Nineteen |

186 24 0
                                    


Jun's POV

Aku ditarik masuk ke dalam sebuah bilik oleh Pn. Kim.

" Meh duduk sini. " kata Pn. Kim.

Aku hanya akur lalu duduk di birai katil.

Pn. Kim mencari sesuatu di dalam almarinya dan kemudian duduk di sebelahku.

" Memandangkan Jun masih sekolah, jadi eomma bagi gelang tangan la ya. "

Aku memandang gelang tangan yang sudah terletak elok di pergelangan tangan.

" Terima kasih eommeonim..." ucapku lembut.

" Jaga Namjoon elok-elok, eungg? "

Aku mengangguk.

" Dah. Jom eomma hantar Jun jumpa harabeoji. "

Aku teguk air liur.

Takut la pula.

" Ni bilik perpustakaan harabeoji. Dah selesai nanti, turun makan pencuci mulut ya. "

Pn. Kim mengusap kepalaku perlahan.

Aku mengangguk faham.

Sebaik sahaja Pn. Kim turun, aku mengetuk pintu bilik perpustakaan dengan teragak-agak.

" Masuk. "

Aku menarik nafas sedalam mungkin dan kemudian memulas tombol pintu.

[ Completed ] You Are The One | Namjoon |Where stories live. Discover now