Prologue

200 7 0
                                    

" APA?! ", bergema suara Zayyan Naim di seluruh teratak impian Tan Sri Zharif.

Berita yang baru sahaja disampaikan oleh Puan Sri Asma sangat mengejutkan seluruh penghuni di teratak impian itu.

" Mama nak iyan kahwin dengan Haura?! NO WAY! "

*****************************************

ZAYYAN NAIM, anak kedua kepada Tan Sri Zharif dan Puan Sri Asma. Zayyan memegang jawatan sebagai CMO di Zharif Holdings , syarikat milik keluarganya atas kecekapan dan kebijaksanaannya menguruskan sesuatu projek. Walaupun disenangi dan mesra dengan semua project partner dan clients nya, namun Zayyan digelar sebagai 'Mr Singa' oleh pekerja-pekerja Megah Holdings kerana ketegasan dan kegarangannya dengan pekerja-pekerjanya. Zayyan menjalinkan hubungan cinta dengan Nabila Hasna, seorang model terkenal. Namun hubungan ini kurang disenangi oleh keluarga Zayyan kerana sikap Nabila yang sombong dan cara pemakaiannya yang kurang sopan.

HAURA NAZHIFA, anak bongsu kepada pasangan Encik Ghazali dan Puan Iffah. Haura merupakan seorang yang sangat manja dengan ibu dan ayahnya. Setelah menjalinkan hubungan cinta dengan Ziyad Aiman selama 2 tahun, mereka telah bersetuju untuk melanjutkan hubungan mereka ke arah yang lebih serius iaitu perkahwinan. Namun , idea ini ditentang oleh Encik Ghazali dan Puan Iffah. Mereka masih menganggap anak bongsunya itu masih muda untuk berkahwin. Namun, setelah dipujuk oleh Haura, mereka pun bersetuju.

Menetapkan tarikh perkahwinan mereka di hujung bulan Oktober bersamaan 7 bulan bertunang, persiapan mula dilakukan. Namun tiada siapa yang menyangkan sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Pada hari ke-3 sebelum majlis perkahwinan, Ziyad telah membuat keputusan untuk melarikan diri bersama Aisyah Sofia setelah melakukan kesalahan yang besar. Untuk menutup malu, kedua-dua buah keluarga telah bersetuju menjadikan Zayyan sebagai pengantin lelaki.

Apakah yang akan berlaku? Apakah perasaan Haura setelah ditinggalkan? Apakah yang akan berlaku dengan hubungan Zayyan dan Nabila? Adakah Zayyan boleh menerima Haura sebagai isterinya?

◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼

Please support, vote and comment for this story.
Hope you guys enjoy this story.

P/S : I will publish 2 bab in one day
Keep on reading.

Aku Sayang Kau! Where stories live. Discover now