Tujuh:Diri Sendiri Dibawa Bersama Mandiri

13 0 0
                                    



Gig habis awal pada hari tersebut tetapi Ali dan rakan rakannya yang lain masih menghabiskan sisa sisa waktu dengan berborak dan melepak.Ada rakannya yang turun daripada Kelantan,Johor dan lain lain negeri lagi.
"Gempak do Plague harini aku dah lama tak skankin boek macam tu pergh rasa puas gila ah tak sia sia 20ringgit aku untuk tiket"luah Bendi dengan gembira
"Gig ni best memang best tapi aku tak puas hati sikitlah bebudak sekarang,time plague bapak ramai macam tin sardin tapi bila band lain tadi kita je ada depan support comeonla kan support each otherla baru meriah aku yang skinhead ni pun still support band metal tu main headbang sama sama walaupun aku takda rambut"kata Riduan seorang moonstomper daripada daerah raja patin tempoyak,Temerloh
"Yang tu satu hal ! Satu hal lagi lagu sedap nak pogo kut tadi tetiba ada budak budak pergi mosh semua hinggap terus tapak Vans atas tengkuk aku mujur dalam gig kalau kat luar pecah muka lagu skankin pun diorang nak mosh nak layan tak ikut lagu"sampuk JiJi sambil mengurut lehernya sendiri
"Aku pun tak tahu nak cakap zaman sekarang dah jadi macam tu kita cakap la macam mana pun maybe hanya sesetengah saja yang faham yang penting kita teruskan dengan scene kita dan jangan pernah mati dalam hidup kita ! Punk Not Dead kan ! Hahaha"kata Ali ditambah dengan ketawanya.
Waktu berputar hingga tak terasa saat yang berlalu. Pejam celik pejam celik jam menunjukkan pukul 1:14 am. Mata Ali dan kawan-kawan yang lain masih lagi segar bugar. Semangat anak muda dalam diri mereka tidak mengizinkan mata mereka mengantuk walhal waktu begini penghuni kota sedang nyenyak diulit mimpi. Cerita demi cerita dibualkan dari ideologi hingga pengalaman sewaktu kecil semua diluahkan. Gelak tawa mereka diselang seli dengan bunyi kenderaan lalu lalang memecahkan hening kota yang semakin sunyi. Dalam sedang asyik mereka berbual, dari jauh Ali lihat ada cahaya biru berkelip bersama 3-4  biji motorsikal. Ya polis. Kenderaan polis itu meluncur perlahan seakan mahu berhenti pada mereka. Benar getus hati Ali. Kenderaan polis itu berhenti betul-betul 2 meter dari mereka bersama 4 biji motor kuasa kuda.Keluar sahaja 2 orang polis dari kereta, Ali yang terlebih dahulu menyapa mereka
"Assalamualaikum bang "
"Waalaikumusalam ! Dah malam dekat sini buat apa lagi takda rumah ! Dengan pakaian lain daripada orang!" polis berkenaan menjawab.
"Tak ada apa abang biasalah lepak dengan kawan kawan luang masa waktu tak ada hal ni." Salah seorang pegawapi polis tersebut mendekati Ali lalu merapatkan wajahnya pada salah satu patches di leather jaket Ali. Patch band Black Flag dengan lukisan pistol diacukan  ke dalam mulut polis. Patch itu menarik perhatian pegawai polis tersebut
"Apa masalah awak pakai lambang macam ni? Nak cabar pihak berkuasa ke?! Matanya dijegil pada wajah Ali. Spontan Ali menjawab tanpa berfikir panjang dan melemparkan putung rokok ke arah polis berkenaan
"Chilllah abang lagipun bukan abang pun yang kena tembak ni lukisan je pun bukan abang abang semua yang
"Menjawab pulak budak ni!" Pegawai polis itu cuba untuk menarik patches black flag itu dari leather jacket Ali.Tangannya lantas ditepis laju oleh Ali sekaligus menambahkan berang pegawai kerajaan tersebut.Bendi mencelah dengan nada suara yang tidak berpuas hati
"Apani bang? Kita duduk sini tak kacau orang pun? Saya tengok abang punya geng je yang bnyak kacau bangladesh dengan indon balik kerja mintak duit pau adalah! Dasar polis bodoh !"
Kelancangan mulut mereka membuatkan kesemua pegawai polis yang totalnya 5 orang turun dari kenderaan masing-masing hendak menerpa kepada mereka Tanpa banyak bicara setiap dari mereka terus melarikan diri tetapi masingg masing berpecah.Ali terus berlari kearah lorong, bendi berlari melintas jalan masing masing membawa haluan masing masing. Namun dalam memulakan langkah seribu sempat Ali menghadiahkan jari tengahnya pada pegawai polis tersebut.Ali terus berlari bagai lipas kudung segala halangan ditempuhnya saja.Tembok batu habis dipanjatnya
"Ahh kadang kadang menyusahkan jugak lari pakai boot ni"sempat dia mengeluh.Dia berlari laju tanpa toleh kiri dan kanan tiba tiba ada satu kenderaan membunyikan hon yang tayarnyan 100% bergesel dengan jalan tar yang mengeluarkan bunyi yang ngilu tanpa sempat Ali mengelak dia terus dilanggar dan tercampak di bahu jalan.

Bittersweet Sang RevolusionerWhere stories live. Discover now