Shah amat gembira akan kehadiran Izzani.
"Aku cintakan kau. Tolong jangan tinggalkan aku lagi.." rayu Shah sambil menggenggam erat tangan Izzani.Pantas pipi Izzani yg seputih salju merona merah. Dupdupdup! "Aku pun cintakan kau" Izzani tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya. Shah membawanya keluar dan berjumpa dengan yg lain. Mereka turut gembira namun masih terkesan lagi sisa kesedihan.
Shah menceritakan dari A-Z apa yg tejadi. Dia menunjukkan kubur salji Aby. Wajah gembira Izzani bertukar sayu melihat Batu nisan dihadapannya.
Sedang mereka melayan mood sedih, Taki datang mengganggu.
"Wey shah! Hawa dengan Chua dah balik!!" Jerit Taki membuatkan semua terkejut.
Mereka lari mendapatkan mereka berdua.
Puan Norhana terus memeluk anaknya."Korang, aku mintak maaf. " Rayu Chua.
"Maaf kau dah tak guna dah..sebabkan kau, Aby sanggup gadaikan nyawa dia demi bagi upgrade kuasa kami...! Demi pergi selamatkan korang tau tak?!!" Tengking Ammar.
Hawa dan Chua terkejut bila Ammar kata Aby dh mati. "Kau bergurau kan?" Soal Hawa.
"Kau tak percaya? Haa tu dia kubur dia..!" Balasnya dengan kasar sambil menunding jarinya kearah satu timbunan salji yg diletakkn dua biji batu Kristal dan diukir nama penuhnya.
Hawa lari ke kubur itu mencari kebenaran.
Air matanya tak ditahan lagi? "Aby... Jgn tinggalkan aku bebb....ko jelaa satu satunya org yg aku rapat... Kat sapa lagi aku nk dapatkan nasihat?" Air matanya berguguran diatas salji itu.Dalam beberapa detik saja, dia mula membuka kotak memorinya bersama Aby yg selalu memberinya semangat. Chua terduduk melihat kearah kubur itu dari jauh. Dia tak memaafkn dirinya.
Perkara terakhir yg dia buat, dia kunci kuasa Aby. Perkara tu membuatkan dia betul betul menyesal.
_____
"Sekarang ni kita nak buat apa?" Soal Fitri memecahkan suasana sepi semua org. Masih tiada jawapan.
Selang beberapa minit, puan Norhana memberi cadangan.
"Datuk saya pernah kata, dalam keturunan kami ada seorang waris yg lebih hebat daripada dia. Dan yg pasti itu bukan saya. Jadi saya yakin, satu satunya waris itu adalah anak saya. Jadi saya dan Chua akan ke kerajaan api utk berjumpa dengan ratu api. Hanya dia saja yg menyimpan skroll utk mengunci lingkaran magis tu."jelasnya panjang lebar.
"Habis kami mcm mana pulak?"Wafy mencelah.
"Kita difahamkan bahawa kita ada dua dunia. Tapi sebenarnya, ada lagi satu dunia yg hanya segelintir sahaja yg tahu iaitu dunia pari pari elf. Jadi saya cadangkan kalian pergi ke sana minta bantuan." Cadang puan Norhana lagi.
"Kalau macam tu kita bahagi tugas. Izzani, shah, puan Norhana dgn Chua akan ke kerajaan api. Shah pastikan mereka selamat." Tegas Ammar kepada shah. Ammar memang sesuai dalam kerja mengatur strategi seperti shah.
"Aku, Hawa, Taki, Wafy dgn Fitri akan pergi minta bantuan. Pastikan kita semua berkumpul semula di pekan Bidor. Nah ambil ni" Ammar memberikan setiap seorang gelang hitam yg mampu menghubungkan mereka secara telepati walaupun jarak jauh.
"Aku ada satu soalan, macam mana kita nak pergi? Portal kita tak dapat bukak sebab kita perlukn tanah sebagai medium perantaraan." Taki menyoal kepada Ammar hingga Ammar menggaru kepalanya yg tidak gatal.
