Kring kring.
"Eh dah pukul berapa ni?Alamak aku dah lewat untuk interview!!!" dengan gelabahnya aku melompat turun dari Katil dan terus menuju ke bilik air.
Seusai mandi, aku pun bersiap sepantas yang mungkin. Baju kemeja dicapai bersama seluar slack.
"Song hyera! Kamu tidur lagi ke? Kata nak pergi interview pagi ni!! "jerit Puan Song dari bawah.
Aku menjeling sekilas. "Ye, eomma, hyera dah siap dah ni"tanpa berlengah terus sahaja aku turun untuk sarapan.
Nak taknak telinga terpaksa ditebalkan mendengari bebelan eomma.
"Morning eomma! "
"Haih, duduk makan cepat! Dah anak dara pun susah nak bangun pagi, nak jadi andartu ke apa hah?! Eomma cakap tidur awal semalam.. Tapi taknak dengarkan? "
Malas mahu bertekak, segera tangan eomma disalam dan berluru lari ke arah pintu.
Jam ditangan dikerling, "Fish, lagi. 25minit nak sampai ke stesen.. Mati lah nakk kalau terlepas ni"Seperti masuk larian pecut aku berlari untuk sampai ke stesen kereta api. Nasib baik rumah tidak jauh dari stesen.
Sampai sahaja, di hadapan pintu masuk stesen, segera aku pergi ke mesin ticket.
Aku mengambil ticket untuk ke Incheon.Tanpa berlegah aku memasuki duit satu keping, tapi malangnya duit tersebut komot dan menyukarkan pembelian ticket.
"Pale abah dia, time ni nak buat hal pulak. Aku ada masa lagi 30 minit ni woi duit!! "Tanpa rasa malu aku memaki duit yang tak bersalah itu.
"Ehem-ehem"
Aku terdengar orang berdehem dari belakang, tapi aku yang jenis hati kering hanya membiarkan aja, yang penting ticket aku.
Cubaan ketiga, tetapi masih gagal.
"Fikir ni stesen bapak kau ke pendek! "
Mendegar perkataan yang agat 'kesat bagi aku'segera menoleh kepala ke belakang melihat manusia bangang mana yang panggil aku 'pendek'.
Wajah kerek diberikan oleh aku. "kalau dah tau stesen bapak aku, asal tak pergi stesen bapak kau pulak? "dengan selambanya aku menjawab.
Terus berubah wajah lelaki tersebut. Tak mahu kalah, terus sahaja dia membahas kata-kata aku "Tak, masalah sekarang ni boleh tak kau cepat sikit? Kau fikir aku ni tak nak cepat ke? kereta api lagi 10 minit nak sampai lah gila! "
Whut, dia panggil aku gila? Tak guna punya jantan.
Dengan sengaja, aku melambat-lambatkan lagi masanya. Nak sangat cari pasal dengan aku kan?
Sesekali,mata aku menoleh ke arahnya sambil gelak jahat di dalam hati. Nampak mukanya sudah merah lagi suka aku nak sakat.
"Dah lembap memang lembap, dah bodoh tu tambah lagi bodoh! "Katanya, sejurus pergi ke mesin ticket lain.
Hah, puas hati aku!
Lantaklah dia nak terasa ke apa, yang aku tau ni kali pertama dan terakhir aku jumpa mamat kerek macam dia tu."ada lagi 5 minit ni, sempat lagi nak beli kopi"Kata aku lantas berjalan laju untuk ke cafe.
Selesai mendapat pesanan, aku terus keluar dari cafe itu sambil mata aku tertatap sepenuhnya pada handphone.
Tanpa sedari, badan aku bertembung dengan seseorang yang menyebabkan kopi tersebut terkena baju kemeja putih ku.
"Sorry-sorry saya tak sengaja! "Kata lelaki tersebut seraya cuba meraih tangan aku untuk bangun bersama.
Aku yang jenis tak tahan sabar terus sahaja memarahinya "Sorry naik lori ah kau, baju aku sapa nak ganti! "
Dan lelaki itu mengangkat mukanya.
"Engkau.. "
"Kau lagi!!?.. "
Support for this jimin's FF
Thanks 💙❤
YOU ARE READING
I Need You-PJM
FanfictionYou're my favourite kind of dreams💙-Park Jimin. You're cannot fix somebody else When you are still practicing the craft of self-Song Hyera. -Support FF.