666:Syaitan Bertopengkan Haiwan

18 1 0
                                    


Lagi 500 meter sebelum sampai ke rumah Ali masih terfikir perasaan apa yang dia rasa sekarang.Raut wajah gadis tersebut mula bermain tarik tali di dalam otaknya.
"Argh apa ni Ali takkan kut,fuck !" bisiknya sendiri.Kemudian sesampainya Ali di rumah otaknya sudah tidak mengenangkan gadis tersebut dek kerana dia ternampak ada yang aneh.Dua pasang selipar yang jarang berada di rumahnya kini telah turun.Baru saja Ali mahu membuka pagar tiba tiba bunyi kaca pecah dan suara orang meminta tolong.Dia pasti itu suara adiknya Qis yang meronta ronta meminta tolong.Ali terus memecahkan pintu rumah dan melihat ibunya pengsan tercalit sedikit darah dikepalanya.Suara meminta tolong itu masih kedengaran.Ali terus bergegas ke kamar adiknya mungkin menjadi tragedi pertumpahan darah antara ahli keluarga
"Aku dah lama geram dengan kau ni Qis ! Kau memang mencabar nafsu aku ! kata Pak Deraman yang rakus mengoyak baju anaknya.
"Tolong bah Qis merayu jangan....tolong !"teriak Qis yang teresak esak menangis
Hormat ali pada seorang ayah telah hilang total seiring dengan kewarasannya. Di depannya bukan lagi seorang ayah yang patut dihormati tetapi layaknya seperti binatang dikalangan binatang yang  harus diberi pengajaran.Secara tiba tiba satu tendangan padu umpama Sweet Chin Music daripada Shawn Michael hinggap dikepala ayahnya  dengan beberapa tumbukan yang membuatkan tubuh orang tua 60 an itu tidak mampu melawan kudrat singa anak lelakinya itu.
"Hoi taik dadah ! Kau dah pukul mak aku ! Ambik semua duit ! Sekarang kau nak rogol anak kau sendiri ? Kau ni bapak ke anjing sial ? Mulai hari ni kau jangan balik dan jangan jejak kaki dekat rumah ni" marah Ali
"Kau tunggu Ali mati kau suatu..."
Belum sempat ayahnya menghabiskan kata kata nya Ali sudah bagai dirasuk jin memukul ayahnya tanpa henti tetapi ayahnya hanya tergelak dan saiko umpama Joker.Ali mengheret ayahnya keluar rumah dan mengeluarkan telefon bimbitnya
"Sebelum aku panggil polis baik kau bla syaitan"
"Ye anakku aku akan pergi tapi Qis puteriku sayang simpan dara kamu untuk abah ye dapat tengok sikit pun jadilah hahahahahahahah dan kamu Ali kau mesti ingat aku berdendam tunggu ye anak anak ku"
"Dasar binatang !"balas ali lalu meludah muka bapanya yang durjana itu.Pak Deraman hanya tersengih dan beredar dengan menaiki Proton Saga.Ali melihat adiknya dengan bergenang air mata yang masih menangis dan ibunya tidak sedarkan diri kepala dia sudah mula kusut dan serabut lantas bertanya kepada adiknya
"Macam mana boleh jadi macam ni Qis ?
"Qis tak tahu bang , Qis dalam bilik tengah gosok baju sekolah tetiba terdengar abah marah marah ibu lepastu dia masuk bilik Qis dia cakap nak jual Qis dekat tauke dia lepastu tetiba nak rogol semua"balas adiknya yang masih tersedu sedu menangis.
Mulut Ali bisu terdiam dan mula bermain di dalam mindanya kenapa dia ditakdirkan untuk hidup begini.Kadang kadang dia berasa Tuhan itu tidak adil tetapi dia harus terima dan lalui semua ini dengan mencari apa hikmah disebalik semua ini.Dia terus membawa ibunya le hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.Alhamdulillah ibunya hanya luka kecil dikepala dan pitam pada ketika itu.
"Jangan risau bu selagi Ali ada Ali akan jaga ibu,Ali sayang ibu"
"Adik pun sayang ibu jangan tinggal adik ye ibu"tambah adiknya Qis
"Ye nak ibu tahu ibu sayang semua anak anak ibu kamu berdua jela yang ibu ada dekat dunia ni harap kamu berdua jadi anak yang baik ye sayang"
Diusap kepala dan dipeluknya kedua kedua cahaya matanya .Sayu hati seorang ibu mendengar luahan hati murni anak-anaknya walaupun setiap hari berbagai tomahan dan cacian daripada masyarakat terhadap anaknya yang dikata sampah kuno dan lapuk tetapi hati seorang ibu lebih mengetahui apa baik buruk anaknya itu.Hati seorang ibu hanya berharap tidak kisah apa yang mereka akan jadi asalkan berada dijalan yang lurus dan tidak terpesomg daripada ajaran-Nya

Bittersweet Sang RevolusionerWhere stories live. Discover now