90k special. Hiks ♡
—riri.
Tiada siapa yang tahu bila hari itu adalah ucapan selamat tinggal yg terakhir.
Dia berkata "aku ingin bertaubat esok." Dan tidur. Pada keesokkan hari , dia tidur dan tak akan bangun kembali.
Ada satu cerita tentang seorang raja yg sombong. Dia menggunakan duit rakyatnya untuk membeli baju dan makanan yang mahal mahal.
Pada suatu hari , dia ingin turun ke kampung untuk melihat rakyat jelata. Maka dengan itu , pengawal dan dayang dayang istana diarahkan untuk mempersiapkan segalanya agar sempurna.
Apabila kuda mula berjalan perlahan , semua rakyat jelata tunduk kecuali seorang lelaki. Pakaiannya compang camping. Bagaikan fakir miskin. Lalu lelaki itu pergi ke arah kuda raja dan memegang tali kuda. Pengawal memukul lelaki itu agar melepaskan tali namun lelaki itu berkata "aku tidak akan lepaskan tali ini sehingga aku bercakap dengan raja bersendirian" lalu sang raja pun bersetuju.
Apabila sampai di tempat yg sunyi , lelaku itu berbisik kepada sang raja , "wahai sang raja yang bongkak lagi sombong , aku ialah malaikat maut. Aku ingin mengambil nyawa mu sekarang juga" lalu menggeletar tubuh badan sang raja "tidak. Aku ingin meminta sedikit masa lagi untuk melihat anak dan isteri ku" kata raja.
"Aku perlu mengambil nyawa mu sekarang juga" lalu sang raja pun mati.
Kita tak boleh kawteam dengan malaikat maut. Tak boleh. Ada kau cakap "wey kejap eh malaikat maut , aku nak habiskan main ml ni" ada ? Tak ada.
Semasa nyawa Rasulullah s.a.w diambil oleh malaikat maut , dia berkata "adakah ini paling ringan cara engkau mencabut nyawa manusia hai malaikat maut ?" Malaikat maut membalas , "ya Muhammad , sesungguhnya inila yang paling ringan." Sakitnya itu sampaikan nabi Muhammad mengerutkan dahinya lalu jibril memalingkan mukanya.
Nabi Muhammad bertanya "wahai jibril , terukkah aku sehingga engkau memalingkan wajahmu semasa sakaratulmaut menjemputku" jibril membalas "ya Muhammad kekasih Allah , aku tidak sanggup melihat penderitaan mu."
Pada saat saat akhir , nabi berkata kepada malaikat maut "wahai izrail , bolehkah engkau meletakkan segala penderitaan umatku ketika mati kepada aku." Izrail berkata "setiap manusia perlu menanggung apa yg telah mereka buat semasa hidup ya Muhammad"
MasyaAllah , fariha dengar ceramah ni , terharu. Di saat akhir , nabi masih menyayangi umatnya. Ya allah jahilnya kita di bumi ini. Tinggalkan solat sesuka hati , macam takde salah apa apa.
Nak tau sakit sakaratulmaut tu macam mana ?
Ambil satu tangkai yg penuh duri dan masukkan ke dalam anak tekak. Ini yang paling ringan.
Ya allah , kalau yg paling teruk macam mana agaknya ?
Semoga awak awak semua mendapat hidayah dari Allah s.w.t inshaAllah.
Renungkan pesanan sis.
—NurFariha Aisyah ♡
Assalamualaikum :)
ANDA SEDANG MEMBACA
Deep Saying -1
Puisi+ kata kata yang boleh menusuk kalbu kau sampai kau fobia nak mengumpat orang. + some shit. tulis bila stress. kbye » malay mix english ✔ » deep saying - 2 published. Singgahle *dab*
