Kingdomz Que Highschool
"Oh may gaddd!Hensemnya Wei sapa tu tk pernah tengok pun" jerit gadis tak cukup akal itu
Benda boleh cakap perlahan lahan dia pergi jerit pulak hahhaha
"Student baru kot handsome giler nk melting aku tengok asal hensem doe" tolong cari peti sejuk kat girl ni diam dia
"Senior sekolah ni ka!!!"
"Tu bukan geng instafam terkenal tu"
"Prince kan"
"Omg kita bakal satu sekolah dengan diaorang"
Itu diantara jeritan para gadis apabila 4 manusia yg cukup sifat itu melangkah memasuki pagar KQH.
Mereka merupakan student Baru yg berpindah dari Prince Highschool England ke KQH kerana ingin mengambil spm.
Ya tahun ini Prince sudah tingkatan 5.
Wajah mereka yg mix orang putih itu membuatkan mereka nampak lebih kacak dan bergaya.
Lagi lagi gaya mereka yg seperti Artis K-pop lagi la membuat hati para gadis cair tapi tidak pada sekumpulan gadis.
Empat gadis yang sedang bertungkus lumus perah otak mereka di gazebo berhampiran mulai terganggu dengan kekecohan yang dilakukan lelaki-lelaki asing itu
Suasana yang sebelumnya harmoni itu telah diganggu oleh gadis-gadis gedik yg kekurangan sel sel DHA yang berada jauh tertanam di dalam otak mereka
"Ehermm nk test suara sat" kata Helen yg sengaja menggunakan suaranya dengan kuat sambil mengacah test suara
Helen telah berjaya menarik perhatian sebilangan besar fans gedik itu
"Ermm patik rasa Tuanku.." kata Awia pula sinis sambil memandang Khayra
"Baiklah terima kasih kerana memberi peluang saya bercakap. So one thing jer aku nk pesan kalau nk buat apa tu meet and greet ker or whatever sila cari tempat lain. Sini tempat org belajar see!" perli Khayra panjang lebar sambil menunjukkan beberapa orang pelajar lain yg sedang study di gazebo.
Dia yg tadinya berdiri atas kerusi kembali duduk dan menyambung kerjanya yg tertangguh sebentar tadi.
"Aku tk tau la apa masalah korang tapi dengan segala hormatnya anda semua diminta mencari tempat yg sesuai untuk meet and greet anda kerjasama anda amat dihargai" kata Tasha pula apabila melihat mereka semua hanya tercengang di situ
Semua pelajar yg menjerit gedik yg tadinya sudah diam selepas mendengar perlian 4 gadis ini terus gelabah dan bergegas pergi ke tempat sepatutnya mereka berada.
Walaupun mereka bukan pengawas tapi gelaran yg telah diberi kepada mereka berempat membuatkan sesiapa yang berhadapan dengan mereka kecut.
Siapa saja yg mencari masalah dengan Deviliouz pasti akan menerima balasan buruk.
Ya mereka berempat lah yg merupakan tunggak utama cerita ini iaitu Deviliouz.
Berbalik kepada keadaan tadi..
"Excuse me. Kenapa korang nak marah depa tu semua? Apa hak korang? Nak kata korang pengawas baju korang macam kami jer murid biasa" Soal Alief secara kasar
"sorry eh mat saleh celup putih kami ni tengah study tak larat nak dengar fans korang ni menjerit sana sini tau so dengan segala hormatnya sila berampus sebelum aku guna cara kotor" ugut Helen sambil menolak bahu Alief
"Ingat kami takut dengan ugutan kau huh" lekeh Noah lalu ingin menyentuh tangan Helen tapi pantas ditangkap tangan Noah dan dipusingkan
"Korang kalau budak baru tu buat cara budak baru tak perlu nak tunjuk hebat kat sini" kata Tasha lalu tangan Noah dilepaskan
YOU ARE READING
DEVILIOUZ
Teen FictionKINGDOM QUE HIGHSCHOOL sekolah yg bertaraf antarabangsa. Pelajarnya yg pintar dalam akademik serta aktif dalam bidang sukan membuatkan sekolah itu dikenali ramai. Tapi sayang malang sekali taraf disiplin sekolah ini sungguh teruk. Ramai anak Teng...