001

113 20 1
                                    


Pintu kelas ditolak, seorang wanita dalam lingkungan 40-an masuk dan segera menundukkan sedikit kepala mereka. Wanita tersebut memberi isyarat untuk mereka duduk dengan tangannya.

"Aeyeon, Puan Lee nak jumpa awak dekat pejabat dia." ujar Puan Oh. Mata Puan Oh memandang tepat pada wajah seorang gadis yang duduk di meja belakang di dalam bilik darjah tersebut.

Aeyeon segera bangun dari tempat duduknya. Entah apa pula yang menanti dirinya. Apa yang dia pasti, dia tidak membuat sebarang kesalahan sehingga dia perlu berjumpa dengan pengetua sekolah itu.

Kakinya melangkah menuju ke pintu kelas tersebut. Tangannya menolak pintu bilik darjah. Sebelum pintu kelas ditutup, bibirnya sempat mengukirkan senyuman. Puan Oh hanya menggeleng.

"Mari, kita mulakan pembelajaran !"

"Nae." sahut pelajar-pelajar dari kelas 9A-2.

Aeyeon mengaturkan nafasnya. Kedua-dua belah tangannya bertukar dingin.

       
               《 Puan Lee Ji Hyun 》
                         Ada | Tiada

Nama Puan Lee yang tertera di hadapan pintu itu dipandang sekilas. Sungguh hatinya berdebar. Nafasnya ditarik lalu dihembus.

'Relaks Aeyeon. Kau tak buat apa-apa yang salah pun.' monolognya sendirian. Aeyeon mengetuk pintu bilik tersebut sebanyak tiga kali.

"Masuk."

Tombol pintu dipulas. Wajah Puan Lee kelihatan sebaik sahaja Aeyeon membuka pintu bilik itu. Nampaknya, Puan Lee tidak bersendirian. Puan Lee ditemani oleh seorang lelaki. Aeyeon tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana lelaki itu membelakanginya.

"Puan panggil saya ?" soal Aeyeon sambil bibirnya mengukirkan senyuman sehingga menampakkan giginya. Puan Lee mengangguk. Aeyeon menghampiri meja Puan Lee.

"Perkenalkan, guru kelas awak yang baharu." akhirnya lelaki itu memalingkan wajahnya memandang Aeyeon. Aeyeon membulatkan matanya. Terkejut. Lelaki itu tersenyum.

'Oh my god. Mati la kau Aeyeon !'

Kejadian dua hari lepas, mengingatkan dia tentang lelaki yang berada di sebelahnya ini. Aeyeon tersenyum kelat.

"A...annyeonghaseyo, Aeyeon imnida." sapa Aeyeon.

"Lepas sekolah, tolong bawa ssaem awak yang baharu ni, keliling sekolah ye ?" Aeyeon memandang pengetua sekolahnya tanda tidak percaya. Ramai lagi kakitangan di dalam sekolah ini, kenapa dirinya yang menjadi pilihan ?

"Tapi puan, saya ada kelas lepas habis sekolah." sahut Aeyeon.

"Kalau begitu, pada esok pagi, saya nak awak datang awal dan bawa ssaem awak keliling sekolah." arah Puan Lee.

"Puan-"

"Tiada alasan Aeyeon. Keputusan saya muktamad. Kalau saya kata ya, awak harus ikut. Tiada bantahan. Arraseo ?" Puan Lee terlebih dahulu memintas percakapan Aeyeon. Aeyeon hanya mengangguk kecil disertakan dengan keluhan berat.

"Kalau tiada apa-apa, saya keluar dahulu." pinta Aeyeon. Puan Lee mengangguk.

Pintu bilik pengetua itu ditutup rapat. Aeyeon menyandarkan tubuhnya di pintu tersebut. Tangan kanannya tidak henti-henti daripada menepuk dahinya.

"Eotteohke." malas hendak berfikir, Aeyeon segera meninggalkan tempat tersebut.

Ketika dalam perjalanannya hendak kembali ke kelas, dengan kasarnya seseorang menarik lengannya. Automatik, tubuhnya menghadap orang itu.

Aeyeon tersenyum menampakkan giginya. Senyuman yang terukir di bibirnya bukanlah senyuman yang ikhlas, melainkan senyuman tanda rasa bersalah.

"Ingat lagi atau tidak dengan muka ni?" soal lelaki tersebut. Aeyeon melirikkan matanya ke arah tanda nama lelaki itu. 'PARK JI MIN'

"Awak pandang mana tu ? Saya tengah bercakap dengan awak." Aeyeon menggaru belakang lehernya.

