finale

1.5K 147 22
                                    

PART 8 (FINAL)
SILENCE HURT
BY : LADYS STORIES

       Sejak hari tu, hubungan kami makin teruk. Akif tidak pukul saya macam Naufal tapi dia siksa batin dan mental saya melihat gaya dia yang menghisap di depan saya. Kalau dia bukan laki saya, peduli apa saya kalau dia mampus. Tapi sebab rasa tanggung jawab saya jaga juga dia bila dia sudah khayal. Saya tarik masuk bilik dan kasih selimut dia. Tapi sampai bila? Sampai bila semua nya berlanjutan begini?

       Beberapa bulan selepas tu, saya rasa macam badan saya sakit. Lemas saja ni. Rasa mahu baring saja. Nda larat mahu buat apa2. Tapi saya gagahkan juga bangun dan masakkan makanan untuk Akif.

"Syg kenapa? Pucat saja" Akif

"Demam. Nda sihat. Abg makanlah. Saya tiada selera"

       Akif makan kemudian ikut saya baring di katil. Dia perhatikan saja saya ni. Lain juga la saya rasa tapi biarlah dia tengok saya. Sampai bila mahu dingin terus. Saya tarik tangan Akif dan saya baring di lengannya. Baru saya rasa selesa menghidu wangian badan Akif.

"Besok pergi klinik. Sekali ambil MC. Nanti abg bagitahu kawan syg." Akif

       Saya angguk saja. Betul2 saya rasa mabuk hari ni. Nda larat juga mahu kerja. Besok tu awal pagi lagi saya sudah bangun siapkan sarapan untuk Akif. Lepas tu baru saya pergi klinik. Sampai giliran saya kena panggil. Doktor suruh saya ambil air kencing lepas tu saya kena panggil balik.

"Positif. Tahniah"

       Bayangkanlah betapa saya bahagia saat ini. Dengan kehadiran cahaya mata kami mungkin dapat mengubah sifat Akif. Nda sabar saya tunggu Akif balik terus saja saya mesej dia.

📩abg. Syg mengandung!

       Tapi tidak kena reply. Mungkin sibuk kerja. Saya pun terus balik rumah dan berehat. Bunyi alarm pukul 2pm cepat2 saya bangun dan siapkan makanan untuk Akif. Sambil masak sambil saya pigang2 perut saya. Dapat rasa kehadiran malaikat kecil di dalam. Walaupun baru 3minggu tapi saya dapat merasakannya. Naluri seorang ibu.

       Tidak lama lepas tu, Akif balik. Tapi mukanya sangat serius. Dia letak sesuatu atas meja. Dan jalan dekat saya. Tangan saya di cengkam kuat. Matanya menusuk ke mata saya.

"Betul kau Mengandung ka?" Akif

"Iya abg. Baru 3minggu. Huhh nda sabar syg. Lepas ni adalah kawan kita☺"

       Punya lah saya teruja sendiri. Tapi kelihatan Akif tidak menunjukkan rasa gembira pun. Muka nya serius kemudian dia berjalan dekat meja dan tuang sesuatu ke dalam gelas. Bila saya perhatikan itu sebenarnya minuman keras.

"minum ni!" Akif

"Abg, saya nda minum benda haram ni la! Abg gilakah suruh syg minum. Kalau apa2 jd dengan anak kita macam mana?"

"Saya tak mahu anak!!! Kau fahamkah!! Minum saya cakap!!!" Akif

       Saya cuba tepis tangan Akif dan gelas jatuh dari tangannya. Akif tarik saya dan ambil botol minuman tu dan tuang dalam mulut saya. Tidak dapat saya tahan rasa pahit dan pedas minuman tu. Menangis2 saya masa tu. Biarpun saya cuba buang tapi separuh sudah masuk dalam perut saya. Sangat pedas minuman tu. Entah brand apa pun saya tidak ingat sudah.

"Kau dengar!! Saya taknak anak!! Gugurkan budak tu!! Saya tak ngaku dia anak saya!" Akif

       Masyaallah subhanallah. Kenapa lah saya di takdirkan dapat laki sekejam ini? Dosa apa yang saya buat sampai saya di balas seperti ini?

"Telan ni!" Akif

        Dia masukkan 3biji pil ke dalam mulut saya dan tutup mulut saya guna tangan nya. Ubat tu cair dalam mulut saya dan mahu nda mahu saya terpaksa telan. Lepas dia buat tu semua dia bersiap dan keluar. Terbaring saya di dapur. Tidak dapat saya bayangkan saya akan kehilangan anak saya sekali lagi.

