5 🦋

113 3 0
                                    

"Dia reply do!!" Aku membaling telefonku ke atas katil Ariana. Terkejut beruk pun ada.

"Eh. U ni. Macam tak biasa pulak lelaki balas chat u. Selama ni berduyun, tak ada nya nak jadi beruk macam ni?" Ariana ketuk dahiku. Duh. Sakit!

Tapi benar juga katanya. Mengapa aku harus nervous? Haih. Chill Belle. Hidup kena chill! Yes aku fans Cupcake Aisyah.

Issabelle : Busy?

Zayn : Nope. Kenapa dm I?

Issabelle : Ah no. Saje tegur.

Zayn : Haha. Selama ni kat dalam kelas pandang I pun tak nak.

Ok sentap.

Issabelle : Eh mana ada. Well, saja nak tanya khabar. How are u?

Zayn : Fine. U?

Issabelle : Ya fine too.

Ok so tak ada cheesy cheesy words. Memang betul kata Alissa. Dia ni membosankan dan tidak seperti lelaki lain yang tahu mengorat sahaja. Weird but interesting.

Issabelle : U dengan Alissa macam mana?

Zayn : Em? Dah break lah.

Issabelle : Oh I tak tahu pulak. Sorry.

Zayn : Its ok haha. Tak boleh lawan u dengan Aeman kan.

Issabelle : Oh how do you know?

Zayn : Siapa je tak tahu Belle.

Issabelle : Tapi u tak tahu yang kita orang dah broke up.

OK BELLE. Aku cakap apani? Sedangkan aku dengan Aeman tidak putus lagi. Kenapa tiba tiba je ni?

Zayn : Oh seriously? Sorry sorry.

Issabelle : Takpe.

Zayn : Belle, kalau nak chat, chat nanti lah ok? I ada kerja nak buat. See u soon. Bye.

Whoa. Ni first time lelaki sanggup bye kan aku. Like seriously selama ni semuanya sanggup tolak semua benda sebab nak kejar aku tapi Zayn?

Lelaki ni..

Gay ke?

                             ♡ ♡ ♡ ♡

Ring, ring!!

Aku menggigihkan untuk membuka mata dan menutup alarm telefonku. Pukul 6:30 pagi. Oh my god. Tak boleh ke kalau sekolah tak diwujudkan?

Jika ada pari pari yang datang, apa yang aku ingin kan hanya lah tidur selama 30 jam.

Setibanya di kolej, Naddy mencuit sikuku lalu menunjuk seseorang yang baru keluar dari keretanya.

"Your future boyfriend." Terang Naddy.

Oh my, future boyfriend? Zayn? No. Takkan terjadi. Anyway, dia pakai kereta Proton Preve? Aku ingatkan muka macam dia pakai kereta Vios. But hello! Aku tak kisah okay. Aku bukan tengok harta. Tengok hati. At least, mahal lah jugak kereta dia tu.

"Kau asal." Aku menjeling Naddy. Naddy tidak mempedulikan jelingan aku itu meneruskan makan waffernya.

Zayn lalu dihadapanku. Matanya melihatku sambil tersenyum. Aku hanya melihatnya tanpa senyuman. Tak disangka debaran di dada amat hebat.

Dia pergi ke arah rakan rakannya iaitu Ian dan Aisy. Seperti yang aku katakan. Dia tidak begitu menonjol dan rakan rakannya juga sedikit sahaja.

"Tengok apa tu." Suara Naddy menghentikan lamunanku terhadap Zayn.

"Eh errr. Tu.. tayar cikgu pancit. Kesian cikgu macam mana lah nak balik nanti." Aku segera lari dan menarik tangan Naddy. Naddy hanya memandangku dengan penuh makna.

DiaWhere stories live. Discover now