Sahabatku yang papa,
jika engkau mengetahui,
bahwa
Kemiskinan yang membuatmu sengsara itu
mampu menjelaskan pengetahuan tentang
Keadilan dan pengertian tentang Kehidupan,
maka engkau pasti berpuas hati dengan nasibmu.Kusebut pengetahuan tentang Keadilan :
Kerana orang kaya terlalu sibuk
mengumpul harta utk mencari pengetahuan.Dan kusebut pengertian tentang Kehidupan :
Kerana orang yang kuat terlalu berhasrat
mengejar kekuatan dan keagungan bagi
menempuh jalan kebenaran.Bergembiralah,
sahabatku yang papa,
kerana engkau merupakan penyambung lidah
Keadilan dan
Kitab tentang Kehidupan.
Tenanglah, kerana engkau merupakan
sumber kebajikan bagi mereka yang
memerintah terhadapmu, dan tiang kejujuran
bagi mereka yang membimbingmu.Jika engkau menyedari,
sahabatku yang papa,
bahwa malang yang menimpamu
dalam hidup merupakan kekuatan
yang menerangi hatimu, dan membangkitkan
jiwamu dari ceruk ejekan ke
singgahsana kehormatan,maka engkau akan merasa berpuas hati
kerana pengalamanmu, dan engkau akan
memandangnya sebagai pembimbing,
serta membuatmu bijaksana.Kehidupan ialah suatu rantai yang tersusun oleh banyak mata rantai yang berlainan.
Duka merupakan salah satu mata rantai emas antara penyerahan terhadap masa kini dan harapan masa depan.
Antara tidur dan jaga, di luar fajar merekah.
Sahabatku yang papa,
Kemiskinan menyalakan apikeagungan jiwa,
sedangkan kemewahan
memperlihatkan keburukannya.
Duka melembutkan perasaan,
dan Suka mengubati hati yang luka.
Bila Duka dan kemelaratan dihilangkan,
jiwa manusia akan menjadi batu tulis
yang kosong, hanya memperlihatkan
kemewahan dan kerakusan.Ingatlah, bahawa keimanan itu adalah peribadi sejati Manusia.
Tidak dapat ditukar dengan emas;
tidak dapat dikumpul seperti harta kekayaan.
Mereka yang mewah sering meminggirkan keimananan,
dan mendakap erat emasnya.
Orang muda sekarang jangan sampai meninggalkan Keimananmu, dan hanya mengejar kepuasan diri
dan kesenangan semata.Orang-orang papa yang kusayangi,
saat bersama isteri dan anak sekembalinya dari ladang merupakan waktu yang paling mesra bagi keluarga,
sebagai lambang kebahagiaan bagi takdir angkatan
yang akan datang.Tapi hidup orang yang senang bermewah-mewahan dan mengumpul emas, pada hakikatnya seperti hidup cacing di dalam kuburan.
Itu menandakan ketakutan.
Air mata yang kutangiskan,
wahai sahabatku yang papa,
lebih murni daripada tawa ria orangyang ingin melupakannya, dan lebih manis
daripada ejekan seorang pencemuh.Air mata ini membersihkan hati dan kuman benci, dan mengajar manusia ikut merasakan pedihnya hati yang patah.
Benih yang kautaburkan bagi si kaya, dan akan kau tuai nanti, akan kembali pada sumbernya, sesuai dengan Hukum Alam.
Dan dukacita yang kausandang,
akan dikembalikan menjadi sukacita oleh kehendak Syurga.Dan angkatan mendatang akan mempelajari
Dukacita dan Kemelaratan sebagai pelajaran tentang
Kasih Sayang dan Persamaan.(Dari 'Suara Sang Guru')
Jangan lupa yaaaa..
Untuk apaaa???
Untuk vote comment nyaa dong..
KAMU SEDANG MEMBACA
Kumpulan Puisi Kahlil Gibran
Poesie... Kuwartakan padamu bahawa hidup adalah kegelapan jika tidak diselimuti oleh kehendak Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan Dan segala macam pengetahuan akan kosong bila tidak diiringi kerja ... Berbagai macam kumpulan pu...