Bab 3

48 7 0
                                    

Malam harinya

"Eh korang ada bau tak? " tanya Amoi.

Aswa dan Ann mula menghidu.

"Mmmm, yalah. Kenapa macam bau pak cik su eh? "
Bau minyak wangi DASHING yang kuat telah memasuki rongga hidung mereka bertiga. Bau tersebut memang tidak asing bagi mereka bertiga.

"Eh yalah. Wa cuba kau tengok. "

Aswa menurut arahan Ann. Dia mengeluarkan kepalanya di celah pintu.

"Weiii! Dialah. " Aswa menjerit halus.

"Alamak. Dia buat apa kat sini? " tanya Ann yang tidak puas hati dengan kehadiran pak su mereka.

"Wei macam mana ni? Dahlah mama dan bapa Ann selalu pergi kebun. Habislah kita. " sambung Amoi.

Mereka bertiga tidak berapa menyukai perangai pak cik merka yang bongsu ini. Bukan apa. Pak cik mereka selalu menyuruh mereka membuat perkara yang tidak pernah terlintas langsung dalam kotak minda mereka.

"Hmmm takpa. Besok dia balik lah tu... Kot... " nampaknya Ann pun tidak yakin dengan kata-katanya sendiri.

"Huhhhh! " kedengaran Aswa dan Amoi menghembus nafas dengan kuat. Jika di lihat keadaan mereka persis orang yang tak bayar bil elektrik selama dua bulan.

"Kita tidurlah dulu. Apa nak jadi esok jadi lah. " kata-kata terakhir yang diungkapkan oleh Amoi sebelum mereka betiga tidur.

Keesokan harinya

Pagi itu mama dan bapa Ann sudah pun keluar untuk pergi ke kebun neneknya. Sebelum neneknya berangkat, neneknya juga meminta bapa dan mama Ann membesihkan kebunya. Mama dan bapa Ann tidak membantah kerana mereka sudah biasa melakukan kerja seperti itu. Ini kerana mama dan bapa Ann juga mempunyai kebun sendiri.

"Amoi!! Aswa!! Ann!! Bangun!! Dah pukul berapa ni. Takkan korang masih nak buat taik mata. "

Suara yang tidak asing itu membuatkan mereka bertiga terjaga. Tetapi mereka tidak menyahut kata-kata pak cik mereka.

"Bangun cepat! Masak sarapan. Pak Su dah lapar ni! " tambah pak cik mereka lagi. Geram apabila anak buahnya mengabaikan panggilannya.

"Oh my godddddddd!!! " mereka bertiga menjerit perlahan tanda protes.

"Wei jomlah kita bangun. Nanti karang ada yang kena simbah dengan air. " kata-kata Amoi membuatkan sepupunya yang lain cepat-cepat bangun.

Selesai mereka bertiga mandi. Mereka pun berkumpul di dapur untuk membancuh air masing-masing. Tidak lama selepas itu, pak su mereka pun datang.

"Hah? Apa lagi? Masaklah. Kan ada ikan kat peti sejuk tu. Keluarkanlah. Takkan itupun pak su nak ajar. Korang kan perempuan. Mesti pandai masak. " kata-kata pak cik mereka membuatkan mereka bertiga memandang sesama sendiri. Akhirnya detik yang mereka amat bencikan akhirnya terjadi.

'Oh my cuti aku!!!! ' Ann menjerit dalam hati.

'Ibuuuuuu!! Amoi nak balik!!! '

'Nenekkk!!! Balik lah cepat!!! '

Masing-masing menjerit di dalam hati.

"Pak cik rasa nak makan kari lah. Korang masak eh. " kata pakciknya sambil tersengih. Lalu dia beredar ke ruang tamu.

Reaksi anak-anak buahnya jelas menunjukkan mereka tidak tahu sama sekali cara-cara, memasak kari.

"Masak sedap-sedap tau! " tambah pak ciknya lagi.

Tanpa membuang masa. Amoi terus meng-google cara memasak kari.

"Serai, bawang putih, bawang merah, halia.......... "

"Wei korang serius ka nak masak ni?" Ann mula bersuara.

"Serius lah kot. Cuba kau tengok si Amoi tu. Siap google lagi. "

Mereka bertiga pun ketawa kerana merasa perkara yang mereka tengah buat ini tidak masuk akal langsung.

Setelah tawa mereka reda. Amoi pun mengeluarkan ikan dari dalam peti sejuk.

Aswa pula mula menumbuk bawang-bawang.

Ann sedang sibuk menyediakan peralatan untuk mereka memasak.

"Ok first kita masukkan bahan yang telah kita tumbuk. Then kita masukkan kari. Kacau dan biarkan kari sampai dia pecah minyak. " Amoi mula mengingat cara-cara yang sudah dia google tadi.

"Pecah minyak? Macam mana nak tahu kari ni dah pecah minyak? " Amoi berbisik perlahan.

"Wei? Kau ok ke Moi? "

"Aku ok Ann. Tapi macam mana aku nak tahu yang kari ni dah pecah minyak? "

"Alaaa senang ja. Kalau kau nampak minyak kat atas kari tu meletup, means kari tu dah pecah minyak. " balas Ann. Sebenarnya dia pun tidak tahu. Saja nak acah depan cousins dia.

"Oooo okok. "

"Apa yang korang bertiga buat ni? " tiba-tiba pak cik mereka muncul.

"Kitorang tengah masak kari lah ni pak su. " jawab Aswa.

"Ooooo... Kari tu dah pecah minyak belum? Kalau dah masukkan ikan. "

'Macan pro ja pak su aku ni. ' desis hati Amoi.

"Lepastu masukkan garam dan aji. Letak serbuk kunyit sikit. " tanbahnya lagi sebelum dia beredar semula.

Anak buahnya pun menurut perintah.

Selepas mereka memasukkan ikan. Mereka pun duduk semula di meja makan.

PAKCIKKU KAPTEN LIONWhere stories live. Discover now