Satu:Hidup Bukan Sekadar Penyesalan

31 2 0
                                    


You've gotta die, gotta die, gotta die for your government ? die for your country? that's shit! you've gotta die, gotta die, gotta die for your government ? die for your country ? that's shit!".
"Ali,bangun alarm kamu tu bagai nak pecah dah mak dengar,lekas kita siap siap" kata Puan Ita kepada anaknya."Iya ibu dah bangun ni" balas Ali.Seawal jam 5 Aku dikejutkan dengan suara lantang Justin Sane tapi disedarkan oleh suara ibunya.Dicapainya tuala lalu terus ke bilik air.Selesainya mandi aku terus menyarung baju yang terpampang jelas figura Joe Strummer dan seluar jeans lusuh lalu terus ke dapur.
"Fulamak ! Nasi goreng telur........."
"Abang takpayah nak fulamak sangatlah memang hari hari kita hadap ni,Qis dah naik muak"cantas adiknya Qis.
"Dah memang favourite aku ! Kau ni tak reti bersyukur ke apa ! Nasib baik ada rezeki kalau tak mati kebulur"dalam keadaan yang marah aku membalas
"Sudah sudah tak baik gaduh depan rezeki,makan cepat nanti lambat"kata Puan Ita kepada anak anak mereka.
"Dahla bu,Qis dah penat hari hari macam ni"dihentaknya kaki lalu terus pergi ke sekolah.Ya setiap hari sarapan mereka sekeluarga hanya nasi goreng dan telur mata tetapi alhamdulillah masih ada rezeki kerana mereka hanya bertaraf hidup rendah akibat desakan taraf hidup yang tinggi .Setiap hari tubuh kurus kering Ali mengerah keringat membantu Puan Ita menjaja ditepi jalan.
"Ali,dah letak semua barang dalam van?"
"Sudah bu roger and out!"
Ali menghidupkan enjin van buruk lalu terus ke destinasi untuk sesuap nasi yang sudah hampir 3 tahun Ali melakukan kerja seperti ini bersama ibunya selepas ketua keluarga menjadi taik judi dan taik dadah lalu terus hanyut dengan clubbing kaki perempuan.Dah nasib,Ali sahajalah yang membanting tulang setiap hari demi sesuap nasi di pagi hari dan segelas air diwaktu malam.Itulah rutin harian dan ragam keluarga yang harus Ali tempuh dengan penuh liku tetapi dia tidak pernah mengeluh atau menunjukkan rasa tidak bersyukur kerana dia percaya dengan jalan yang disusun oleh-Nya.

Bittersweet Sang RevolusionerWhere stories live. Discover now