-apa pun kan ?" Aeyeon mengambil tempat di sebelah Jimin.
"Yes. We are !" kening kiri Aeyeon dinaikkan.
"Cuba awak tengok handphone. Ini la, remaja zaman sekarang, handphone mahal-mahal tak reti nak guna. Chat dengan boyfriend je." perli Jimin.
"Cikgu bukan remaja ? Cikgu pandai ke guna ? Entah-entah..."
"Awak jangan fikir yang bukan-bukan eh ?" jari telunjuk Jimin menunding ke arah Aeyeon. Aeyeon menolak jari telunjuk Jimin.
" Apa ? Saya cuma nak cakap, entah-entah cikgu pun macam orang lain. Cikgu la yang fikir macam-macam. Bukan saya." balas Aeyeon sambil mengeluarkan telefon pintarnya. Malas dia mahu melayan sikap gurunya itu.
"Cikgu rasa saya ni manusia atau burung hantu ?" Aeyeon menyoal guru muda itu penuh dengan kesabaran.
"Manusia."
"Jadi, kenapa hantar mesej pukul 3:37 pagi !" suaranya di tinggikan sedikit.
"Mana tahu, awak tengah study ?" balas Jimin tenang.
"Tapi saya tak rajin nak belajar pagi-pagi buta." suara Aeyeon diperlahankan sedikit.
"Ouh, patut la keputusan pun tak berapa nak cemerlang !" Aeyeon menjeling.
"Pergi la sorang-sorang keliling sekolah. Malas saya nak teman." Lengan Aeyeon ditarik.
"Habis siapa yang nak temankan saya kalau bukan awak ?"
"Nah." Aeyeon memberikan lakaran peta sekolah kepada Jimin.
"Peta apa ni ?" soal Jimin.
"Sudah gaharu, cendana pula,
sudah tahu, bertanya pula." sempat lagi dia berpantun."Kalau cikgu tersesat, tengok je la peta ni. Saya pergi dulu." terpinga-pinga Jimin melihat kepergian Aeyeon.
•
•
•
•
•
•
•
•❈ Aeyeon POV
"Hishh, aku tahu la aku ni tak cerdik. Tapi tak payah la perli." Rungutku seorang diri.
Kelas 9A-2
"Ulgo shipji anha~
Ulgo shipji anha~"Aku kenal dengan suara ni. Suara yang aku rindu. Tanpa membuang masa, aku terus menolak pintu bilik darjah itu.
"Seungkwan !" Jeritku girang. Akibat terkejut dengan jeritan itu, penyapu yang dipegang olehnya segera dilemparkan kepada aku. Fuh, nasib baik sempat elak. Pandangan tajam dihadiahi aku untuknya.
"Kau, kalau nak bunuh aku cakap !" Aku mencebik.
❈ Aeyeon POV end
Seungkwan menarik nafasnya lalu dihembus. Bibirnya diketap sebelum dia mengambil semula menyapu yang berada di atas lantai.
"Engkau yang nak bunuh aku." Marah Seungkwan sambil batang penyapu itu dituju kepada Aeyeon.
"Arghh!" Aeyeon menjerit apabila Seungkwan mula mengejarnya.
Kelas yang sudah dikemas oleh Seungkwan beberapa minit yang lalu, sudah tidak tersusun lagi.
Sisa baki tenaga yang masih ada pada dirinya, Aeyeon segera menuju ke pintu yang terbuka untuk meloloskan diri.
"Aduh, sakitnya !" Adu Aeyeon. Sosok tubuh yang dilanggarnya, dipandang. Air liur ditelan. Aeyeon menggaru belakang kepalanya.
"Mianhae Cik Im."
"Awak buat apa ni ?" Soal Cik Im sambil berpeluk tubuh.
"Saya nak kemas kelas."Aeyeon melihat kelasnya yang sudah tidak teratur itu. Cik Im mengecilkan matanya.
'Tak guna punya Seungkwan. Kau tinggalkan aku tanpa jejak.' Penyapu yang ditinggalkan oleh Seungkwan itu dilihat dengan tidak puas hati.
"Jadi, kenapa awak berlari tadi ?"
"Lipas. Tadi ada lipas kejar saya." Senyuman diwajahnya dikekalkan. Cik Im memandang Aeyeon dari bawah hingga atas lalu beredar.
Keluhan dilepaskan. Seungkwan keluar dari tempat persembunyiannya.
"Sejak bila kau sembunyi dekat situ." Meja guru di tunjuk.
"Sejak aku nampak Penolong Ketua Sekolah." balas Seungkwan dengan muka tidak bersalah.
"Asal dia macam tak puas hati dengan aku eh ?" Seungkwan mengetuk dagunya beberapa kali. Ceh, pura-pura bijak pula dia.
"Mungkin..." Aeyeon memandang wajah kacak Seungkwan sambil menunggu jawapan daripada lelaki itu.
"....Cik Im cemburu dekat kau." Seungkwan menyambung ayatnya sambil tangannya menyusun kerusi dan meja.
"Huh ? Kenapa pula ?" Penyapu yang berada di lantai diambil.
"Sepatutnya, dia yang kena bawa Cikgu Jimin keliling sekolah. Bukannya kau." Satu per satu perkataan yang keluar dari mulut Seungkwan cuba dihadam.
"Huh ?--" belum sempat Aeyeon melanjutkan percakapannya, Seungkwan terlebih dahulu memintas.
"Arghh ! Susah la nak terangkan dekat kau." marahnya.
"Sekejap. Aku faham apa yang kau cuba nak sampaikan. Tapi, macam mana kau tahu tentang Cikgu Jimin?" Aeyeon berhenti dari menyapu sampah. Wajah Seungkwan dilihat untuk kali kedua.
"Well, aku kan sepupu dia." Aeyeon ketawa terbahak-bahak. Geli sungguh hatinya.
"Kenapa nama kau Boo Seungkwan ? Kenapa bukan Park Seungkwan ?" Soal Aeyeon sambil menahan daripada tertawa.
"Cakap bodoh, bangga ! Dah omma aku kahwin dengan orang yang nama keluarga Boo. Boo la jadinya." Rambut Aeyeon ditarik. Geram sungguh dia dengan kawannya yang seorang ini.
"Nak gurau sikit pun tak boleh." Aeyeon mencebik.
- TBC+
YOU ARE READING
【 I'm Your Parasol☂】💕 PJM
Fanfic"Alamak !" - Ae Yeon "Tak guna." - Jimin ⇩ ⇩ "Aku tak akan biarkan kau hidup dengan tenang." - Wonwoo "Mianhae." - Ae Yeon "Kau sepatutnya tahu taraf kau dan aku sangat berbeza. Sedar diri." - Wonwoo ⇩ ⇩ "Antara lelaki dan perempuan, tiada istilah b...