BAB 3

142 4 0
                                    

" Zayyan.. "

" No! It's your beloved son's fault. And why I should sacrifice? You know I have girlfriend, right? So, please stop talking nonsense! ", Zayyan segera berlari masuk ke dalam bilik.

" Maaflah, Encik Ghazali, Puan Iffah. Zayyan cuma terkejut. Tapi kami akan pastikan cadangan ini berjaya. ", terang Puan Sri Asma walaupun dia sendiri terkejut dengan Zayyan's outburst .

" Tak apalah, Puan Sri. Kita fikir penyelesaian yang lain je lah. Kesian pula saya dengan Zayyan. ", balas Puan Iffah. Memang benar dia kesian. Tak pasal-pasal pula Zayyan nak kena tanggung.

" Macam ni lah. Encik Ghazali dan Puan Iffah balik rumah dulu. Kita minta pada Allah semoga ada jalan penyelesaian untuk masalah ni. Dan berbincanglah dengan Haura. Jangan tekankan sangat pada dia. Kesian dia. ", cadang Pak Long Hamzah, abang kepada Puan Sri Asma.

" Esok kami datang ke rumah Encik Ghazali. Jangan risau. Pasti ada jalan penyelesaiannya. ", terang Tan Sri Zharif.

" Baiklah. Kalau begitu, kami minta diri dulu. "

◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼

" Iyan jangan buat mama macam ni. ", pujuk Puan Sri Asma.

" Jangan buat macam mana, ma? Ziyad yang mulakan semua ni. Kenapa Iyan pula nak kena berkorban. ", balas Zayyan.

Dia masih berasa geram dengan keputusan Puan Sri Asma. Mamanya memang tak pernah adil. Selalu sahaja menangkan Ziyad. Dan akhirnya dia jugalah yang kena berkorban. Hidupnya juga diatur oleh keluarganya.

" Mama janji akan buat apa je yang Iyan nak kalau Iyan setuju nak kahwin dengan Haura. Kita kesuntukan masa ni. Majlis tinggal 3 hari je lagi. ", pujuk Puan Sri Asma lagi.

Zayyan memandang Puan Sri Asma. Kesiannya mama. Mata dan hidung Puan Sri Asma memerah kerana terlalu banyak menangis. Seperti biasa, Zayyan akan berasa simpati dan mula mengalah. Zayyan mengeluh.

" Okeylah. Iyan setuju. ", jawab Zayyan.

" Betul ni? ", soal Puan Sri Asma seakan tidak percaya. Zayyan mengangguk.

" Terima kasih, Iyan. Mama hargai sangat. ", Puan Sri Asma segera memeluk Zayyan. Zayyan hanya mampu mengeluh.

" Nanti Iyan ikut mama pergi butik pengantin ye. ", ajak Puan Sri Asma. Zayyan mengangguk.

◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼

Puan Iffah mengetuk pintu bilik Haura.

" Haura! Haura sayang! "

Haura membuka pintu biliknya dengan keadaan masih mamai. Rambutnya serabai, masih berbaju tidur dan belum mencuci mukanya. Haura menggosok matanya untuk membuang rasa mengantuk.

" Ye, ibu? "

" Haura pergi mandi, siap-siap. Tan Sri dengan Puan Sri nak datang. Nak bincang sikit. ", arah Puan Iffah.

" Nak buat apa, bu? Adik tak ada mood lah nak jumpa sesiapa. ", Haura mengelak. Dia masih tak mahu keluar dari biliknya. Sanggup berlapar walaupun perutnya sudah berkonsert sahaja dari semalam.

" Adik pergi siap sekarang. Or Haura nak ibu yang siapkan Haura? "

" Okay.. Okay.. Adik siap. ", Haura segera mengangguk. Seram sejuk pula ibu nak siapkan dia. Hehe

Puan Iffah mengangguk sambil tersenyum melihat anak manjanya kelam kabut mencapai tuala dan meluru masuk ke dalam bilik mandi.

◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼

" Jemput masuk, Tan Sri, Puan Sri. ", pelawa Encik Ghazali.

Zayyan dan Aulia hanya mengikut langkah Tan Sri Zharif dan Puan Sri Asma.

" Haura mana? ", tanya Encik Ghazali sebaik sahaja memandang kelilingnya.

" Sekejap lagi turunlah tu. Angah pergi panggil adik. ", arah Puan Iffah sambil menghidangkan air teh tarik dengan kuih muih untuk mereka jamah. Hania hanya menurut.

Setelah beberapa minit, Hania turun bersama Haura. Haura mengambil tempat disebelah Puan Iffah.

" Jadi.. Kedatangan kami di sini untuk berbincang dengan pihak Haura. ", Tan Sri Zharif memulakan kata.

" Pihak kami sudah bersetuju untuk menjadikan Zayyan pengantin lelaki. Dan kami berharap pihak Haura tak keberatan. ", sambung Tan Sri Zharif.

Haura terkejut. Sebegitu mudah mereka hendak menukar pengantin lelaki. Dia bukannya bercinta dengan Zayyan.

" Pihak kam- ", kata-kata Encik Ghazali dipotong oleh Haura.

" Are you guys serious? You want me to marry someone that I don't love? ", tanya Haura perlahan.

" Sebab itulah kami mahu berbincang. Kami tak berniat untuk- ", Haura memotong kata-kata Tan Sri Zharif.

" No. No. No. Haura tak setuju. Tak setuju! ", Haura segera bangun dari tempat duduknya lalu segera berlari ke luar rumah.

Semua orang terkejut dengan reaksi Haura. Haura merupakan anak yang patuh. Tak pernah dia menolak permintaan kedua ibu bapanya.

Tiba-tiba, Zayyan yang menjadi pemerhati dari tadi bangun.

" Biar Iyan cakap dengan dia. "

Zayyan terus berlalu pergi.

◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼

So? Macam mana bab 3? Jangan lupa support, vote dan comment for this story. I really appreciate it. Any cadangan boleh message Vanilla.

P/S : Sorry sebab banyak sangat time skip.

Aku Sayang Kau! Where stories live. Discover now