Bab 4

40 4 0
                                    

Selepas mereka memasukkan ikan. Mereka pun duduk semula di meja makan.

"Aku tak tahu lah apa jadi dengan kari kita tu. "

"Ha ahlah. Dahlah tadi paksu letak gula satu sudu besar. "

"Wei cuba korang rasa ni. " Ann memanggil Aswa dan Amoi. Kelihatan Amoi sudah bersedia dengan sudunya.

"Tsssfffffff!!"

"Wei kau kenapa Moi? Tak sedap ke? "

"Kau gila?! Ni dah lebih dah ni! Bedesing sia!"

Aswa dan Ann ketawa tebahak-bahak melihat riaksi Amoi.

"Hahhahahahhahah!! Nasib bukan aku yang rasa. " kata Aswa.

"Aku rasa kita kena tambah benda ni lah. " Ann menunjukkan botol rempah yang berisi maggi cukup rasa.
Ann pun mula memasukkan bahan tersebut kedalam kari mereka.

"Haaa... Cuba korang rasa. "

"Mmmmm... Aku rasa... Sedap. Tapi kau tambah sikit lagi. "

"Orait. "

Setelah masak mereka pun mula menghidang. Kelihatan pakcik mereka sudah duduk di sana.

"Hmmm bau dah ada dah. Korang ada letak santan tak? "

"Tak. " jawan mereka bertiga.

"Macam kari roti canai. " Ann sekan memuji masakan mereka. Maklumlah, itu ialah kari pertama mereka bertiga.

"Haa kalau macam tu kau kahwin lah dengan mamak. " balas pakcik mereka.

"Eh paksu lah kahwin dengan mamak. Paksu kan suka makan. " jawab Ann dengan nada sarkastik.

Namun pakciknya tidak membalas. Dia terus meletakkan kuah kari tersebut di atas nasi.

"Hmmm bolehlaaa... "

"Bolehlah? Ai... Sedap apa? " jawab Aswa.

"Tapi ikan korang tak berapa nak masak. "

'Ya ka? Hah siapa suruh. Tadikan pakcik lapar sangat. ' desis hati Ann.

"Ya ka tak masak? " tanya Ann. Dia tidak mahu langsung menyentuh ikan tersebut. Bukan sebab tak yakin ka apa. Tapi dia tiba-tiba rasa kenyang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PAKCIKKU KAPTEN LIONWhere stories live. Discover now