Prolog

62 5 3
                                    

Pada musim perayaan Hallowen pada tahun 1840 yang lalu terdapat trajedi yang tak dapat di lupakan dan menjadi sejarah di sebuah perkampungan  transylvania di romania. Sebelum trajedi seluruh rakyat di kampung itu sangat peramah dan mesra sesama jiran mereka.

__________________

20. oct. 1840,6:30p.m. ,transylvania, Romania

Salji pertama pada tahun itu mula turun dengan lebat pada petang itu. Langit semakin suram dan gelap kerana matahari mula menurun membelah langit. Setiap rumah mula memasang pelita untuk mencerahkan setiap inci ruang rumah mereka untuk memudahkan kerja.

Catrina menilik keluar tingkap yang semakin gelap dengan salji yang lebat. Dia tersenyum simpul apabila melihat kepingan salji yang turun. Suasana yang sejuk tidak dapat dirasakannya kerana dirinya berdarah sejuk.

"Sayang! Jom kita pergi jumpa ibu."Roger memanggil Catrina untuk bersedia keluar ke rumah ibunya. Panggilan suaminya hanya di balas dengan anggukkan dan sebuah senyuman.

Dalam kepayahan berbadan dua Catrina gagah melangkah untuk keluar rumah.

"Abang.." catrina memanggil suaminya sebelum dia membuka pintu rumahnya.

"Hmm?"

"Macam mana kalau anak kita tak tahu nak kawal kuasanya nanti? Dan macam mana kalau dia serang manusia yang tak bersalah?"tanya catrina masih lagi ragu-ragu dengan kelahirannya. Kerana dia bukanlah dari keluarga mempunyai kepercayaan nenek moyang mereka.

"Kenapa fikir macam tu?" Soalan catrina di balas dengan soalan. " sayang dengar cakap abang. Selèna Eve seorang gadis yang kuat, berkuasa dan bijak. Percayalah sayang adalah anak yang ketujuh dari adik beradik sayangw. Menurut kata nenek moyang kita dulu dengan kelahiran adik beradik yang ketujuh ini adalah anak yang paling kuat dan berkuasa. Jadi tiada sesiapa dapat mengganggu anak kita. Ya sayang?" Terang roger panjang lebar sambil memberi sebuah kucupan pada dahi isteri tercintanya.

"Okay sayang janji yang anak kita akan selamat nanti."wajah catrina kembali gembira.

"Jangan lupa juga. Dia akan jadi seorang gadis yang cantik seperti ibunya ini suatu hari nanti."tambah Roger.

Mereka pun bersama- sama keluar dari rumah itu dan berjalan kaki ke dalam hutan menuju ke rumah ibunya yang tidak jauh dari rumah mereka.

Sebaik sahaja mereka sampai di perkarangan rumah kayu ibunya catrina belum sempat roger hendak mengetuk pintu rumah itu terlebih dahulu pintu rumah itu terkuak dari dalam. Tersembul wajah gembira ibu mertua roger dari dalam rumah itu.

"Wah ibu macam tahu-tahu je kami nak datang. Ibu memang hebat." Catrina menegur ibunya sambil memeluk orang tua itu.

"It's called the senses of the heart" ibunya menjawab selamba sambil mengalukan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

"Ibu kira-kira dah tinggal seminggu je lagi baby ni nak lahir. Kamu kena hati-hati catrina. Ini adalah bayi yang paling berkuasa kerana darah bayi ini adalah pure daripada tujuh beradik. Ibu nasihatkan roger jaga isteri kamu. Ramai orang luar sana tak tahu tentang diri kita sebenarnya. Kalau orang luar dapat tahu yang kita ini bukan manusia lagi sudah tentu mereka tidak dapat menerima dengan aman." Sebaik sahaja mereka bertiga duduk Ambrose nama ibu kepda Catrina membuka mulut untuk memulakan bicara

"Kamu tahu tak yang Apollyon sedang mengintip kamu untuk membunuh anak ini setelah di lahirkan nanti? Ibu dapat rasakan di dalam jiwanya dia sangat takut dengan anak yang berada di dalam kandungan ini. Dia dapat merasa kuasa bayi ini setelah dia membesar menjadi  seperti diri kita sekarang." Roger dan Catrina hanya mendengar sahaja untuk kebaikan mereka semua. Tidak berani untuk mencelah.

The Troublemaker Next DoorWhere stories live. Discover now