BAB 1

69 9 5
                                    

KKIA 8:00 AM

"Bye nek, baik-baik kat sana ya. Jangan lupa doakan kami kat sini. " Amoi memberikan kata-kata terakhir sebelum nenek berangkat ke Makkah untuk mengerjakan ibadat umrah.

"Ya, nenek tahulah. Berapa kali kamu nak cakap. " bentak nenek lembut.

"Ah. Nek.. Nanti kat sana jangan lupa makan tau. Ann dengar makanan arab ni sedap. " sampuk Ann dengan niat mengingatkan neneknya yang bersulamkan sedikit gurauan yang hambar...

"Iyaa.. Nenek tahulah. " balas nenek yang sudah masak dengan perangai cucu-cucunya yang bermulut kepoh.

"Haa... Lagi satu, jangan lupa rindu kitorang ya nek. Hahhhahahaha.. " tambah Ann lagi. Niatnya cuma untuk melahirkan suasana yang gembira. Bukan apa, sepupunya semua mengalirkan air mata kerana tidak biasa berjauhan dengan nenek mereka. Terutamanya Aswa.

Sejak tadi Aswa tidak bercakap banyak. Almaklumlah, Aswa lebih rapat dengan neneknya berbanding ibu bapanya sendiri. Sebab, neneklah yang menjaga Aswa sejak dia kecil.

'Ada-ada saja cucu aku ni.' bicara nenek dalam hati.

"Nanti kalau kitorang call jangan tak jawab. Manalah tau seronok sangat dekat sana." Aswa akhirnya besuara.

"Iya.. Korang jangan lupa jaga diri. " itulah kata-kata terakhir nenek sebelum masuk di balai perlepasan.

"Byee nek~~~" kelihatan cucu-cucunya melambai daripada jauh. Nenek pun membalas lambaian tersebut.

Selepas nenek selamat masuk ke dalam perut pesawat. Kami pun balik.

Dalam perjalanan pulang

"Wei moi, kau ikut mak abah kau balik Sipitang ka? " Ann memulakan perbualan.

Malam sebelum nenek mereka berangkat, nenek mereka mengadakan kenduri doa selamat secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri anak-anak, cucu-cucu, rakan-rakan dan jiran-jiran beliau. Jadi, ibu bapa Amoi, Aswa dan Ann tidur di rumah nenek sehingga nenek berangkat ke Makkah.

"Entahlah, aku tak bawa baju lebihlah." balas Amoi.

"Alaa.. Bukan haritu kau kata kau nak stay sini sampai nenek balik ka? " Liza mula menyahut.

"Iya aku tahu.. Tapi ba--"

"Alah kau tak payah risau pasal baju lah. Kau ngan Aswa kan sama saiz, kau pinjam jelah baju dia. Apa susah? " belum sempat Amoi menghabiskan kata-katanya. Ann sudah menyampuk.

"Ha ah, memang baju aku jekan. Baju kau takde ka? " Liza menyahut tanda protes. Bukan dia taknak bagi pinjam. Tapi acap kali dia yang jadi mangsa keadaan.

"Ala~~ korang kan sama saiz. Apa salahnya? " Ann tidak mahu mengalah. Walaupun Amoi paling tua antara mereka tetapi saiz badanya lebih kecil daripada Ann.

"Chillah wei. Aku pun belum conferm kan lagi. Korang dah bising. " Amoi pula bersuara tetapi tetap tidak dapat mendiamkan mulut mereka berdua.

Selepas beberpan jam bertekak, mereka singgah di Restoran Seri Keningau untuk sarapan pagi. Sebenarnya mereka bukan bertekak, saja menghilangkan rasa rindu mereka.

Restoran Seri Keningau

"Weii Liza kau nak makan apa? Pak Cik belanja ni. Oder lah yang mahal-mahal. " soal Ann.

"Hmmm, aku nak makan... Nasi Ayam. Nyam nyamm. "

"Kau makan apa Moi? "

"Aku pun nak Nasi Ayam. "

Amboi. Besar sungguh selera budak-budak ni. Maklumlah mereka bergerak ke KKIA dari rumah jam 3:00 am. Manakan sempat sarapan pagi.

"Eh eh korang. Aku rasa kita bertiga ja oder nasi. Cuba kau tengok bapa aku and ayah Liza. " kata-kata Ann membuatkan mereka menoleh ke belakang.

"Yelah. Dorang makan roti canai ja. Kita pula yang lebih. " tambah Amoi.

"Cuba korang tengok pak cik. Dia pun oder roti jugak. " Ann berkata lagi.

Keadaan tiba-tiba bertukar awkward. Tapi Aswa tidak terganggu langsung dengan kata-kata mereka. Malahan dia semakin rancak menyuap makanannya sambil tangan kirinya sibuk bermain dengan telefon.

"Weii kau tak rasa malu ka? " tanya Amoi.

"Nak malu buat apa? Aku tengah lapar ni. Lagi malu kalau kita bazir kan makanan ni. " balasan Aswa membuatkan sepupunya terkelu. Bukan kerana malu. Tapi kerana kata-kata tersebut sering diluahkan oleh nenek mereka.

"Alah kau janganlah cakap macam ni Wa. "

"Hahahahaha aku saja ja test, korang. "

"Elehh~ yelahtu test."

Selesai pak cik mereka membayar makana. Mereka meneruskan perjalanan balik.
Dalam perjalanan balik, mereka bertiga tidak bercakap banyak kerana masing-masing sibuk membuat peta.

PAKCIKKU KAPTEN LIONWhere stories live. Discover now