Bab 2

47 6 1
                                    

Sampai saja di rumah nenek mereka, Amoi membuat keputusan untuk tinggal di rumah nenek mereka buat sementara.

"Ibu saya tinggal kat sini sampai nenek balik ya. "

"Suka hati kamu lah Moi. Kamu kan dah besar. "

Ibu bapa Amoi pun bersedia untuk berangkat pulang begitu juga ibu dan ayah Aswa. Maka tinggalah Amoi, Aswa , Ann serta mama dan bapa Ann. Kenapa mama dan bapa Ann tak balik? Sebab bapa Ann ialah anak sulung dalam keluarganya. Oleh itu dia diamanahkan untuk menjaga rumah tersebut sehingga nene pulang.

Malam pertama ketiadaan nenek

"Wei esok kita nak buat apa? Lagipun mama dan bapa Ann takda kat rumah waktu pagi." tanya Amoi.

Amoi terkenal sebagai seorang yang aktif di kalangan sepupunya. Ada saja yang ingin dilakukannya setiap hari. Tapi setiap perkara yang dilakukanyya tidak berfaedah. Contohnya berjalan keliling kampung.

"Entah. Aku malas nak bangun awal. " balas Aswa. Aswa pula selalu lewat bangun dalam kalangan sepupunya. Sebab dia bangun lewat ialah selalu online hingga jam 1 pagi even more.

"Aku pun... " sampuk Ann tanda setuju dengan Aswa. Ann pula seorang yang lambat melakukan segala tugasan. Contohnya masa mama dia suruh jemur kain. Mama dia suruh jam 8, dia jemur jam 12. Bila lah nak kering baju. Last-last kena marah dengan mama. Tapi tak pandai insaf budak ni.

Malam itu mereka semua tidur lewat kira-kira jam 12.

Keesokan harinya

"Ann! Aswa! Amoi! Bangun! "
Kedengaran suara mama Ann yang mengejutkan mereka bertiga.

"Apa nak jadi lah budak-budak ni?! Dah jam berapa dah ni? Masih nak buat peta? " kata-kata mama Ann membutkan meleka kelam-kabut mencapai tuala mandi.

Selesai mandi

"Ann, mama dan bap nak pergi tengok kebun nenek kamu. Jangan lupa sapu rumah. Kitorang maybe balik jam 4. Kalau lapar masak sendiri. Masing-masing dah besar kan? " kata-kata mama Ann hanya dibalas dengan anggukan lemah.

"Hmm~~ kami jalan dulu. Bye. Assalamualaikum. " Ann pun menyalami mama dan bapanya.

Tidak lama selepas mereka pergi. Mereka pun membuat segala apa yang telah disuruh.

"Yess! Beres. Boleh sambung tidur. "

"Eh. Wa takkan kau nak tidur balik? Sekarang ni kan waktu zohor. Kau tak solat ke? "

"Aku ABC lah Ann. Kau solat lah. "

Ann mendengus perlahan.

"Kau Moi? Tak solat? "

"Tak. Aku pun ABC. "

"Betul ke korang berdua ni? "

"Kalau kau tak percaya kau check lah. "

"Ewww~ taknak aku. Batal wuduk aku nanti. "

Usai Ann solat zohor mereka bertiga rasa amat lapar.

"Wei korang. Aku lapar lah. "

"Eii gila lah. Aku pun lapar juga. "

"So~ kita nak makan apa ni? "

"Hmm korang pandai makan mee basah? " Ann mula bersuara. Dia nampak mamanya mengeluarkan mee kuning dari peti sejuk. Dia pun ada nampak bebola ikan, dan fish kek dalam peti sejuk.

"Pandai. " jawab Amoi dan Aswa.

"Kau tahu ke masak? " tanya Amoi lagi.

"Gila kau tak. Ini Ann lah. "Dengan bangganya dia menjawab. Padahal dia dah google awal-awal.

"Aswa, kau tolong aku tumbuk halia, serai, bawang putih 3 ulas and bawang merah sebiji. Amoi, kau pula tolong aku potong fish cake dan fish ball ni. "

Ann pun berjalan menuju ke almari makan untuk mencari sesuatu.

"Ahaks! Ada pun. "

Ann pun mula memanaskan kuali. Kemudian dia meletakkam minyak masak. Setelah panas, dia memasukkan bahan-bahan yang ditumbuk Aswa kedalam kuali. Apabila bahan-bahan tesebut berubah warna, dia mula memasukkan fish ball,fish kek dan sedikit sayuran . Setelah itu dia memasukkan bahan perisa dan kicap soya. Lalu dia menambah sedikit air.

"Aummm... Sedapnya bau dia.. " puji Amoi.

"Lepas aku mask korang cuci ehh. "

"Tau dah... " jawab Aswa.

"Ok cantek. "

Setelah semuanya masak, Ann memasukkan bahan yang dijumpainya dari dalam almari tadi.

"Tepung pulut? " tanya Aswa.

"Ya. Korang tengok ya. "

Serta merta kuah cair tadi bertukar menjadi pekat persis kuah mee basah di restoran.

"Wuu~~ tabik spring beb. " puji Amoi dan Aswa.

Mereka pun menghabiskan masakan Ann dengan berselera sekali. Selepas makan mereka pun menyuci pinggan dan kuali yang telah digunakan. Setelah selesai semua kerja, mereka pun masuk kedalam bilik untuk tidur sekejap.

Bagi mereka, pagi pertama tanpa nenk memang sunyi sekali. Kalau ada nenek, rumah ini tidak akan sunyi sebab ada ja perkara yang ingin dileterinya.

PAKCIKKU KAPTEN LIONWhere stories live. Discover now