Lapan:Keliru

5 0 0
                                    

Bab 8

"Ya Allah ! apa aku buat ni saya minta maaf cik,cik okay ke ?"
Ali mengerang kesakitan tetapi dia masih terdengar seakan suara suara polis mencari dia.Apabila dia melihat muka pemandu tersebut dan pemandu tersebut melihat muka Ali masing masing spontan
mengeluarkan ayat yang sama
"Kau lagi !!"
Demi menyelamatkan dirinya Ali terus berkata
"Argh mampus la cepat bawak aku pergi tempat lain aku kena kejar polis ni,tolong aku kali ni je kau dah langgar aku"
"Apa polis ! Kau tu lari macam tak pandang kiri kanan nak salahkan aku pulak okay cepatlah aku bawak kau pergi klinik terus"
Tanpa disangka mereka bertemu lagi buat kali ketiga.Suzana memapah Ali dan menolongnya masuk ke dalam kereta dan terus ke klinik yang berhampira.Setelah selesai diperiksa Ali sudah terlupa akan peristiwa dikejar polis kerana dia masih berfikir kenapa dia bertemu lagi dengan gadis ini.
"So macam mana doktor cakap apa ?"kata Suzana
"Oh takda apa ni sikit je bengkak je ni sapu ubat urut sikit 2-3 hari okay la tapi sakit lagi ni aduh"balas Ali
"By the way aku Suzana panggil Su je,Kau Ali kan ?
"Ha yela Ali , macam mana kau tahu ni ?
"Aku dengar kawan kau sebut nama kau haritu masa dekat cafe tu"
"Ohh....Terima kasih la tolong aku ni pastu aku nak minta maaf pasal haritu dekat gerai aku tu haha takboleh control"
"Takpalah aku pun nak minta maaf tak pasal pasal langgar kau tadi"
"Kau ni dari mana pagi pagi buta macam ni tak mengantuk ke ?"
"Aku nak pergi cari makan lapar,kau dah makan ? Jumla aku belanja kau"
"Belum,boleh je kalau belanja"balas Ali ringkas menjawab kerana dia terpegun melihat kecantikan dan keikhlasan hati Suzana.Ya hatinya sudah mula bertaut tapi dia masih keliru dengan apa yang dia rasa kerana dia sedar diri dan tahu dirinya siapa dimata Suzana.Mereka terus bergerak dan mencari kedai makan yang masih beroperasi untuk mengisi kekosongan perut mereka.Akhirnya memilih kedai mamak yang berhampiran.Selesai sahaja makan,Suzana dari tadi terfikir apa fesyen Si Ali ni pakai dengan boot leather jacket banyak tampal tampal dan dia masih tertanya tanya mengapa dia dikejar polis lalu Suzana beranikan diri bertanya
"Ali sorry ye kalau aku tanya kau ni pakai fesyen apa ni jarang aku tgok orang keluar memana pakai macam ni"
"Oh aku punk memang macam ni kenapa kau malu"balas Ali ringkas dan padat
"Takdela cuma aku pelik je memalam pakai macam ni by the way punk ni apa eh ? Pastu kenapa kau kau kena kejar polis ? tanya Suzana lagi
"Kau cari sendiri apa maksud punk tu nanti kalau aku hujah sini kau tak faham pasal polis tu aku lepak tetiba datang sentuh sentuh jacket aku kitaorang melawan pastu diorang kejar"balas Ali
"Oh macam tu tapi aku malas nak cari pasal punk ni semua kau cerita boleh kalau kita boleh jumpa lagi ? Aku jadi tertarik la tengok kau ni"
Ali terkedu.Asap rokok yang hendak dihembus terus tersekat dihalkumnya dan membuantnya batuk sedikit dalam hatinya berkata biar betul perempuan tapi dia hanya menunjukkan muka rileks dan bersahaja lagi lantas dia berkata
"Boleh tapi aku setiap hari busy kalau ada masa boleh kita lepak lagi macam ni kau save la nombor kau dalam phone aku nanti apa apa hal aku whatapps"kata Ali dengan aturan idea yang bijak mahu nombor telefon Suzana.Suzana terus mencapai telefon Ali dan menyimpan nombornya didalam kenalan telefon bimbit Ali.
"Okay dah nanti kau whatapps ye,dah 4 pagi ni boleh la kita balik aku pun mengantuk ni"
Suzana terus menghantar Ali pulang ke rumah.Mereka hanya berdiam dan sama sama melambaikan tangan ke arah masing masing.Suzana memberikan senyuman magis itu sekali lagi kepada Ali dan ini benar benar membuatkan hatinya terpesona.Lemparan senyuman tersebut lain daripada yang lain.Ali berasa Suzana juga mempunyai rasa yang sama di antara mereka tetapi masing masing masih keliru kerana berlaku dengan sangat pantas.Adakah ini bait bait cinta atau hanya ayak ayak ilusi ? Adakah betul kata hati ? Dikepala mereka berdua saling bermain teka teki.Dan ternyata ada diantara sudah jatuh cinta dahulu tapi takut untuk bersuara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 25, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bittersweet Sang RevolusionerWhere stories live. Discover now