BAB 1

127 5 0
                                    

Telefon di tangan terlepas dari genggaman Haura. Senyumannya pudar. Dunianya seakan-akan sudah musnah. Tak pernah dirinya menyangka perkara seburuk ini akan terjadi pada dirinya sendiri. Perasaannya bercampur baur. Terasa dirinya sedang mimpi. Berkali-kali pipi lembutnya ditepuk-tepuk untuk mengejutkannya dari mimpi. Mimpi apakah ini?

Kakinya terasa lemah. Dia terus merebahkan dirinya. Namun sempat disambut oleh Puan Iffah yang sedang memerhatikannya sebelum sempat badan Haura menyentuh lantai.

" Haura sayang.. Kenapa ni sayang? ", soal Puan Iffah lembut.

Namun tiada sebarang reaksi daripada Haura. Puan Iffah mencuba lagi. Berkali-kali cubaannya untuk me'ngejut'kan anak bongsunya itu. Setelah semua cubaannya gagal, Puan Iffah memanggil suaminya.

" Abang!! Abang!! "

Encik Ghazali yang sedang berborak dengan saudara mara segera berlari anak mendapatkan isterinya.

" Ada apa, Iffah? "

" Cepat abang! ", panggil Puan Iffah lagi. Semakin risau dibuatnya dengan anaknya yang hanya membatu dari tadi. Matanya juga tidak dikerdipkan.

" Ya Allah! Kenapa ni, Iffah? ", tanya Encik Ghazali. Anaknya itu terus dirangkul ke dalam pangkuannya.

" Iffah tak tahu, bang. Tadi dia jawab call. Tiba-tiba je dia rebah. Iffah dah panggil dia banyak kali dah. Tapi dia tak menyahut pun. ", jawab Iffah cemas.

" Ya Allah. "

" Haura.. Haura.. Adik.. Sayang.. ", panggil Encik Ghazali lembut. Pipi anak bongsunya ditepuk perlahan-lahan. Namun tiada sebarang respons dari Haura.

" Ambilkan air suam. Cepat, Iffah! ", arah Encik Ghazali kepada isterinya. Saudara-mara mula berhenti berborak. Mereka tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku. Mengapakah Puan Iffah berlari ke dapur? Mengapakah Puan Iffah dan Encik Ghazali kelihatan begitu cemas? Apakah yang sedang berlaku?

Harraz Muayyad, anak sulung mereka yang sedang berborak di luar segera mendapatkan adiknya sebaik sahaja dipanggil oleh Hania Syakira, anak kedua Encik Ghazali dan Puan Iffah.

Puan Iffah segera meletakkan gelas berisi air suam itu di hadapan suaminya. Encik Ghazali segera mengambil gelas tersebut lalu segera membaca ayat al-Quran sebelum disapu perlahan ke muka Haura.

" Haura.. Sayang.. "

Haura mula mengerdipkan matanya. Mereka berempat menghembus nafas lega. Haura yang mula sedar mula menitiskan air mata. Puan Iffah segera memeluk rapat anak bongsunya itu.

" Ibu... Ibu... ", rintih Haura dengan suara yang perlahan.

" Ye, sayang. Kenapa ni sayang? ", soal Puan Iffah lembut. Encik Ghazali, Harraz dan Hania hanya mendiamkan diri.

" Z-ziyad.... Z-ziyad.... Ibu... "

" Kenapa dengan Ziyad, sayang? ", soal Puan Iffah. Kali ini, tangannya menggosok perlahan belakang Haura. Haura mengambil nafas dalam-dalam.

" Z-ziyad.. Dia.. L-lari. Tad-di mama call adik. D-dia cakap Z-ziyad lari dari rumah. M-mama cakap dia dah try call Ziyad t-tapi dia tak angkat. ", terang Haura perlahan.

Bagai nak gugur jantung Encik Ghazali dan Puan Iffah mendengar berita itu. Terkejut sangat rasanya. Majlis perkahwinan mereka akan berlangsung lagi 3 hari sahaja. Saudara mara pun sudah ada yang datang dari jauh berkampung di rumah Encik Ghazali. Sungguh mereka berasa malu. Mana mereka nak letak muka? Sudahlah keluarga bakal besan mereka orang berada.

" Sabar, dik. Ibu tahu adik kuat. ", pujuk Puan Iffah. Puan Iffah mengetatkan pelukannya. Semakin kuat tangisan Haura. Dia berasa sangat kecewa. Ternyata semua janji-janji yang Ziyad buat, semuanya palsu.

" Nia pergi bawa adik masuk bilik. Biar adik rehat. Along ikut ayah. Kita pergi rumah Ziyad. ", arah Encik Ghazali. Sungguh dirinya berasa tidak puas hati.

" Iffah pun nak ikut. Iffah nak jumpa dengan keluarga Ziyad. "

Encik Ghazali hanya mengangguk. Dia rasa Puan Iffah tidak patut ikut kerana saudara mara di rumahnya masih tertanya-tanya. Namun, Puan Iffah juga berhak untuk berjumpa dengan keluarga Ziyad.

Encik Ghazali memberitahu saudara maranya bahawa mereka akan menerangkan kepada mereka setelah pulang daripada rumah Tan Sri Zharif dan Puan Sri Asma.

Sementara Hania pula sedang memapah Haura masuk ke dalam biliknya. Setelah menyertai adiknya merebahkan diri di atas katil, Hania segera merangkul Haura.

" Are you okay? ", soalnya perlahan.

" I'm not.. ", jawab Haura perlahan sambil mengetatkan pelukannya.

" Don't worry. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tahu adik kuat. Allah takkan bagi ujian kalau hambanya tak kuat. ", pujuk Hania perlahan.

" Tapi adik tak kuat, Angah.. ", air matanya mula berguguran. Hania juga menitiskan air mata. Tak sanggup melihat adik bongsunya yang selalu sahaja ceria tiba-tiba sedih.

◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼◼

Macam mana? Okay tak Bab 1?
Please vote and comment for this story.
Thanks kepada yang vote and comment.
Kalau ada sebarang kesalahan, please comment.

Aku Sayang Kau! Where stories live. Discover now