Sixty Nine |

117 13 0
                                    


Jun terdiam.

Dia agak terkejut dengan soalan itu.

Dia baru tersedar bahawa dia tidak pernah meluahkan perasaan pada Namjoon.

Dia sebenarnya sedikit keliru dengan perasaan sendiri.

Tapi mungkin juga dia sudah jatuh hati pada Namjoon cuma belum sepenuhnya.

" Heyyy babe, I'm asking you. "

Hyu Li menepuk perlahan tangan Jun yang sedang termenung jauh.

" Ermmm...yes? Cuma mungkin belum sepenuhnya. "

Hyu Li yang berwajah serius sedari tadi mula mengukir senyuman.

" I'm happy for you, babe "

Hyu Li mula membuat mimik muka sedih campur terharu.

" Awak membesar dengan pantas sehingga sudah menjadi is-- "

Jun segera menekup mulut Hyu Li sebelum rakannya itu sempat menghabiskan ayatnya.

Jun menggerakkan bola matanya kiri dan kanan memberi isyarat kepada Hyu Li bahawa ada ramai orang yang memakai uniform sekolah seperti mereka.

" Hehehehe sorry. "

" So sekarang ni kau pindah duduk rumah mertua kau ke? "

Jun menggeleng lemah.

" Duduk apartmen Namjoon. Lagipun family Namjoon tak tahu pun yang kami dah hantar borang perkahwinan. "

Hyu Li agak terkejut namun kemudian dia mengangguk, faham dengan keadaan mereka berdasarkan cerita tadi.

" Hai Jun! "

[ Completed ] You Are The One | Namjoon |Where stories live. Discover now