#16

5.3K 410 16
                                    

MINUMAN yang dipesan sudah sampai. Aku membuka kertas penyedut minuman lantas menyedut air Starbucks itu.

"So kau tak ikut ke?" soalku hampa apabila Liana memberitahuku yang ibu dan ayahnya tak membenarkan dia serati aktiviti luar sekolah. Katanya mereka takut kejadian dulu terjadi lagi. Dulu Liana hampir lemas semasa aktiviti air pada perkhemahan dua tahun lepas.

Aku membuat muka murung.

"Ala budak kelas kau kan ada.." pujuk Liana.

Aku menggeleng.

"Aku tak rapat sangat dengan budak perempuan kelas aku." kataku.

"Ala Adrian kan ikut.." Liana mengusikku.

Sebut nama Adrian mengingatkan aku tentang apa yang terjadi di sekolah minggu lepas.

"Syahmi dengan Darius pun ada." tambah Liana.

Aku hanya diam.

Kaki melangkah ke tempat parkir kereta pelajar untuk mencari Darius. Keretanya masih ada. Tetapi orangnya tiada. Kemakah dia pergi? Sudah sepuluh minit selepas loceng pulang berbunyi.

Aku bersandar pada tiang sehinggalah mataku melihat Darius sedang berjalan ke arah kereta. Bajunya yang sudah dikeluarkan daripada seluar kelihatan basah.

Mata kami bertemu tetapi Darius tetap tidak menghiraukan aku. Aku sudah hilang sabar lalu aku berjalan ke arah dia.

"Darius, kenapa kau marah sangat dengan aku?" soalku.

Darius tidak menjawab. Pintu kereta di bahagian pemandu dia buka tetapi cepat-cepat aku tahan.

"Jawablah!" bentakku.

Dia memandang aku tajam.

"Pergi baliklah." balas Darius menepis tanganku daripada pintu kereta.

"Kau kata kau takkan buat. Kau kata kalau aku cakap jangan kau takkan letakkan jawatan kau sebagai pengawas." ujarku lagi.

"Aku kata. Tapi aku tak janji." balas Darius.

Bahuku digoncang mematikan lamunanku. Aku menggelengkan kepala.

"Tapi Darius dah lain." kataku pada Liana.

"Ye, dia lain. Dia bukan pengawas lagi." balas Liana

"Bukan.. dia marah dekat aku." ujarku. Entah kenapa tiba-tiba rasa mahu menangis. Tidak suka betul bila ada orang marah pada aku. Rasa diri ni jahat pula.

"Weh janganlah menangis. Kenapa dia marah kau?" soal Liana.

Aku diam.

"Kau jangan kata yang dia dah tahu." teka Liana.

Aku memandang dia lalu mengangguk.

"Sebab tu dia berubah?" soal Liana. Dan aku mengiyakan. Mungkin sebab itu.

"Takpe. Lama-lama sejuklah dia tu. Macam haritu, dia lain lepastu okey je dengan kau kan." ujar Liana positif.

Kami beredar untuk singgah ke kedai. Aku perlu mencari makanan yang aku boleh bawa semasa trip itu nanti.

❀❩

BEKAS makanan yang diisi dengan sandwich telur buatanku aku masukkan ke dalam beg. Boleh makan semasa di dalam bas.

Aku turun daripada kereta mama dan terus melangkah ke kantin. Ramai pelajar Tingkatan 5 sedang menunggu disitu.

"Hai, Arfah." sapa seseorang. Dia duduk di hadapanku. Aku mengeluh sebaik saja melihat orang itu adalah Qidran.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now