Bab1

23 1 0
                                    

Sebuah rumah sederhana besar di kampung Lubok Jong didiami sebuah keluarga yang kelihatan harmoni diluar namun pahit  didalamnya.Chempaka yang masih lena tidur dikejutkan dengan simbahan air ke mukanya.Chem melihat Puan Wani mencengkak pinggang dengan riak begis dimuka mak tirinya."Sedap kau tidur.Bangun cepat!!"marah Puan Wani lalu menarik telinga kanan Chem."Makk sakitt!"rintih Chem.Puan Wani mencampak Chempaka kedalam bilik air.Membuatkan Chempaka jatuh tersungkur.Puan Wani mengambil bakul besar yang dipenuhi baju kotor.Baju yang ada didalam bakul dituang ke atas kepala Chem."Aku nak kau basuh baju ni dengan tangan.Faham!!"jerkah Puan Wani.Chem mengangguk akur dengan arahan mak tirinya.Puan Wani tersenyum puas lalu beredar dari situ.

Chem yang sedang menjemur kain terpandang Puan Wani dan anaknya Faiz yang sedang duduk bersantai di bawah pokok berhampiran dengan rumah.Faiz perasan akan Chempaka yang sedang merenung mereka terus menjerkah."Pahal kau pandang2?!Aku korek biji mata kau kang!Biar buta terus."Chem yang terkejut dengan jerkahan Faiz terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Sehari suntuk Chem membuat kerja rumah yang disuruh oleh mak tirinya.Puan Wani yang terdengar enjin kereta Encik Rosli yang memasuki perkarangan rumah terus berlari kearah dapur.Dia menolak Chem yang sedang memasak kebelakang.Puan Wani menjeling Chem tajam."Buat macam biasa.Pergi sana!"arah Puan Wani.Chempaka yang tahu akan arahan Puan Wani terus membaiki baju dan rambutnya sebelum berjalan girang kearah pintu rumah.Chem membuka pintu lalu tersenyum manis kearah ayahnya.Encik Rosli yang sedar akan kehadiran putrinya terus memeluk Chem.Setelah pelukan dileraikan Encik Rosli menatap muka Chem."Sayang ayah.Mana mak?"tanya Encik Rosli sambil memandang dalam rumah."Aa..""Abang dah balik ke?Maaflah Wani tak perasan sebab sibuk di dapur."potong Puan Wani.Badan Chem ditolak menjauhi Encik Rosli.Puan Wani terus menyalami tangan suaminya.Mata Chem mulai redup melihat kasih sayang yang dusta di hadapannya sekarang.Ayah maafkan kakak sebab berbohong.Ibu kakak rindu ibu.Tiada siapa dapat mengantikan kasih sayang ibu.Kakak sangat sayangkan ayah dan ibu.Kakak akan cuba selagi mampu ibu.Chem terus tersenyum manis kearah ayahnya.Encik Rosli memeluk bahu Chempaka erat,membuatkan Puan Wani bertambah cemburu dan meluat melihat kasih sayang anak dan ayah itu.

Selepas selesai makan malam Encik Rosli duduk di ruang tamu bersama Chem."Kakak.Ayah nak kakak gembira.Ayah taknak kakak susah.Kakak sudah habis sekolah pon.Jika ayah dijemput Allah terlebih dahulu,kakak jagalah harta ayah.Ayah wasiat kan semua harta ayah kepada kakak.Kakak faham kan apa ayah cakap?Ayah sayang kakak"kata Encik Rosli.Chem mengagguk faham lalu memeluk Encik Rosli erat.Puan Wani yang terdengar berbualan tersebut terus tidak berpuas hati.Bodoh!Budak tak guna tu memang tak berhak nak dapat harta sebanyak tu.Aku akan pastikan harta tu jatuh ke tangan aku.Aku harus hapuskan Chempaka secepat mungkin.Bisik hati Puan Wani. Dia segera memasuki bilik anaknya Faiz untuk merancang sesuatu.

"Mak.Apa mak buat dalam bilik Faiz ni?" kata Faiz yang terkejut dengan kehadiran Puan Wani.Puan Wani dengan segera duduk di hadapan Faiz."Faiz kau nak hidup senang kan?"Faiz mengangguk."Mestilah.Siapa nak hidup susah.Apa soalan la mak ni."kata Faiz sambil tersenyum geli hati."Kalau kau nak kau kene dengar cakap mak.Kita hapuskan Chem dalam keluarga ni."Faiz mengerutkan dahinya tidak faham."Maksud mak?"Puan Wani memengang bahu Faiz."Kita bunuh dia."Faiz membulatkan matanya mendengar cadangan maknya."Ishhh..tak beranilah Faiz."bantah Faiz.Puan Wani menepuk dahi."Kau nak hidup senang tak?Kalau taknak sudah kita boleh merempat kat tepi jalan setelah Chem dapat rumah ni."ugut Puan Wani.Faiz laju mengeleng."Taknak mak.Yelah2 Faiz ikut."Puan Wani tersenyum menang.Aku akan pastikan kau tak akan muncul lagi di sini Chempaka.

Cinta AgungWhere stories live. Discover now