"Hmm." Aeyeon mengangguk. Jimin menghulurkan telapak tangannya. Aeyeon hanya memandang telapak tangan itu. Dahinya juga turut berkerut.

"Ganti rugi." ujar Jimin.

"Ahh...ganti rugi ? Eo ? Annyeonghaseyo !" sapa Aeyeon secara tiba-tiba. Jimin memalingkan mukanya untuk melihat orang yang disapa oleh Aeyeon. Tiada. Ini bermaksud, pelajar perempuan itu, menipu Jimin.

Sah! Sekali lagi dia ditipu. Tiada langsung bayang-bayang Aeyeon. Tampaknya, dia sudah melarikan diri sebaik sahaja Jimin memalingkan wajahnya sebentar tadi.

"Tchh...budak tak guna tu. Tunggu je la."

Aeyeon membuka pintu bilik darjah lalu menutupnya dengan pantas. Puan Oh serta rakan-rakan sekelasnya, memandang pelik. Aeyeon tersenyum. Tangannya memperbetul rambutnya yang sedikit tidak teratur. Kakinya melangkah menuju ke tempat duduknya.

"Baiklah, memandangkan Aeyeon sudah ada, Jaehyun ambil ini dan beri pada rakan-rakan awak." ujar Puan Oh sambil memberi helaian kertas pada Jaehyun. Jaehyun menurut.

"Ei...maldo andwae." rungut Hwanjae sebaik sahaja Jaehyun menghulurkan sehelai kertas kepada Hwanjae.

"Waeyo ? Tukar jadual je pun. Macam tak biasa."

"Eo ? Bwoya ? Park Jimin ?"

"Ei~" ujar mereka serentak sebaik sahaja melihat nama guru kelas yang berada di bahagian atas sebelah kiri.

"Ssaem, lagi 8 bulan je. Kenapa perlu tukar ?" soal Hyunmi kepada Puan Oh.

"Siapa Park Jimin? Guru baharu ke ?" soal Yun Ae.

"Iyalah, tak pernah dengar pun nama Park Jimin." ujar Minjung.

"Sekejap lagi, ssaem Jimin akan tiba. Saya biarkan awak dengan dia selama 30 minit sebelum balik. Tapi ingat, kelas tambahan berjalan seperti biasa." Puan Oh tersenyum.

"Tak nak datang boleh ?" gurau Jaehyun. Puan Oh menunjukkan penumbuknya. Jaehyun tertawa kecil.

"Terima kasih." mereka bangkit dari tempat duduk lalu menundukkan kepala. Mereka melabuhkan punggung di atas kerusi. Aeyeon melentokkan kepalanya di atas meja.

"Seungkwan, cepat la sembuh. Aku rindu kau." ujar Aeyeon perlahan sambil memandang meja dan kerusi di sebelah kanannya.

PAP !

"Bangun, jangan tidur dalam kelas !" akibat terkejut disebabkan hentakkan yang dilakukan oleh guru baharunya, bahu Aeyeon terhinjut sedikit.

"Yaishh." Aeyeon merengus geram.

"Selamat tengah hari." sapa Jimin. Eye smile Jimin jelas kelihatan. Mereka membalas sapaan Jimin.

"Duduk." maka dengan itu, sesi berkenal-kenalan bermula.

-----------

"Nenek !" jerit Aeyeon setibanya dia di rumah. Neneknya berlari anak mendapatkan Aeyeon yang sedang terjerit-jerit seperti orang yang sudah hilang kewarasannya.

"Kenapa ?" ujar Nenek Ahn sambil memegang besen.

"Kajja, kita pindah dari sini." sejurus mendengar permintaan Aeyeon, Nenek Ahn segera menelangkupkan besen yang dipegangnya di atas kepala Aeyeon.

"Kamu menjerit dari tadi semata-mata nak bagitahu perkara ini sahaja?" marah Nenek Ahn.

"Jebal, kalau nenek tak nak pindah rumah, bagi Aeyeon pindah sekolah." cadangnya lagi.

Nenek Ahn mengetuk besen di atas kepala Aeyeon.

"Jangan nak mengarut."
.
.
.
.
.

Aeyeon merebahkan diri di atas katil selepas selesai membersihkan diri. Sekali lagi, kejadian dua hari lepas bermain-main di mindanya, yang mana dengan tidak sengajanya dia telah menyebabkan kereta Jimin melanggar sebatang pokok yang besar.

Ganti rugi telah diminta oleh Jimin, tetapi disebabkan jumlah wang yang mungkin akan disebutkan terlalu tinggi, Aeyeon mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada lelaki itu.

"AARRGHHH !"

- TBC+

【 I'm Your Parasol☂】💕 PJMWhere stories live. Discover now