Jimin's pov
Aku melihat dia dengan mata yang tajam.
Apa dia ingat suara dia bak ning baizura tu boleh sesuka hati dia nak memekak kat bangunan aku ni? Pale lutut dia.
"Apa pandang-pandang! "Soalnya pada aku.
Terus tersedar aku dari lamunan. Kalau diikutkan hati aku yang marah ni mahu aje aku kick dia keluar.. Tapi aku Park Jimin ada rancangan tersendiri.
"So nama kau Song Hyera? "Soal aku selepas melihat failnya.
Dia hanya menjeling seketika. "Rasanya dah terang menerang lagi nama aku kat situ. Boleh lagi kau tanya? "Balasnya dengan perlian.
Aku menghembus nafas geram. Budak ni memang tak makan saman langsung. Lagi kita layan lagi naik kepala.
Kau tunggu hyera! Kau tunggu.
Lantas aku tersenyum manis padanya."So kau boleh tunjuk whatever persembahan kau pada aku. Aku pun takde masa nak hadap orang hingusan macam kau ni"Kata aku cuba ingin menaikkan amarahnya.
Aku dibalas dengan senyuman sinisnya.
"Apa kau fikir, aku nak hadap muka kambing macam kau ni? Huh, dahlah pendek!"Balasnya bersahaja.
The hell, dia panggil aku pendek? Ey perempuan kurang asam betul.
Tarik nafas hembus.
Tarik nafas hembus."Ok, cik rocky sila tunjukkan apa yang awak ada" malas mahu bertekak terus sahaja aku menyuruh dia melakukan persembahannya.
Dia mengambil tempat.
Mikrofon dipegang kemas. Betul ada ciri sebagai idol.
Lagu dimainkan.
"Ouh shit lagu kegemaran aku.. "kata aku perlahan.
-Lagu ada di atas ye. (imagination-shawn mendes)
Dia mula menyanyikam bait-bait lagu tersebut.
Aku terpaku seketika. Aku pandang tepat wajah gebu putih kemerah-merahannya.
Entah kenapa singgah satu perasaan aneh pada diri aku.
Selepas aje dia menamatkan lagu tersebut. Aku menepuk tangan sekuat-kuat hati aku.
"sedap gila suara kau! "puji aku ikhlas.
Dia tersenyum malu.
Ok, aku mengaku dia tampak lawa plus comel bila senyum dengan ikhlas.
"Thanks"balasnya sepatah.
"Hmm, sebelum tu.. Kenapa kau nak jadi idol? Tak, i mean kenapa kau tak datang dari awal lagi? Suara kau serious sedap"Puji aku tanpa henti.
Dia tergelak kecil.
"Jap-jap.. Aku tak salah dengarkan? Idol? "balasnya pada aku.
Aku mengganguk laju. "Lah kalau bukan nak jadi idol. Apa kejadah kau datang interview sini? "Soal aku pula.
Dia tergelak lagi. Aku tersenyum dalam diam.
"Aku bukan nak jadi idol lah. Aku datang sini nak interview nak jadi pengurus idol lah"katanya dengan gelak tak henti.
Aku terdiam seketika. Rancangan jahat sudah bermain di mindaku.
Aku tersenyum kecil. "Ouh, yeke? Kalau macam tu jom aku bawak kau tempat daftar diri. "kata aku lalu memaut tangan kanannya.
"Aku diterima ke? "katanya perlahan tapi masih didengari.
Aku menoleh lalu tersenyum. "mestilah! Sapa je nak taknak orang berbakat macam kau ni! "Kata aku, dalam diam menerbitkan senyuman sinis.
Boys7
Aku membawa hyera memasuki sebuah dorm dimana pelatih-pelatih berada.
"Ok, hyera aku bagi kau tempoh 2bulan percubaan. Kalau kau dapat uruskan group boys7 ni,kau akan diterima kerja disini".Kata aku.
Dia mengangguk laju. Sekemudian dia tersenyum dihadapan pelatih boys7. Sambil memperkenalkan dirinya.
"Annyeong, Song Hyera imnida! "Katanya dengan penuh semangat.
Aku meninggalkannya dan berjalan keluar dari dorm tersebut.
"Heh, ni baru permulaan Song Hyera,kau tunjuk lagak dengan aku kan? Terimalah padah kau nanti"Kata aku perlahan.
YOU ARE READING
I Need You-PJM
FanfictionYou're my favourite kind of dreams💙-Park Jimin. You're cannot fix somebody else When you are still practicing the craft of self-Song Hyera. -Support FF.