Hundred Twenty Eight |

105 9 0
                                    


Namjoon melangkah masuk ke dalam dewan utama untuk persidangan akhbar setelah selesai mesyuarat bersama staf sebentar tadi.

En. Kim dan Tn. Kim selaku appa dan harabeoji nya turut menyusul di belakang.

Namjoon sedikit pelik apabila Sae Ra berada di belakang semua wartawan dan penulis akhbar.

Sae Ra melemparkan senyuman dan lambaian kecil apabila Namjoon memandangnya.

Namjoon memberikan sedikit ucapan sebelum harabeojinya turut memberi sepatah dua kata.

" Untuk pengetahuan semua, Namjoon bakal bertunang dengan Lee Sae Ra anak kepada pemilik syarikat JV "

Masing-masing yang berada di situ terkejut terutama Namjoon.

" Bilakah mereka bakal bertunang? " tanya salah seorang wartawan.

" 2 minggu lagi. Kami memberi ruang kepada mereka untuk bersiap sedia. " balas Tn. Kim.

Namjoon masih terpinga-pinga sehinggalah appanya menarik Namjoon untuk turun dari pentas.

" Joon, harabeoji nak kamu ikut kami semua makan malam dengan keluarga Sae Ra. " ujar Tn. Kim.

" T-tapi harabeoji..." belum sempat Namjoon menghabiskan ayatnya, Tn. Kim sudah memotong.

" Takde tapi-tapi. Harabeoji nak kamu ikut jumpa pemegang saham, kemudian malam ni kita pergi makan malam dengan keluarga Sae Ra. "

" Joon tak tunaikan janji Joon, jadi semua keputusan harabeoji, Joon kena ikut. " ujar Tn. Kim tegas sebelum berjalan ke bilik mesyuarat.

Namjoon mengeluh perlahan.

En. Kim menepuk bahu anaknya sebelum menarik Namjoon untuk turut mengikut langkah Tn. Kim.

[ Completed ] You Are The One | Namjoon |Where stories live. Discover now