       Saya tengok keluar. Masih terang lagi dan saya buat keputusan untuk keluar dari rumah. Saya tidak mahu tinggal di sini walau sesaat pun. Saya tidak bawa apa2 selain dari surat kahwin dan dompet saya. Saya naik teksi terus ke airport. Saya mahukan mama bapa saya sekarang.

       Sampai saja di airport saya terus beli tiket dan tunggu penerbangan balik sabah. Nasib saya masih dapat seat kosong. Masuk saja dalam kapal saya terus pejam mata dan cuba tidur. Tapi bayangan Akif muncul. Betul2 hidup saya hancur. Saya ingatkan saya boleh bahagia selamanya. Tapi ternyata saya tersalah memilih syaitan!

       Saya pandang keluar tingkap. Airmata saya biarkan jatuh. Saya tutup kepala saya guna hoodie saja dan sandarkan kan kepala saya di dinding sambil melihat keluar. Tangan saya membelai perut saya. Tolong lah bertahan untuk ibu😭

       Sampai sabah, saya terus balik rumah. Mama bapa saya hairan nampak saya balik tanpa bawa apa2 dan tanpa Akif.

"Mana Akif? Kau sendiri balik nak?" Bapa

       Saya berlari peluk bapa saya. Saya menangis dan saya tahu mama bapa saya faham bila lihat saya begini

"Sabar Lyn. Apa lagi kamu dapat kali ni?" Mama

"Mama, bapa, sebenarnya saya sembunyikan sesuatu tentang Akif. Dia sebenarnya penagih dadah."

"Astaghfirullah Nalyn! Apa bha kamu buat ni nak. Jadi sekarang apa masalah kamu ni?" Bapa

"Saya lari dari rumah. Pagi tadi saya pergi klinik dan di sahkan mengandung. Tapi Akif nda mau anak ni. Dia nda mahu anak! Dia bagi saya minum arak dan kasi telan saya nda tau pil apa. Lepas tu dia keluar saya terus lari."

"Jadi anak kamu?" Bapa

       Saya geleng2 kepala sebab saya nda tahu. Tiada apa2 kesan lagi yang saya rasa sekarang. Yang pasti saya sangat takut masa ni. Saya tidak mahu kehilangan anak saya. Malam tu juga bapa bawa saya pergi hospital.

       Selepas buat beberapa prosedur rawatan akhirnya doktor sahkan baby tiada apa2 dan tiada apa2 kesan pada janin. Nda berhenti saya mengucap syukur kepada Allah. Sekarang, apa pun jadi saya tidak akan balik dengan Akif. Biarlah dia ceraikan saya. Saya nda kisah semua tu.

       Besok nya saya on hp banyak mesej masuk. Miskol dari Akif. Saya baca mesej macam2 dia maki saya tapi tidak terkesan pun di hati saya. Buat apa saya mahu kisah? Tapi tiba2 bapa masuk dan bagi saya hp nya.

"Ha..hallo"

"Kau dengar sini Nalyn. Kau lari dari saya kan? Itu pilihan kau? Dan kau dengar pula apa yang saya mahu cakap. Mulai hari ni, kau bukan isteri saya lagi. Saya ceraikan kau TALAK TIGA! Pergi mampos engkau dengan anak dalam perut tu dan pergi mampos keluarga kau yang trep malaikat nak nasihat saya tu" Akif

       Saya tidak cakap apa2 atau balas apa2. Bapa pun ada di sana dan hari ni, saya di ceraikan dalam keadaan saya mengandung. Selepas saya bersalin, sekali lagi saya akan jadi JANDA.

8TAHUN TELAH BERLALU,

       Anak saya pun sudah besar. Sekarang baru saya merasa kehidupan bahagia. Saya akui, tanpa lelaki pun saya boleh hidup dengan bahagia. Satu2 nya lelaki yang sayang saya tanpa syarat hanyalah Bapa. Bukan saya cakap lelaki semua tiada guna. Tapi lelaki yang hadir dalam hidup saya, memang tidak layak di panggil lelaki.

       Kurangkah kasih sayang dan kesetiaan yang saya berikan? Sampai saya jadi mangsa keganasan dan penindasan. Lelaki adalah pelindung bagi wanita. Tapi tidak kurang lelaki yang anggap perempuan ibarat 'punching bag'.

"Ingatlah, tidak akan lengkap lelaki tanpa WANITA. Tidak akan lahir seorang lelaki tanpa WANITA. Berhentilah melakukan PENDERAAN kepada WANITA"

P/s : Kisah ini sudah di olah sebaik mungkin. Dan keasliannya sudah bercampur dengan imajinasi untuk menghidupkan jalan cerita. Terima kasih sebab baca kisah ini. Ambil iktibar dari kisah ini. Jangan di kecam!

TAMAT

SILENCE HURT (SABAHAN) COMPLETEDTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang