Anak-anak siti khadijah dengan Rasulullah

11.5K 341 0
                                    

Hasil perkongsian hidup Nabi Muhammad bersama Khadijah dikurniakan 6 orang cahaya mata, yaitu:

- Al-Qasim bin Muhammad

- Abdullah bin Muhammad

- Zainab binti Muhammad

- Ruqaiyah binti Muhammad

- Ummu Kalthum binti Muhammad

- Fatimah binti Muhammad

Manakala Ibrahim bin Muhammad pula adalah hasil perkongsian hidup antara Nabi Muhammad SAW dengan seorang hamba perempuan yang bernama Mariah Al-Qibtiyyah. Hamba ini dihadiahkan kepada Nabi SAW oleh Muqawqis(Pemerintah Mesir).

Diriwayatkan bahawa anak perempuan Nabi Muhammad SAW yaitu Fatimah az-Zahra telah menikah dengan Saidina Ali bin Abi Talib. Zainab menikah dengan sepupunya (anak saudara Khadijah) Abu al-'As ibn ar-Rabi'. Manakala Ruqayyah menikah dengan Saidina Uthman bin Affan. Selepas kematian Ruqayyah, Uthman menikahi pula Ummu Kalthum.

Ketiga-tiga anak lelaki Rasullullah telah meninggal dunia sejak kecil lagi.

KISAH SITI KHADIJAH RA (COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang