"Hey Suria.. kau pergilah ke Ammar. Bantu dia."
Suria mengangguk faham lalu berubah dan terbang tinggi meninggalkan lelaki separuh baya itu.
Di tangan kanannya, dia memegang sebatang tongkat kayu. "Sudah tiba masanya utk aku bertindak....!" Dia mengetuk tongkatnya di dataran ais itu. Petir menyambar dia dan dia hilang dari pandangan.
______________
Kesuma menggunakan jampi pemulihara bagi membaiki kerosakan teruk di kerajaan itu.
"Bonda, bagaimana? " Soal Daka mengganggu Kesuma.
"Bagaimana apanya anakanda?"
"Pertolongan.. apa yg harus kita buat? Bonda.. Daka merayu, bantulah mereka!" Rayu Daka mula melutut dihadapan bondanya.
Kesuma turut melutut kemudian mengusap kepala Daka. "Bonda faham.. "
"Jadi??" Soalnya penuh tanda tanya.
"Jadi, bonda setuju.." Kesuma hadiahkan senyuman manis.
"Terima kasih bonda! "
"Tapi, mungkin lewat utk bonda hantar bantuan.."
"Kenapa?"
"Bonda perlu bantuan anakanda utk membuat persiapan rapi.." Kesuma mula hendak memulakn rencana bernasnya.
______________
Suasana di tanah Elf Fairy telah aman. Misi Ammar memujuk Kesuma utk menghantar bantuan diterima.
"Kalian gerak dulu.. nanti kami menyusul." Ucap Daka.
Daka membuka portal ke dunia manusia. Mereka bersalaman lalu masuk ke dalam Portal.
----------------
Keadaan di dunia makin teruk. Maria menghilangkan diri setelah menghantar Fira utk menyerang.
Maria kembali ke lingkaran itu.
"Hahaha! Mari lihat.. sampai bila kalian boleh bertahan..ermm.. beta tambah lagi.."
"Minatour.. berpecah dan bertukar! Dan beta hantar lagi.. Dark Troll...!" Maria menyeru makhluk tu dengan membuka lingkaran magic. Keluar 4 troll hitam yg besar dan sgt hodoh.
Mereka memakai baju besi dan helmet bertanduk. Pedang gergasi dan perisai turut diguna mereka.
"Serang!" Arah Maria. Mereka melompat terus ke kompleks besar tapah tu. Minatour tadi berpecah tiga. Kemudian mereka menjadi Berserker.
Alice, puan Norhana dan Izzani melopong. Mereka masih tak bergerak dek kuasa Fira.
Dua ekor troll menyerang bandar dan bangunan. Dua lagi sedang menyerang kompleks itu. Tapi, serangan troll itu masih tak berjaya kerana perisai Shah tak dapat dibolosi mereka.
Hanya Shah sahaja tidak dipengaruh kuasa Fira. Berserker mula bertindak ganas. Malah salah satu darinya menumbuk puan Norhana hingga dia menembusi dinding bangunan.
Pedang troll dihayun ke arah Izzani.. tiba tiba,
Doommmm!
Petir menyambar hingga troll tu terduduk depan Izzani. Kemudian petir tu menyambar Fira pula hingga menyebabkan kuasanya terbatal. Mereka bergerak bebas.
"Jahanam kau Maria!" Jerit Izzani setelah dirinya bebas dari jampi Fira.
Fira terbaring tak sedarkn dri. 'Fuh! Nasib ada petir. Ermm tapi pelik! Sepatutnya bila dh kene time stoper, tenaga alam pon terkunci...' bisik Izzani dalam hati. Dia mula pelik.
YOU ARE READING
The Z Mage : Book 2 [MALAY] []
FantasyIni adalah sambungan kisah The Z MAGE BOOK 1... Tak paham? Baca jilid satu. 😊 Setelah kematian Aby, adakah mereka mampu meneruskan perjuangan tanpa Aby? Kisah kali ini merungkai segala kisah silam..cinta.. sedih... Apakah pengakhiran cerita?