Khadijah binti khuwailid

8.5K 415 2
                                    

Khadijah binti Khuwailid (Bahasa Arab: خديجة بنت خويلد‎) (555 M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah merupakan anak dari Khuwaylid ibn Asad dan Fatimah binti Za'idah dan termasuk dalam suku Banu Hashim. Sebelum menikah dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri dari Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, yaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah yaitu Hindun dan Zainab.

Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. menikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. masih berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka menikah dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun yaitu 15 tahun sebelum "bithah" dan 10 tahun selepasnya yaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.

Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah  kandungannya.

Mas kawin daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 "bakrah" dan upacara pernikahan diadakan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid kerana bapanya telah meninggal.

KISAH SITI KHADIJAH RA (COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang