"Hah,awak jadi."
"Eh,mana aci saya tak sedia lagi" marah gadis comel bertocang dua.Mukanya masam mencuka.
"Saya tak kisah.Awak dah kena sentuh so awak jadi.Mana kaci asik saya je yang kena kejar.Cepatlah awak tangkap saya." kata si budak lelaki berlari anak.
"Awak tunggulah saya." budak perempuan itu mengejar budak lelaki yang sudah jauh ke hadapan.
"Auch."kakinya yang putih melepak di bahagian lutut bertukar kemerahan.Tidak lama kemudian darah mengalir dari bahagian itu.Air mata si gadis deras menanggis menahan sakit.
Si lelaki menghampiri gadis ini.Dia mencangkung sambil membelek luka di lutut si comel berbaju pink.
" Camne kaki awak boleh berdarah?"tanyanya bingung.
"Tak tau.Tadi saya tersepak batu tu masa lari nak kejar awak." jelas si comel.
"Oh,lain kali awak hati hati lah sikit.Tempat ni memang bahaya sikit.Jomlah,gi rumah saya,nanti saya tampal perekat luka*tak tau apa nama tu* kat luka awak ye." ajak si lelaki.
Muka yang lecuh dengan air mata tu,mendongak.Hingus yang meleleh dikesat."Tak nak.Sakit."
"Taklah awak.Tak sakit pun.Haritu,saya luka kat tangan,
mak saya tampal perekat luka." pujuk si lelaki."Tapi kaki saya tak boleh gerak.Sakit."ujar budak perempuan tu lagi sambil melalak menangis.
"Awak janganlah nangis.Kalau awak terus nangis camne nak sembuh.Awak kena strong barulah cepat baik.Nanti saya belanja awak paddle pop ye kalau awak dah sihat." si lelaki mengesat air mata tu dengan belakang tapak tangannya.
Terlihat dua lengkok di pipi kiri dan kanannya ketika dia tersenyum."Betul ni awak nak belanja saya aiskrim?" budak perempuan tu dah berhenti menanggis.Matanya bersinar terang mendengar perkataan 'aiskrim'.
"Betul.Tak tipu punya.Lagipun mak saya kata tak baik menipu.Berdosa,nanti masuk api neraka." utas si lelaki yang bermata sepit itu.
"Janji?"
"Ye,saya janji.Dah meh saya dukung awak."
Si budak lelaki mencangkung.Belakang badannya dihala ke budak perempuan tu.Bila si comel tu dah merangkul lehernya,terus dia angkat tubuh kecil tu.Kedua dua kaki si comel dikepit di pinggangnya.
"Berat juga awak ni.Nasib baik saya kuat nak angkat awak."
"Mana ada saya berat.Ayah saya selalu dukung saya macam ni.Dia kata saya ringan macam kapas.Tapi awak tetap sayang kan saya kan walau berat." si gadis meletakkan kepalanya di bahu si lelaki.
Si budak lelaki itu tersenyum.
"Yelah saya sayang awak."
YOU ARE READING
Mr Senior Saya Suka Awak!
RomanceNurhana kasturi seorang gadis comel yang bertubuh gempal menyukai seniornya.Dia sering beranggan anggan hendak bersama senior kacak itu. Adam hakimi Lelaki hot yang cukup pakej.Kacak kaya dan pintar.Menjadi kegilaan seantero gadis.Namun dia seora...