15;

6.2K 460 55
                                    

The Public Library of Seoul

(A/N: anggap je perpustakaan ni wujud haha)

Aku dan Taehyung memasuki perpustakaan yang besar ini. Mataku fokus memandang keindahan di dalam perpustakaan dengan banyak rak-rak buku yang tinggi seperti di dalam tayangan Harry Potter. Ada juga sofa-sofa yang kecil yang bewarna-warni membuatkan suasana di sini kelihatan lebih ceria.

Terdapat banyak meja-meja yang tersedia bagi sesiapa yang mahu belajar dan melakukan kerja di laptop.

Lukisan mural pada dinding juga menarik perhatianku. Mulutku masih terbuka kerana berasa jakun. Maklumlah, ini merupakan pengalaman pertama kali aku masuk ke perpustakaan awam. Selalunya aku hanya masuk ke perpustakaan sekolah yang agak kecil.

"Yoojin! Diorang kat sana!". Taehyung menunjukkan jari telunjuknya dan menunjukkan arah sebelah kanan. Jimin dan Jungkook telah tiba awal dahulu, mereka sedang duduk dan menunggu kami.

Jimin ternampakku dan senyumannya terus bangkit. Jungkook juga ternampakku dan reaksinya agak blur.

"Hyung~ macam kenal ke perempuan tu?". Kata Jungkook.

"Hah?". Jimin berasa agak terkejut.

"Dia bukan maid kau kat--"

"Dia dah berhenti jadi maid dan.. er.. dia.. bestfriend aku!". Kata Jimin. Jungkook hanya menganggukkan kepala.

Aku dan Taehyung berjalan bersama menuju ke meja mereka lalu duduk. "Maaf kalau buat korang tunggu lama sangat~". Kataku.

"Hehe~ kwaenchana. Tak lama pun, kitaorang baru duduk sini 10 minit". Kata Jimin.

"Yoojin, ni lah kawan aku Jungkook". Kata Jimin. Aku senyum. "Aku dah lama kenal dia, hari tu masa kat party.." Kataku.

"Oh, jinjja? Hm.. baiklah. Korang dah sedia nak study?". Soal Jimin.

Kami mengangguk kepala. "So.. kita nak study apa dulu?". Soal Taehyung.

"Korang lemah subjek apa?". Soalku pula pada mereka.

"Em.. aku lemah subjek English". Kata Jungkook.

"Oh, sama!". Kata Jimin.

"Sama!". Kata Taehyung.




Aku ketawa. "Haha~ kalau macam tu, aku ajar English pada korang. Kita akan bercakap dalam bahasa Inggeris dan sesiapa yang cakap bahasa Korea, akan dihukum!". Kataku.

(A/N: anggap je yang korang sebenarnya cakap bahasa Korea haha😂)

"Apa hukumannya kalau kitaorang cakap bahasa Korea?". Soal Jimin.

"Korang semua akan belanja aku makan selama seminggu". Aku senyum sinis.

"Ok!". Kata Jimin. Taehyung dan Jungkook memandang antara satu sama lain dengan risau.

Aku ketawa. "Alright guys, please take out your textbooks. We will start the lesson now. Are you guys ready?". Soalku dengan berbahasa Inggeris.

Jungkook dan Taehyung kurang faham dan blur. Mereka kelihatan agak sesat.

Aku ketawa. "Ok, Yoojin-ssi~ I will takeu out my texteubookseu". Kata Jimin. Walaupun, Bahasa Inggeris Jimin agak pelat tapi dia masih bijak bercakap.

"Uhm.. Pardon?". Kata Jungkook padaku.

"Please, take out your textbooks?". Kataku sekali lagi.

Mereka masih kurang faham, aku menampar dahiku kerana berasa agak malu dengan mereka.

the bad boy • p.jm [C]Where stories live. Discover now