"Korang je perlukn tanah, bangsa aku tak." Ucap Izzani sambil mengangkat kening kanannya.
-------
Izzani mematahkan secebis kristal yg berhampiran dan mencampaknya ke hamparan ais itu. Portal bulat yg besar dibuka. "Ok, kome hajat je ke mana kome nak pegi. Nanti dia bawak kome. " Terang Izzani.
Stelah semua siap sedia, mereka berkumpul mengelilingi portal itu. Yg laki berpegangan tangan sesama lelaki dan bergitu juga dengan perempuan.
"Ada apa apa ucapan tak?" Tanya Izzani kepada semua.
"Aku mntak maaf!! Tolonglaa maafkan aku!" Rayu Chua yg masih rasa bersalah. Dia memandang Ammar lama kerana dia tahu Ammar amat marah padanya.
"Aku maafkan. Ok dah. Benda yg lepas biarkan lepas. Pastikan kita terus berjuang!" Ucap Ammar bersemangat.
"Yeahhh! " Semua makin bersemangat lagi lagi setelah mendapatkan tenaga baharu membuatkan Chua tersenyum.
Semua terjun serentak sambil menghajatkan destinasi yg dituju.
_______
_______"Tuanku, apakah kita patut menolong mereka?" Soal seorang dayang buat kali kelima. Dia berpakaian kemas berwarna hijau seperti zaman kerajaan melayu melaka.
"Tunggu lagi. Belum masanya.." jawap pemerintah itu sambil memicit dahinya yg makin sukar utk berfikir.
"Andai Ratu Mistik masih ada, pasti dia mampu menghalangnya." Ujar si dayang kesayangannya itu.
"Benar.. tapi tidak semudah itu. Dengan kekuatan maria yg telah berganda, beta tidak yakin..." Ratu Kesuma berdiri.
"Hari ini, pastikan tiada siapa yg mengganggu beta. Beta mahu ke bilik sumber. Pasti ada cara utk membatalkan sumpahannya keatas manusia." Ucapnya yakin sambil berjalan menuju ke arah sebuah bilik yg menempatkan ribuan buku magis.
"Wahai kuasa saktiku! Buku manakah yg patutku pilih?!" Seru si ratu Kesuma.
Percikkan cahaya hijau dari jemarinya mencari cari buku yg diperlukan si sang ratu itu.
Tapi cahaya itu berkumpul di suatu sudut bacaan. Kesuma pergi meninjau. Sebuah buku besar sedang terbuka. Ia memaparkan lampiran yg mempunyai lingkaran magis utk membatalkan sumpahan itu.
'siapa yg telah membacanya?' getusnya hairan. Setahu dia, tiada siapa yg dapat masuk ke dalam bilik itu kecuali........
___________
Portal biru dibuka pada dada langit dunia itu. Mereka semua jatuh terus ke dalam sebuah batang sungai.
"Eeee....basah dah aku.." keluh fitri dengan Taki.
Hawa dengan tenang mengapungkan diri"Dah dah, jom cari kerajaan mereka" arah Ammar.
Suasana sangat damai. Tiada pencemaran. Udara segar. "Bestnyee kat sini... Kalau laa dunia kita macam ni....fuhhhh!" Wafi tak henti henti memuji keindahan alam itu.
Ammar dapat vision utk mencari arah. Dia menjadi ketua setelah pemergian Aby.
Dari jauh, Ammar nampak sebuah kincir air yg sangat besar disebuah lembangan.
"Jom ikut aku." Tiba tiba, ammar dapat vision lagi. Matanya terkedip kedip melihat bayangan itu.
"Lari!!"
YOU ARE READING
The Z Mage : Book 2 [MALAY] []
FantasyIni adalah sambungan kisah The Z MAGE BOOK 1... Tak paham? Baca jilid satu. 😊 Setelah kematian Aby, adakah mereka mampu meneruskan perjuangan tanpa Aby? Kisah kali ini merungkai segala kisah silam..cinta.. sedih... Apakah pengakhiran cerita?